Rasa terpanggil untuk menulis setelah ada antara kawan-kawanku yang kecewa dan marah -marah atas kegagalan anak-anak mereka walaupun anak itu telah berusaha lakukan yang terbaik!Ini baru UPSR beb!!!Must read n3 ni :)
-
1.Kenapa dia gagal dapat 5A UPSR?
-sebelum peperiksaan sebenar kita dah boleh jangkakan keputusan bakal diperolehinya berdasarkan ujian-ujian di peringkat sekolah daerah dan negeri.
-banyak faktor penyebab kena buat post mortem
-usaha kita sebagai ibu bapa dan diri dia sendiri
-cara dia belajar…dia perlu tahu ‘learning skill’kerana ramai pelajar masih tak tahu apa tujuan dan cara belajar.yang dia tahu pergi sekolah buat keje guru beri dan balik.Tujuan tak jelas.
-cara dia belajar tak konsisten
-dia lebih ‘study hard’ bukan study ‘smart’
2.Sebagai ibu/bapa saya amat kecewa?
-Jangan kecewa…kalau gagal UPSR bukan beerti gagal dalam hidup.Sering katakan ini pada anak itu supaya dia dapat kekuatan semula!Jatuh bangun dalam belajar ni perkara biasa.
-kalau ibu -bapa tunjuk rasa kecewa lebih lagi la si anak itu..dia rasa dia bersalah amat sangat pada orang tuanya.jangan biarkan dirinya diselubungi rasa kecewa dan bersalah!
-Cuma beri dia kesedaran bukan kutuk dia…nanti dia rasa 'down'sangat!
-beri dia kesedaran supaya dia berjaya di masa hadapan.kan banyak lagi peperiksaan so dia boleh tebus kekalahan kali ini!!!
3.Zaman dah berubah banyak kemudahan kenapa dia masih gagal?
Zaman kita sekolah dulu kurang kemudahan!!!Pun kita berjaya juga???
-jangan banding zaman kita dengan zaman dia
-zaman kita tv pun mahal nak beli maklumlah bapak kita(tok wan dia bukan org berada)
-rancangan TV zaman dulu tak banyak macam sekarang!
-kita sediakan kemudahan hiburan banyak sangat di rumah dan kita nak salahkan dia pulak?Kita yang wajib disalahkan kerana beri semua hiburan melampau pada anak umpamanya PS2 PS3 Mp3 Mp4,Ipod nano dan macam macam…hingga dia asyik masyuk seronok hingga malas nak belajar!
4.Saya dah hantar dia ke pusat tuisyen dah habis duit banyak kerana dia?
-pusat tuisyen kadang-kadang hanya tempat cari duit!
Kadang –kadang pusat tuisyen sumbat pelajar hingga sesak kelas!
-Pada hal kalau pelajar ramai, guru tak sempat beri perhatian pada yang lemah.Sekadar beri latihan sahaja.Sebenarnya jika rajin buat latihan tak perlu hantar ke pusat tuisyen!Cukup dah latihan yag guru sekolah berikan.
-mungin anda salah pilih pusat tuisyen,misalnya tenaga pengajar bukan mahir yang mengajar subjek tertentu.Perlu ‘check’siapa tenaga pengajar dahulu.
5.Saya marah anak saya selepas dia gagal dapat 5 A UPSR.Saya lepas geram betul ni!!!
-Jangan buat begitu!!!Nanti anak benci kita…masa ni kita kuat lagi perkasa!Masih gagah dan sihat walafiat…
-emosi anak kita perlu jaga,jika emosi terganggu buruk padahnya!
-misalnya jika kita belajar dalam keadaan marah,sedih,bimbang dan ragu??boleh kah kita belajar dengan berkesan???
-Anak diasuh dengan kekasaran,kebengisan akan membesar bagai setan!
-dia akan benci kita sebab kita tunjuk kita benci dia!
-nanti bila kita tua dia lagi menyampah,meluat tengok kita!
Dia pasti ingat segala yang negatif yang pernah kita beri pada dia!
-masa ni kita dah lemah jadi jangan menyesal dan heran kenapa anak –anak membenci kita suatu hari nanti!!!
- kita sebagai ibu –bapa walau anak buat salah kita perjelaskan kita maafkan dia.Kita perlu ingat manusia itu tak boleh lari dari salah silap.People makes mistakes….kita perlu ingat tu…jadi sentiasa jadi ibu –bapa yang pemaaf!!!!
6.Saya malu kerana saya dan ibunya terpelajar dan menjawat jawatan baik sedangkan anak UPSR pun gagal?
-Ingat pesan saya tadi…semua ni adalah takdir Allah.Kecewa dalamUPSR belum bermakna dia gagal dalam hidup.SPM nanti baru boleh kata gagal dalam hidup..itu pun belum pasti lagi kerana yang buta huruf pun jika Allah beri rezeki dia boleh jadi jutawan,ahli perniagaan yang kaya dan sebagainya!Ingat!!!Allah tu maha pemurah dan mengasihani hambanya.
-tak perlu risau jika dia lemah akademik …cari kelebihan anak ini.Misalnya beri latihan kemahiran yang dia boleh buat!mungkin rezekinya melalui kemahiran yang bakal dia ceburi nanti.
-perlu ingat Allah beri 7 intelligence pada kita cari ada berapa yang ada pada dirinya???
7.Saya perlu ambil masa nak hilangkan rasa kecewa ini!
-Tak payah sekadar ingat takdir Tuhan.Tuhan dah tulis rezeki anak itu dan seua bergantung pada usaha kita.jika dah berusaha bersungguh kita perlu berserah…walau berat hati nak menerima kenyataan dia masih gagal!
8.Saya geram kenapa abang dan kakaknya dapat buat yg terbaik dalam UPSR?
-perlu ingat setandan pisang.setandan kelapa bukan semua elok!
Dari segi psikologi, kanak-kanak berbeza dari segi perkembangan!
Sedangkan anggota tubuh badan kita pun berbeza saiz antara kiri dan kanan kan??
9.Saya rasa dah berdoa siang malam untuk kejayaan dia!
-Cuba muhasabah diri walau kita rasa kita berdoa,tapi takdir masih tidak menyebelahi kita.
-Kita buat post mortem kut kut ada kesilapan yang kita terlalai,terbuat dan sebagainya.
-kadang –kadang orang mudah salahkan takdir bila musibah melanda.
-No satu perlu ingat kita kadang lupakan Dia(Allah) sebab terlalu sibuk dengan dunia?
-Cuba lihat waktu maghrib …kita masih dapati waktu ini begitu ramai Melayu kita(Islam) berada di pusat membeli belah!
kalau yang bersolat dahulu tu lainlah…check it out!!Anak –anak yang kita bawa terikut kebiasaan kita jika kita lalai lupa Tuhan,,dia lagi la lalai.
-Cuba kaji balik makan pakai anak kita adakah dari hasil titik peluh kita yang bersih?
-Paling mudah misalnya kita ambil MC pada hal kita tak sakit? Gaji tetap dapat jugak?bersih tak duit gaji ni??Paling mudah jika kita curi tulang masa kerja…ini pun dah jadi duit yang tak berkat??Duit yang tak berkat inilah jadi darah daging tubuh badan anak kita…..nauzubillah!
10.Saya tetap salahkan cikgu dia yang pilih kasih! Tak mengajar dengan baik!’
-oits….jangan pasang serkap jarang!Berapa kali kita hadir perjumpaan waris di sekolah??
-Kita kenal tak guru yang mengajar anak kita??
-Kita tahu tak berapa program, yang guru sediakan untuk anak kita?
-berapa kali kem kem motivasi yang anak kita hadir?
-guru-guru tahun 6 adalah guru-guru yang mahir dalam matapelajaran masing -masing!Boleh dikatakan apa sahaja soalan jawapan dah ada dalam kepala mereka?
Marilah kita berdoa supaya kita menjadi ibu-bapa yang terbaik antara yang terbaik di dunia ini.Akhirat dijunjung dan dunia pulak kita kilik!Bukan senang nak jadi ibu-bapa mithali...cubalah sekadar terdaya!Kita untuk semua!
Bekerja demi keluarga masyarakat , agama dan Negara!
2 Komentar untuk "Marah Anak gagal UPSR?? :) baca tips ini!"
Ibubapa sekarang ni terlalu menekan bab2 akedemik sehinggakan bukan saja anak yang tertekan bahkan ibubapa sendiri pun tension...Adeeehhhhh... Tak bermakna tak dapat 5A, anak tu tak pandai..saya dulu pun tak dapat 5A tapi last dapat jugak masuk U dan tak bermakna masuk U tu bijak kerana orang yang di "consider" bijak ialah orang yang banyak mengingati mati (bukan saya kata tapi Nabi kita kata). That's not the end of the world la..baru UPSR kan..tak payah nak frustrated sangat...
Zaman sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan hingga soal emosi diketepikan!pada hal jika gagal mengawal emosi anak-anak akan memberontak,membesar bagai setan buakn bagai johan!ambil tindakan ikut nafsu,emosional hingga tiada nilai kemanusian dah!
Sebagai guru kami menekankan keseimbangan dari segi JERIS jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial seperti Falsafah pendidikan Kebangsaan yang penciptanya ialah Datuk Seri Anuar Ibrahim!
Tak dinafikan guru-guru juga mendapat tekanan hingga matapelajaran yang baik untuk mendidik rohani seperti Seni visual,moral,PJ,muzik diangap remeh dan diketepikan.pada hal matapelajaran inilah murid dapat seimbangkan balik diri mereka!