Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T17:21

ANDA SEDANG DI TAG! Uji bakat anda di sini!

Terbuka Tag ini kepada semua yang sudi lebih lebih lagi jika nama anda Adry,I-Chimera,Fadzilkhan,Abang Putra,Yonna,Kak E,Tirana,Daklan,Ros dan Kamezaim anda wajib menjawab TAG ini!!!.Anda hanya perlu menyudahkan cerita dibawah ini dengan idea anda sendiri.Syarat lain ialah anda tidak boleh meniru atau berpakat kerana anda akan di kenakan hukuman mandatori di bawah akta menciplak!
Tiba tiba Jijah tersedar ada sesuatu dalam bilik tidurnya....
Jijah mengesyakki sesuatu berada di dalam bilik itu!!!!Dia tidak pasti apa???
14 Komentar untuk "ANDA SEDANG DI TAG! Uji bakat anda di sini!"

Alamak..lawa..macam mana nama saya boleh termasuk dalam list ni...Glamour sangat agaknya ye... Nanti sat no..nak kena fikir sambungan citer di atas..hehehe..

Tiba tiba Jijah tersedar ada sesuatu dalam bilik tidurnya....
Jijah mengesyakki sesuatu berada di dalam bilik itu!!!!Dia tidak pasti apa??? Jijah mematikan dirinya. Dia masih belum pasti apakah bunyi asing dalam biliknya itu. Keadaan gelap menyukarkannya membuat andaian. Tiba-tiba bunyi itu berdesir lagi. Srekkkkks. Dan berbau wangi. Jijah ketakutan. Pontianak ke, fikirnya. Lalu dia mencari handphonenya. Dia ingin menghubungi abg putra, pakar pembunuh hantu yang handal. Nasib baik dia jumpa handphonenya, lalu diapun menghubungi abg putra. Ini jawapan abg putra, apala kau ni Jijah. Itu bunyi perfume dispencer tu. bukan hantu. "Hampeh," kata Jijah. Buat perhabis boreh jo.

(nota: mana-mana novelis yang minat nak buat cerpen ambil lah, tak payah bayar royalti. hehehe)

Abang Putra...
Dalam cerita abang Putra ni Jijah sebenarnya mengharapkan sangat agar bunyi itu dari makhluk yang bernama hantu..mana tahu kut kut divahantu menjelma??Sebab dah lama ter 'break' konekson dengan dia la abg Putra...
Sebenarnya Jijah ni jenis 'daring'la Abang Putra!
Dia tak takut hantu saja buat buat takut tu..sebab nak cari alasan bersembang dengan abang Putra Pengurus RTM Sri Aman!hahahhaa..ni semua tektik lama la abang Putra takkan tak pasan kut???Kan malam tu kita sembang sampai pagi???kahkahkah....ampun mak!!!!

nak ajak bkwn tp takut kena tag...huhuhu...x larat nk jawab wooo...hahahaha

alaaa zariel..ko jawab tag kat sini jer...eh cuba ko sambung citer Jijah ni!!Ni prasyarat kalau mahu kawan tau!!!!hahhahahhah

Jijah tahu ada sesuatu dalam bilik tu. Bunyi 'krek krek krek' semakin jelas. Dan Jijah tau datangnya dari tingkap bilik air bilik Jijah yang luasnya 6 kaki darab 6 kaki. Dalam hati Jijah 'Kalau bukan hantu,pasti orang gila seks!'
Jijah yang berpakaian seksi dengan gaun malam berwarna hitam itu berjingkit-jingkit menuju ke bilik air.Jijah menjerit terpekik-pekik bila nampak kepala seorang lelaki. Bukan hantu rupanya. Jijah siap soal lagi lelaki tu 'Sampai hati awak ya, kenapa awak buat saya macam ni!' Jijah ingatkan Jijot yang cuba memanjat tingkap bilik airnya,rupanya lelaki yang suara berlainan sekali. Jijah baru sahaja berkenalan dengan Jijot. Jijah lari keluar dengan troli yang kononnya nak hempuk kepala lelaki yang Jijah tak kenali itu. Jijah dah hampir dengan lelaki itu sambil jerit 'Hoi jantan! Berhenti! Apa kau buat naik tingkap aku hah! Kurang ajar punya jantan!' Lelaki tu berhenti lariannya sambil menjawab 'Aku tak buat apa2,Aku cuma betulkan tingkap bilik kau aja'
Jijah menambah lagi 'Kau tunggu sini. Aku panggil polis,siaplah kau!' Jijah berpatah balik dan terus menelefon seorang polis yang menjadi idaman hatinya yang Jijah tau polis tu berkeinginan yang sama seperti hati Jijah.
Jijah lari semula dan mendapati lelaki itu telah hilang. Lelaki idaman Jijah sampai dengan motor buruknya dan ditemani 2 orang bawahannya. Jijah tengok wajah mengantuk polis itu membuatkan Jijah terasa ingin ketuk kepalanya. Jijah yang amat ketakutan merasakan sakit hati pula kerana polis itu beritahu 'Jangan risau Jijah. Saya akan tangkap lelaki itu. Saya rasa tadi yang kami terserempaki,itulah orang. Koyok,nama lelaki idaman Jijah itu. Jijah tahu Koyok pasti akan dapat tangkap lelaki kurang siuman itu!
Jijah telefon Jijot supaya temaninya di luar rumah, sambil mengharapkan Koyok datang kembali dan memberitahu berita baik. Jijot bawa Jijah ke kedai minum pagi Subuh itu. Jijah dalam ketakutan lagi sehingga semua orang lelaki yang Jijah nampak semuanya merupai lelaki kurang siuman itu. Sungguh nasib baik si Jijah, lelaki kurang siuman itu datang minum juga di kedai itu. Jijah beritau Jijot 'Awak itulah lelaki tu. Boleh pulak dia minum di situ. Telefonlah polis' Jijot terus tanya 'Berapa nombor telefon Koyok?' Berkali2 Jijot dail tapi tak dapat2. akhirnya Jijot dapat cakap ngan Koyok 'Kopral, orang yang masuk bilik Jijah ada di kedai minum ni. Ok. Terima kasih' Tak sampai 5 minit, Jijah nampak Koyok datang ke kedai dengan pegang gari dan terus menggari si lelaki kurang siuman itu. *&****..pot pet pot pet..Selepas 5 tahun berlaku.
'Sayang, kalau tak kerana JengJeng kurang siuman itu, kita mungkin tak berkeadaan ini kan.'kata Jijah sambil mencabut uban di kepala suaminya. 'Jijah tak rasa ke abang yang upah JengJeng kot suruh masuk bilik Jijah. Sebab abang tau Jijah mesti telefon abang'jawab suaminya.
Jijah tambah 'Hah? Kenapa abang buat macam tu? Kesian JengJeng tu tau,kena tangkap dan kena penjara sebab masuk bilik Jijah!'
Suami Jijah tambah 'La..takkanlah abang nak buat macam tu, dari abang upah JengJeng baik abang aja panjat tingkap bilik Jijah!'
Jijah jawab lagi 'Kalau abang yang panjat tingkap tu, Jijah nak panggil siapa?'
Suami Jijah jawab 'Panggil lah lelaki yang temankan Jijah pagi tu masa abang tangkap JengJeng dulu!'
Jijah terperanjat 'Laaa.abang cemburukan Jijot rupanya. Napa abang tak cakap dari dulu lagi?'

....Lawa, penatlah aku nak mengarang. Cukuplah.

emmm..tau penat tak per..
jap aku nak perah otak ni ...

Sebenarnya macam ni laa...kau yg ubah skrip ni!!Bukan kau tak kenal Jijah ni dia bijak mengatur strategi demi nak pikat jantan!

Malam tu semua dah dirancang!Jijah dah pakat dengan jantan tu suruh panjat tingkap rumah dia.Sebab nak lepas rindu yg membara!

Di situlah depa dok main mata selama ni!
Berbual bual sambil gentel kain dagang Ros!
Maklumlah chenta terhalang!
yang terhalang nilah yang syok sangat pulun!

malam tu sampai pagi Jijah sembang di tingkap rumah!yang datang buat havoc tu ialah peminat Jijah yang selama ini menaruh hati jugak!

Akibat geram siJantan kene tangkap...dan Polis yang menangkap tu pulak masuk meminang selepas kejadian.5 tahun berlalu Jijah dah produce 5 anak maknanya setahun sorang bah!Jenuhla macam ni...produktif betui si Jijah ni..masuk workshop!!!!Macam masuk shopping center!
merapu je Ros :)

Lawa, kau tak tak dlm citer di atas 3 jantan!

1) JengJeng-lelaki kurang siuman yang gila seks

2) Koyok-Polis

3) Jijot- lelaki yang temankan Jijah!

Lawa, aku tak kira..kau mesti baca ini...

lepas tu aku nak ko komen dlm msjbox di blog aku. Kalu tak??? Aku panggil JengJeng panjat tingkap ko!

http://rosram.diaryland.com/060725_64.html

hahhahhaha....gelak dengan gaya Ziana Zain sambil angkat kening ni hahhahhah!
Aku baru bangun dari buat tayiikk mata ko tau tak???:);) apa ni sayang??marah marah?Cium kang??hahhahhah...

Tetiba jijah tersedar ada sesuatu dlm bilik tidurnya... Jijah kompius, sambil mengaru-garu kepalanya yang memang dah gatal penuh kelemumur... dah lama jijah tak syampoo kepalanya. syampoo dia dah abis... petang tadi dia mandi dia syampoo kepala pun pakai sabun mandi je... nasib baik sabun mandi ada lagi. kalau tak dia comfirm syampoo kepala pakai ubat gigi... err... tetiba cerita pasal syampoo plak... ok sambung balik.

Jijah masa tu berdiri kat tepi pintu... benda tersebut kelihatan kaku bergolek atas katilnya yang dah agak bersepah-sepah akibat aktiviti kuak lintang pukang yang sangat digemarinya...
jijah garu lagu kepala gatalnya...
"Sape pulak dok tidor atas katil aku tu?" jijah tertanya sendiri sambil mencapai sebiji pasu yg agak besar yg akan digunkan sebagai senjata sekiranya ada apa-apa yg berlaku...

"Hantu kot!!" hatinya membuat tekaan.
"Tapi bulan pose ni mana ada hantu... mak kata bulan pose hantu sume kena ikat.... yg tinggal sume manusia2 yg berangan nak jadi hantu."...

"Ish! takkan abang Jimy asmara, pakwe mat saleh aku tu... kan aku dah cut konekson between us.. eh! between aku dgn dia. sebab aku tahu dia play wood three behind me!. Dia kan dah balik ostolia. rumah mak dia..."

"Tapi macamana kalau betul tu abang jimy asmara yg nak rujuk semula dgn aku sebab dah gila talak.." Tanya hatinyanya lagi dgn hidungnya yg kembang kuncup sebab bangga jimy asmara nak dekat dia lagi...

"Tidak.. aku tak hingin nak bechenta dgn crocodile land tersebut.. kalau betul dia, aku akan siat-siat kulit dia pastu aku buat kasut ganti kasut aku yg dah terkoyak belah depan tu sebab buat baling budak yg curi rambutan belakang umah... kuang hajaq punya budak... bulan pose pun curi rembutan..."

"Ish! laki aku kot... tapi takkan pulak laki aku... aku mana pernah berlaki lagi..."

Jijah tgk benda tu masih tak bergerak-gerak atas katil dia.
Tidor mati ke hapa?? Jijah bergerak perlahan-lahan ke arah katilnya.. dia memerhatikan pakaian yg dipakainya malam itu... sexi gilerrrr... gaun tidur kaler pink nipis sehingga menampakkan... err.. err.. er... *macam lucah pulak bunyinya ya? bulan pose ni tak baik buat cerita yag lucah-lucah* - ok tukar ayat...

Dia memerhatikan pakaian yg dipakainya malam itu... Baju kelawar yag lusuh bersama dgn kain batik yng membuatkan dirinya haram tak seksi langsung ditambah pulak dgn bedak sejuk yg bertempek-tempek kat muka... yg jelasnya kalau ada sesapa yg ada dalam bilik dia masa tu mesti org tu yg menjerit histeria sebab tgk betapa hudohnya wajah jijah. Paling tidak pun, koma 3 jam....

Jijah bergerak ke arah katilnya. kain selimut yg menutup objek yg berada di atas katilnya ditarik deras... dan degn sekuat-kuat hati jijah memukul-mukul makhluk yg terbaring di atas katilnya sekuat-kuat alam dan selaju-laju alam juga.... "Nah, nah, nah, nah, nah nah nah.......... x 2500".

"Huh! puas hati aku... mampus kau lahanat..."
Jijah bergerak ke arah dinding mencari suis lampu (lupa nak bagitau tadi... bilik jijah tu gelap... tapi taklah gelap sgt. samar-samar je) bila jijah bukak lampu... tetiba Jijah menjerit histeria macam orang kena sawan.... "ARGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH" - jeritan dalam satu nafas selama 45 minit... hebatkan???

kemudian jijah mengurut2 dadanya sambil bernafas laju-laju...
"Cissss!!! bayang aku rupanya... ingatkan hantu bedak mana pulak tadi" kata jijah ambil memarahi cermin muka yg agak besar binaannya yag tertampal di almari baju betul-betul bertentangan dgnnya...
kemudian... jijah melihat kembali ke arah katilnya telah mula kacau bilau seperti dilanggar todak. kemudian dilihatnya bantal peluknya yg telah koyak rabak dan telah terkeluar segala isi perut akibat telah di pukul secara sadis di tahap paling kritikal...

sedangkan makhluk yg berbaring di katilnya tadi tak ada lagi disitu...
Jijah kegeraman...
"kuang hajaq punya.... punya... errr... apa benda atas katil aku tadi tu... hah, tak kiralah apa benda pun... memang kuang hajaq... kot ye nak tido atas katil aku buatlah cara nak tidor... yg diperkosa bantal peluk aku sampai terburai tu apehal... * errr... ayat ni pun berbau lucah jugak ke- ok tukar hata lain* - yg dibelasah bantal peluk aku sampai koyak rabak tu apehalnya... bahangang (bahalol + bangang) punya makhluk... sempat pulak dia lari tu... mesti dia lari masa aku menjerit histeria tadi..."

Jijah mula menagis teresak-esak mengenangkan dirinya sudah tidak ada teman tidor lagi - sambil memikirkan bantal peluk yg dah terburai isi perut tu perlu dikebumikan atau tidak..

sekian....

Bukanlah..citer dia macam ni...Jijah tersengih dalam gelap tu sebab dia bersyukur abang Jimmy pojaan Malaya dah kembali ke riba!Ahhhhh Jijah mendengus penuh nafsu ...caittt!!berbau lucah jugak ni!Cut!!!!!tukar ayat yg lebih sopan!

Jijah masa tu memang memakai pakaian tidur yang nipis(ni memang telah jadi rutin tiapkali Jimmy datang sebab Jimmy suka tengok Jijah ..Jimmy kata Jijah cekci!!

Jijah tak main la pakai baju kelawar yg lusuh dan menampakkan ketiak tu!!!Tak anggun tak cun!apa lagi jika depan Jimmy yang memang 'crocodile land' terkenal dgn nafsu serakah maklumlah orang putih celop!!!

Jijah tak takut langsung dengan benda yang berada di atas katilnya itu.Sebab sebelum ni dah berapa kali Jimmy telah diimpotnya masuk ke bilik itu!Jimmy pun dah berapa kali buat buat mimpi berjalan ke bilik tidur Jijah.Dulu pernah mereka sewa blik hotel yang ada pintu tengah(share pintu)..tapi bila nak tidur mereka berdua buat buat lupa kunci pintu bilik dan buat buat mengigau 'berjalan'.

Kini dah lepas 'cut'konekson mereka tidak lagi berjumpa!konon Jijah doesn't want banana to fruit two times!!

Tapi orang kata penyakit angau ni bukan boleh dibuat main !Angau boleh jadi macam orang gila!Bercakap sorang senyum sorang dan kuat berangan angan hingga naik pelamin ..malah berangan hengga pencen!!!!hahhahhaha dahsyat jugak ni!!!
To make a long story short,,,
Akhirya Jijah dah tak tahan lagi...terus diterkamnya benda yang berada di atas katil kuak kupu kupunya itu!

Sempat Jijah memetik suis lampu tidur berhampiran katilnya....Alamak???I-Chimera???
Apa ko buat sini???Apa dah jadi ni???
Ku sangka Jimmy Wongso(nama sebenar Jimmy Asmara) rupanya kau!!!!

Maka teringat Jijah kata kata Jimmy masa mereka berkasih kasihan dulu...kata Jimmy,
'I bukan jeles....(dalamhati...tapi memang I jelespun kat you..)apa you ingat tak pernah ke adik merangkak ke katil akak ???"Oit Jimmy toot sket la!" jawab Jijah ketika itu...

Alamak!Betul kata kata Jimmy tu...Chime terkedu dan Jijah juga terkedu...
Tiba tiba terdengar bunyi suara.."Cut!!!!
Cut!!!
Pengarah Filem Yusof Haslam mengarahkan adegan itu di potong sebab aksi Chime agak kaku...dan terkentut kuat semasa adegan tadi!Maklumlah kali pertama berlakon dengan artis terkemuka pemes n mabeles!!!Tak torah Chime dibuatnya!!Dalam hati Jijah kata kat Chime,'nampak sangat dia n x der experience!!!!huhuu lariiikkkk!!

hahahhah Chime best kan??Setelah diolah lain jadinya!sesiapa nak buat cerpen ambillah idea merapu ni!!!

Sekian sekadar ceritera buat mengasah bakat mengarang ....tidak ada kene mengena dgn yg masih hidup maupun yg malas bernafas!

ish... yg bahagian pakai sexi tu... saya tau jijah suka pakai sexi... tapi demi menghormati ramadan kan... pakailah yg sopan-sopan sikit... ingat nak bagai pakai tudung dgn jubah sekali. tapi apekehe, plak nak tidur pakai baju gitu... solehah sungguh bunyinya...

alah budak chime tu baru belajar nak belakon tau... sebab tu kaku... tapi nasib baik dia ensommm... dulu nasya aziz masa mula2 belakon dulu pun kaku jugak... ni lepas ni chime tu dpt tawaran filem juli dahlan plak... pakai bikini tepi kolam... awwwwww... tak kosseer...
brad pit dgb tom cruise dulu pun kaku jugak masa mula2 belakon... tapi sebab diorg ensommm, tu yg boleh kekal lama tu... (aku ni nak memuji sape ni ha)

ha satu lagi... masa dekat2 nak ending cerita ni tak bercirikan muslimah di bulan ramadanlah... ada ke pakai terkam... gelogoh betul budak jijah tu... buatlah dia tarik selimut slow2.. pastu tersyum tersipu-sipu dgn mulut yg dan jadi macam siput... atau pun dikejutkan org yg baring atas katil daia tu utk bertadarus al quran mahupun bersolat tarawih... paling tak pun kejut bangun sahur...errr jijah masa tu tgh tak pose kot... datang bulan gamaknya... sebab tu hangin dia pun semacam jer...

oit kan peristiwa tu terjadi semasa di tempat shooting daa!!!Dan berlaku semasa bukan bulan posa!Lokasi tempat masa tak dinyatakan ..tu pasal pakat hentam je ..

So sempena bulan mulia ini Jijah ada sms tadi dia pesan dia minta maaf jika ada menyentuh sesitiviti dan graviti masyarakat Islam di bulan ini!sebab adegan 'terkam' dan pakaian sexy tu...

chime tu harap kekalkan kelakar.net ko sebab sifat semulajadi ko tu la orang suka!
berkelakar ada batas so sama samalah kita jaga level kelakar kita!

huhuhu...nak buat cemana chime kita dah semulajadi macam ni!Aku memang kene kawal jari jemari sejak dolu sebb ada org kata aku cepat pick jari dari otak !!!hahhahhaha..

Chime!ko kawal aku dan aku kawal ko!
macam ni kita sms dulu soh ko masuk edit ayat aku dalam emel..or ym hahaha sampai macam tu sekali!!kira dahsat tau!
kalau rajin laa...ok got to go now..

anyway Ramadhan ni harap yg terbaik buat kita!
Beramal dan berblog jgn lupa!
Chime,kita jadi kita,kita jgn jadi orang lain.
be yourself ok!I like you!I like your style!
keep up!terskipping....

Back To Top