Pengikut yang taksub hahahha

Bakat lawa dalam menghias rumah!

Rumah teres apalah sangat nak dibanggakan,luaspun tak tara mana..
tapi patut bersyukur juga kerana rumah ini adalah hasil titik peluh sendiri.
Hari ini nak berkongsi idea bagaimana idea menghias rumah yang tercetus di kepala hotak aku ni..sebagai blogger tegar yang tidak sudah sudah sibuk mengalahkan menteri Pelajaran hahhahahah!Di celah kesibukan aku sempat meluangkan masa mempedulikan rumahku ini.Bukan apa nak anak anak seronok tinggal di dalamnya walaupun tidak lah secantik dan sehebat mahligai impian...jom kita tengok bakat lawa aka cikguazi dalam menghias rumah pulak hihihihih...



Langsir yg dibeli di Parkson Sg Petani.Harga cuma RM52 per piece!Suka sangat dengan warna purple!Bajupun banyak warna ni dari yg lain...hihihi Nampak 'simple' dan menarik menggambarkan sikap tuannya yang sukakan kesederhanaan dan simple dalam menangani apa sahaja isu hihihi...menggambarkan betapa tidak cerewet tuannya dan jenis'easy going' betui tak??hihihih hanya yang kenal aku sahaja yg dapat menilainya!Tambah sikit lagi daaa....dapat menyerlahkan sikap 'penyayang'tuannya hahahhahahha!Susah juga ya orang penyayang ni dia mudah sayang orang....hihihi kan kita ni masyarakat penyayang Malaysia??

Pemegang langsir yang bulat tu mudah didapati di Nagoya Textile Sg Petani.Harga cuma RM12.90.Nampak ekslusif kan??Sebenarnya kita dah boleh mencantikkan rumah dengan hanya mengeluarkan sedikit duit sahaja..tak perlu berbelanja lebih lebih kalau nak cantik!Oh ya cuba lihat rama-rama besar dan kecil tu sebenarnya hanya rama rama stokin yang boleh ditanggalkan.Lawa memilih kain jenis keras supaya nampak kemas dan berwarna plain supaya nampak lapang.Walau warna ni nampak terang tapi masih sesuai dengan suasana antik perabot jati dan kelihatan tenang untuk bersantai!

Yang ni kerusi Betawi panjang muatan 2 tempat duduk.Kerusi ni dibeli di Sg Petani sahaja.Kedai jati ni mudah nampak sebab letaknya di jalan ke OUM Aman Jaya.Sebenarnya kedai jati ni menjual jati baru dan lama dan juga yang 'reject'.Rejectpun masih boleh di baiki.Kalau orang mesken macam kita nak bergaya masih mampu membelinya di kedai begini!Dan kalau anda peminat jati lama dan antik sila berkunjung di kedai ini!Peminat jati antik akan memilih barangan lama dari yang baru.....kerana yg lama lebih kelihatan antik!

Lampu garam gunung yang boleh dibeli di Gaint Kulim dengan harga 'lowest price'RM28 dan paling mahal RM60.Baik untuk kesihatan dan menambah kalsium dan iodine dalam tubuh!Jom ikut lawa pi Gaint Kulim!!


Amplifier tu sebenarnya boleh digunakan sebagai penyeri halwa telinga ketika bersantai di ruang ini!Lagu lagu dan muzik dapat diakses terus dari 'pen drive'.Zaman dah berubah semuanya mudah bagai memetik jari!Bawah meja tu cuba tengok ada beberapa batang kulit kayu manis yang dapat mengeluarkan aroma kayu manis!

Amplifier ni dipenuhi dengan lagu-lagu,muzik,koleksi Dj lawa dan beberapa nasyid sebagai halwa telinga!Tapi anak lawa si Mimi memang masukkan lagu -lagu omputih kegemarannya!
Handset N77 tu asyik di charge 25 hours hihii!Bakul kecil tu tempat letak kunci segala mak nenek..kalau orang sua tangan kut tingkap pasti dapat curi kereta dan macam -macam! Pick up jari terlebih dari pick up otak bak kata Belalang Dewa hahaha!

Langsir ni siap pada malam kedua Raya..pi beli batang langsir dengan 'darling'yg jd drebar masa pi Jitra.Dialah yang rajin layan karenah aku bab bab hiasan rumah!Balik je dari Gaint Kulim Malam tu juga my darling sorang ni drill dinding dan pasang batang langsir ni!
Terima kasih sayang kerana tolong mama hias rumah kita!


Bekas kuih 2 tingkat sengaja diletakkan buah-buahan palsu dan sedikit bunga kering sebagai potpuri sebagai haruman di ruang ini!Jauh kelihatan kerusi yuyu dan di tengahnya terdapat sebuah meja kecil serta bakul berisi majalah-majalah dan bahan bacaan ketika bersantai!


View dari 'angle' ni dapat detect ada sebiji cawan yang ditinggal tuannya hahahha!Dalam mama bz perasaan dengan casa impian ni ada je orang tertinggal cawan minuman ye??

Gambar inilah sahaja yang dapat dirakam dengan 'pixel' yang agak cantik yang lain tu macam kalut semacam je!Maklumlah jurukamera haprak je hahahhahah!! <---asyik gelak je sambil menulis n3 !!Dah sasau ke haper ha?? huh...dah siap n3 baru rasa lega dan boleh buat keje lain...inilah sikap blogger TEGAR!memang KETEGARQQQQ!! n3 ditaja oleh Parkson,Gaint Supermarket dan Kedai Perabot Jati hahhaha.
N3 ini juga adalah disediakan khas buat semua sahabat handai rakan taulan sedara mara yang jauh di mata tapi dia dekat di hati! :) :) :P

4 ulasan:

Mat H berkata...

Tahniah, you are best decorator

Mat H berkata...

Fantastik!!!!!!!!

Tirai Hidup berkata...

To Mat H,
Terima kasih saya bukan best decorator...saya cuma creator je hihhihi Kalau Mat H jd penasihat saya kan bagus??Tentu rumahni nampak lebih puaka dari gua kelam hihihih..
antik ni sebenarnya puaka hahhaha!!

Tirai Hidup berkata...

To Mat Hensem..
Awak macho..macam hero pilem Tamil zaman MG R hhuhuhu..

oit saya gurau je jangan marah!
saya tahu awak ni baik sangat!!