Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T06:11

KAMPUANG NUN JAUH DI MATO GUNUNG SANGSAI BAKOLILIANG


Kita sedang menuju Grik ni...Ini adalah jalan baru menuju Grik Perak.Dari Highway BKE Penang kita boleh terus ikut jalan baru ini menuju Grik melalui pekan Kupang tanpa sedikitpun melalui pekan Baling!Kelihatan hutan tebal di kiri kanan jalan ini.Untuk ke Kg Bongor kita terpaksa melalui LebuhRaya Timur Barat dan belok ke kiri setelah jumpa simpang ke Felda Bersia Perak.Melalui Felda Bersia kita akan teruskan perjalanan menuju Kg Bongor.


Aku ke Grik Perak demi memenuhi undangan perkahwinan anak buah aku si Man yang tinggal di Kg Plang Grik Perak!Dah lama tak jenguk Grik sebuah daerah di Hulu Perak!Dan aku sempat panjangkan kaki ke Kg Bongor Grik tempat aku pernah beri khidmat sebagai guru sementara di SK Bongor Grik Perak.....

Rindunya hati ini untuk menjenguk ibu angkatku Makcik Juriah(janda anak 2).Sepanjang mengajar di Bongor Grik aku menumpang tinggal di rumah beliau.Banyak kenangan indah semasa berada di Bongor!Jom imbau kenangan manisku di Bongor!!

Mak cik Juriah yang baik hati.
Dia masih rajin kesana kemari.Tak boleh duduk diam ada sahaja kerja yang akan dibuatnya.Masakan diapun sedap..tapi masa tu aku ni bukan kuat makan sangat maklumlah anak dara tak suka makan banyak!jaga badan ...

Paling tak dapat lupa ialah..semasa aku mandi di sungai.Setiap hari pagi dan petang aku bersama anak dara makcik ni mandi disungai.Seronok sangat masa tu dan ketika itu mana ada pakai tudung macam sekarang ni?Kami berkemban jer semasa menuju ke sungai.mandipun berkemban jer!Maklumlah ala ala gadis kampung masa tu bukan jaga aurat sangat hahhahha!Yang anehnya ketika itu aku tak segan silu semasa mandi ..mungkin aku tak nampak kelibat anak anak bujang lelaki di sekitar tempat mandi!Kalau ada mungkin mati mati aku tak berkembanla!!Tapi memang masa tu semua orang berkemban kadang pakai shorts sahaja....sungguh kurang sopan sebenarnya!


Pernah sewaktu aku mandi keseorangan...sedang asyik tetiba aku perasan pokok bergoyang di sebalik semak sana!!Ya Rabbi ada kelibat anak muda sedang mengintai aku mandi...aku bergegas naik ke darat dan lari lintang pukang balik ke rumah makcik!Selama ni tak sangka ada orang sebab rumah makcik ni paling hulu lah!Rumah makcik ni pun dekat hutan tebal!Aku betul tak sangka ada orang mengintai...dah berapa lama dia buat keje tu aku tak tahu....ni kes naya nombor 1 hahhaha!Nasib baik zaman Jepun...jika tak tentu dia dah masukkan gambar aku mandi dalam youtube hahhah!

Dan kenangan indah juga sewaktu tu askar buat latihan Gonzales!
Ramailah abang askar buat latihan kawat ke haper entah sepanjang jalan.Ini ada satu lagi dugaan bila aku terpaksa melalui barisan askar yang sedang berkawat!Aku hanya menaiki basikal menuju ke sekolah ketika itu...tiba tiba suatu hari aku nyaris melanggar satu kumpulan askar yang sedang berkawat!Mak oi malunya aku...aku gagahi juga walau malu tak terkira!maklumlah anak dara kan malu malu kamben?

Setiap hari aku terima surat cinta dari abang abang askar tu dan salam ni tok sah sebutlah tiap hari ada je budak budak sampaikan salam!Aku jawab je la...maklumlah ketika tu bunga sedang mekar!Kumbang jantanpun bukan lagi la mentelnya hahhahha!Bak kata Chime sedang belajar 'merenyam' hahhahha!

Chime...besa lah kan anak anak muda masa tu...Sumpah tau...sorangpun aku tak layan bukan aku menghina mereka tidak sekali ..kerana aku ketika itu seorang gadis yang sopan dan patuh perintah orang tua!Terbayang wajah ayah yang 'strict'dan aku tau mereka ni memain sahaja!!!Maklumlah masuk dalam kampung yang paling hulu....
Setiap petang ada jer mat mat askar tu buat buat makan angin di taman bunga rumah makcik!kebetulan mak cik rajin tanam bunga...masih ingat dialog nakal mereka..
"makcik banyak bunga di taman ni boleh ke kami petik bunga di taman makcik ni??
Sambil mata melilau membolosi ke dalam rumah ..dinding pintu dan tingkap!
Tahu tak aku pun nakal gak dalam malu kamben aku skodeng telatah nakal mamat mamat ni!!!

Tapi aku masih dikira baik sungguh tau ka?Dok diam je dalam rumah tak keluar tunjuk muka pun...warak dan skema tau!!!Cuma skodeng je gelagat nakal mamat mamat ni!hehhehhe bagus tu orang tua tua suka kalau anak dara sopan dan malu kambeng hahhah!!Orang tua tua ni kalau nak pilih menantu macam ni....tengok kulit putih,muka cantik,hidung bak seludang dan tumit merah!hahhahha Check it out chime dan sekutu...huhuhu

Main bukan main...bah!!Tahun depan aku mengajar di SK Air Ganda Grik pula...dan terkejut amat bila aku terima sepucuk surat dari isteri orang yang warning aku!
JANGAU KACAU SUAMI ORANG!!!Surat tu masih ku ingat dari Melaka.Surat tu dikirim ke alamat SK Bongor dan hamba Allah mana yg 'forward'ke SK Air Ganda Grik.

Terketar ketar aku membelek surat tu..aku balas surat itu...aku minta maaf dan nyatakan perkara sebenar yang aku tidak mengenali suami dia.Suami dia dapat alamat dan namaku dari budak budak sekolah!
Dan si isteri tadi terjumpa alamat aku di dalam poket uniform suaminya!!!maaf kamezaim bukan aku nak kutuk tentera..ini hanya kisah benar yang pernah ku alami sekadar ingin berkongsi cerita!Sebenarnya jika diberi peluang kita boleh buktikan kebenaran kan tanpa ada rasa sakit hati mana mana pihak kan?Dah panjang kang korang boring so aku stop sini!
5 Komentar untuk "KAMPUANG NUN JAUH DI MATO GUNUNG SANGSAI BAKOLILIANG"

seronok bila baca tentang cerita dulu-dulu... sesetengah org tu tak suka sgt bersandar pd kenangan... tapi pada saya kenangan perlu disimpan kat tempat dia yg tersendiri... boleh jadikan pengalaman, atau pengajaran... atau paling tidak pun kita pernah rasa bahagia dgn kenangan tersebut...

ok... pasal citer akak ni... begitulah nasib org yg lawa... org kampung saya kata, 'beauty is pain... panadol is pain killer'... selalu jadi bahan cemburu org... kalau tak, takkan mahsuri boleh mati dilanggar todak... eh!! bukanlah. ada plak dilanggar todak... mahsuri mati direjam tombak... semuanya sebab kecantikan... inikan pulak mandi kat sungai pakai kemban... maunya tak dimarah dek org kampung...

entri ni rasa mcm ditujukan untk saya je... (perasan tau)... errr... sumpah, saya masa sekolah dulu mana ada saya merenyam... sumpah tak ada... kalau ada pun sikit jelah... terutama sekali dekat cikgu yati yg ngajar b.melayu tu... dia memang cun... cikgu lain suma pakai tudung, (yg jantan tak pakailah) tapi dia ni tak pakai tudung... tapi cikgu yati ni sekarang anak dah 4... saya dulu tak adalah merenyam sgt... sebab tulah dah tua-tua ni baru nak merenyam...

ish!! aku ni suka pulak komen panjang2... telupa plak ni rumah orang... errr... mintak diri dululah ya...

emmm...teruskan aku tergelak baca komen kau chime!terutama bab merenyam tu hahhah!
patutlah masa budak budak kau tak merenyam habis...simpan dan merenyam time dah tua skit ni!!!

Tapi bagus juga merenyam time ni boleh aku tumpang makan nasik minyak hahahha!

tak der laa..masa akak anak dara dolu akak baik tau..cuma tu la tak tahu nak agak bahaya atau orang skodeng ke? yang tahu seronok je...
Nasib baik masa anak dara akak gadis yang baik,sebab kalau orang ngurat akak elak je...

sebab kan....aauuuww aku gadis yang pemalu masa dulu....kini dah tak baper malu!sebab dah terbiasa ramah tamah!

Nanti akak call chime kita sembang lama!!
nanti lah dok jimat credit ni....dah kene warning masih degil tak bayar...

Akak ni orang nak cemburu pasal apa?
kalau akak kawan dgn orang hanya di maya...
kalau terjumpa nasib laa...
percayalah takkan kalau jumpa terus asmaradana??
kita tahu batasannya kan?

aduh hari ni akak buat n3 sampai 4.
Pantun tu amik masa 1 minit satu pantun!
seronok jom la kita pantun lepas ni...

siapa ni alo je awat x beri salam...:)

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your tiraihidup.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Back To Top