Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T10:57

'Assigment' HBAE2203SMP - Membentuk Dan Membuat Binaan (smp)

Bahan bantu tugasan Membentuk dan Membuat Binaan.Insyaallah saya akan letakkan hasil pencarian saya di internet untuk rujukan kawan-kawan.Pelajar SMP sila klik untuk baca seterusnya!

DEFINISI ARCA
« Seni arca adalah hasil daripada ciptaan yang berbentuk 3 dimensi, yang terbentuk daripada acuan keras atau bahan-bahan plastic yang biasanya berbentuk batu,kayu,atau logam.Arca tercipta terus dari ukiran dengan menghimpunkan, mengunakan pengimpal atau acuan. Sesiapa yang mencipta arca akan dipanggil pengarca. Arca membabitkan penggunaan bahanyang boleh membentuk model acuan.

BAHAN-BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN ARCA
« Gangsa
« batu marmar,batu kapur
« kayu keras
« tanah liat,seramik ,logam,besi
« kaca
« plastic
« ais
« pasir
JENIS-JENIS ARCA
ARCA BERBENTUK BERFUNGSI
« Arca yang digunakan biasanya digunakan untuk tujuan keagamaan dan kebudayaan disamping ciri-ciri estetikanya.
« Contohnya “kelirieng” atau ntiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder
ARCA BENTUK ESTETIKA
« Tidak mempunyai fugsi tertentu.
« Biasanya dipamerkan di galeri,taman,atau ruang legar kawasan peranginan dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.
« Contonya arca estetika ciptaan han sai por(Singapura) di laman Asean, Kuala Lumpur.
ARCA TIMBULAN
« Ciptaan arca yang berbentuk tiga dimensinya tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata ataupun dipahat ke dalam.
« Contohnya karya timbulan oleh Jacques lipchitz(1891-1973) Lithuania yang berjudul ‘still life with musical instruments’ yang jelas menunjukkan pengaruh aliran kiubisme.
ARCA DINDING
« Teknik gergaji, paku, lekat tampal dan cat secara sistematik untuk menghasilkan kesan timbul dan tengelam hasil penyatuan arca dan catan.
« Contohnya arca dinding “langkawi putih”1977 oleh Abdul Latif Mohidin koleksi balai seni lukis Negara.
ARCA ACUAN
« Bahan cecair dituangkan kedalm acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu.
« Contoh arca acuan bahan tanah liat(seramik).
ARCA BERGERAK
« Arca yang boleh bergerak, berputar, atau berombak kerana mengandungi bahagian yang dicantumkan pada bahagian sendinya juga disebut arca mobil.
« Contohnya acuan oleh Alexander Calder yang berjudul “horizontal spines” 1942.
ARCA STABIL
« Arca kinetic yang bahagianya terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang dicantumkan. Sebahagian arca ini boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan seperti arca mobil.
« Contohnya arca stabil “homage new york”, a self construting and self destroying work of art’1960 oleh Jean Jinguely (1925-1991) Switzerland, ditaman muzium seni moden New York, 1960.
ARCA BINAAN
« Bentuk arca yang dibina secara sistematik untuk mendapatkan bentuk yang ada kaitan dengan matematik dan struktur jentera.
« Contohnya arca oleh Vladimir Tatlin “monument to the third international” 1919-1920, diperbuat daripda bahan kayu, besi dan kaca.
ARCA LUAKAN
« Arca yang dibina melalui proses mengukir dan membuang bahagian yang berlebihan daripada blok kayu, plaster of paris dan batu marmar.
« Contohnya arca daripada blok kayu, ukiran patung mah meri dari Kampong Sungai Sumbon Pulau Carey, Selangor.
ARCA ASEMBLAJ
« Arca yang dihasilkan dengan mencantumkan bahagian yang berasingan seperti kayu ,logam bahan kutipan dan sebagainya.
« Contohnya “bicyle wheel” oleh Marcel Duchamp(1887-1968) Perancis.
ARCA TAMBAHAN
« Jenis arca yang menggunakan bahan lembut seperti tanah liat sebagai tempat tumpangan sementara untuk bahan cair seperi gangsa tuangan, simen dan sebagainya yang boleh dikeraskan atau arca yang dibina sebagai tambahan pada arca utama.
« Contohnya arca daripada tanah liat yang berasingan dibentuk dahulu kemudiaan di cantumkan.
KIMPALAN/WELDING
· Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik.
· Proses kimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.
· Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan electron dan ultrabunyi.






4 Komentar untuk "'Assigment' HBAE2203SMP - Membentuk Dan Membuat Binaan (smp)"

Ni hanya student terlajak brek je yg paham zis hahhaha!!

Nak bahan lagi tentang tajuk ni... aku ada banyak tau...sebab aku buat PHD dulu pun berkenaan tajuk ni.. tapi you must pay first.. becauce in this world you cant get something with free...
Eh... archa ni bukan ke nama pelakon indonesia yang berlakon filem ada apa dengan cinta tu dan bercinta dgn irwansyah tu...
Gambar dia aku ada banyak...kau org boleh tapat dari internet....tunggu aku nak nyanyi jap

Lirik Ada Cinta - Acha S & Irwansyah

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…

biollllllll aku x tahansedih baca lirik lagu ni sebb seseorg yg bernama orag pernah buat slide berlatarbelakangkan lagu ni tapi slide tu dah hilang uuuwwwaaa coding dia juga lenyap uuwwaaa

Back To Top