Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T05:48

JANGAN AMBIL NYAWAKU TUHAN....



"Aaaahh...ada darah?Ya Allah apa sudah jadi pada diriku ini?
Ya Rabbi makin banyak mengalir ni???aduhhhh....tapi dalam hatiku tetap berdoa 'Ya Allah selamatkanlah aku ya Tuhanku!!Amin...ya Rabbal alamin...Ya Alllllaaaaaahh!!!
Darah???Darah di mana saja????Darah berhamburan merata hingga seluruh lantai kemerahan dengan darah????Darah!!!Darah!!!Darah di mana sahaja!!!

Seluruh kaki tanganku mulai kebas!Aku dah tidak rasakan kaki dan tangan lagi!
Macam ni kah jika Sakaratul maut menghampiri?Aku ngeri untuk pertama kali merasai akan mati begini..tolonglah ya Allah hanya padaMu ku pinta...JANGAN AMBIL NYAWAKU!

Ya Allah tolonglah hambaMu ini..jangan kau ambil nyawaku Ya Allah!Suara hatiku membentak bentak seolah macam budak budak merengek,memaksa ibu belikan sesuatu!
Malah lebih dari itu aku rasa macam aku paksa Allah panjangkan umurku!
Aku paksaMu ya Alllah jangan ambil nyawaku lagi saat ini!!!Aku ugut Allah jangan!!Aku larang Allah mencabut nyawaku saat itu!!

Walau saat itu tiada orang tersayang menghampiri...aku bergelumang dengan sakaratul maut !Aku meronta!Hingga jururawat dan beberapa pesakit lain turut menitiskan air mata(semua ni ku ketahui setelah aku sedar di katil hospital semasa mereka menziarahiku setelah sembuh)!

Masihku ingat tangan dan kakiku bagaikan robot setelah kedua belah tanganku penuh dengan wayar wayar berbelit dan tiub oksigen dimasukkan ke dalam hidung ku!Aku rasa sesak nafasku ketika itu..sukar bernafas dan hingga beberapa kali aku tidak sedarkan diri!

Aku hilang dan berada di alam lain...gelap pekat tiada suara manusia di situ!
Semuanya hitam pekat!Sesekali aku masih boleh terdengar suara doktor dan jururawat bercakap!Dan selepas itu aku hilang lenyap lagi....begitulah berulang kali ku rasa hingga akhirnya aku sedar semula bila ku lihat bantuan darah dari tabung darah disambugkan ke badanku!

Memang saat itu aku pasrah jiwa dan raga kepada Tuhan Yang Esa!Aku serah diri yang tanpa seurat benangpun di saat itu khas buat doktor dan jururawat dimeja bedah mereka!Sebanyak 13 pt darah telah menerjah urat sarafku sebenarnya ketika itu.

Sempat ku lihat pekerja lelaki yang tegap mengangkat badanku yang lemah ini dan masih tanpa seurat benangpun tika itu!Sudah tiada apa yang boleh buat aku malu lagi tika itu!Biarkan tubuh ini menjadi tatapan doktor dan jururawat!Demi sebuah nyawa yang hampir melayang!Aku relakan...tubuh ini jadi santapan mata mereka!!

Sekali lagi aku disedarkan bila ku dengar bunyi pangkinku ditolak ke dalam lift dan aku mulai sedarkan diri!Kini aku telah hampir pulih walau masih lemah!Pun begitu masih tiada kelibat orang orang yang mengasihiku semasa sihat menghampiri.....
Syukur ya Allah kau telah beri apa yang ku pinta!Kembalikan nyawaku yang hampir melayang!!!


Tergenang air mata bila kenangkan saat itu....saat berjuang dengan maut!!!!tanpa sesiapa di sisi...hanya doa dan syahadah menemani!Kalau mati, tentu mereka (waris) datang menuntut mayat di bilik mayat hospital keesokan harinya!
12 Komentar untuk "JANGAN AMBIL NYAWAKU TUHAN...."

ish ish ish... ble insaf baca ni...
sendiri karang ker... rajinnyeer (^_^)

oit....jap nk cop mohor sdn bhd.
baru abis karang la yg singgah di umahmu Adry!
ko ingat sia x pandai ngarang bah?Aq hentam je cakap sabahan ni....aq x kisah betul ke salah!
Kisah benar tu bah....

hehehe... antam jak la kalau mau cakap sabah... tp ingat sabah pun tengok tempat gak walaupun satu negeri KK ngan Tawau lain slangnya...

aku percaya memang ko pandai karang... mmm dulu kena sakit apa?? ni mau aku panggil kakak ka adik ka apa ni... brapa umur?? Saya baru nak masuk 24 tahun...

rasa meremang gak bulu roma ni bila kenangkan kita kena lalui jugak saat menakutkan ni... moga hidup kita berakhir dgn kesudahan yg baik

buat Adry..
Allah uji kita dengan pelbagai cara..kadangdgn masalah dan kdg dengan panyakit.kalau masalah kita kene cari jaan selesainya dan jika penyakit agak berat tambah jika dia uji dgn penyakit kronik!kita pasti kalah jika x berusaha!

Adry aku lebih senang bicara dengan semua orang begini tak kira tua atau muda!Aku rasa lebih mesra dan bebas!kan?kan?Tapi masih ada rasa hormat kawan walau dalam senda gurau!
rasa hormat perlu..bah!!!

i-chimera...memang maut kan datang juga menjemput...kan allah utuskan malaikat Izrail jenguk kita setiap hari?

Cuma kita je lupa bahawa kita dijengahnya setiap hari.Semoga berakhir hidup kita dengan kemuliaan di sisiNya dan matikan kita sekiranya mati itu baik buat kita!

Salam Tirai Hidup...

Sekurang-kurangnya cerita ini menginsafkan dan mengingatkan kita supaya bertaubat sebelum terlambat... Jangan sampai tinggal nyawa-nyawa ikan, baru terketaq-ketaq takut.. Inngatan untuk diri sendiri ni..

TO Lawa:

Garapan idea dan tarian jari mampu menyentap emosi pembaca. Teruskan dengan curahan idea agar seiring dengan peringkat usia.

Cuma penggunaan ejaan dan tanda baca perlu juga dititikberatkan.

Yang puitis itu bahasa,
Yang indah itu rupa;
Yang mencuit itu rasa
Yang bijak itu Miss Lawa..

Tahniah, teruskan!

Salam lawa...

Erm... teringat satu buku yg penah su baca. mengingati mati itu bagus sekali untuk melembutkan hati. Mengurangkan kelazatan hidup agar kita tak leka dengan apa sedang kita nikmati di dunia ni. Mengingatkan diri bahawa banyak lagi ibadat yg perlu kita buat...

Su belum penah berada dlm keadaan seperti yg lawa gambarkan. Garapan yg baik sekali... mmg buat mata su belari laju meratah ayat yg seterusnya...

Daklan....
Aku ni baru berjinak jinak menulis...
Jinak jinak merpati pulak tu..
Senang di dekat ditangkap lari..
(ni ko yg kata dulu kan?)

Daklan...
terima kasih kerana sudi beri kritikan membina!
memang aku ni bukan guru bahasa..tanda bacaan sah lemah hahha..aku guru muzik dan yg sewaktu dgnnya jer...huhu

Cuma ayat ko, yg bijak tu lawa!!
ni yg 'up' aku hingga mencanak seronok hahah!
Kadang aku guna je bahasa samada puitis ke tidak asal aku rasa boleh guna hentam saja labu!

Tirana...memang semua kita mengharap segala yg berakhir dengan 'happy'ending dunia akhirat!
tapi bila seronok kita lupa mati..
bila dah nyawa ikan kita ingat Dia..bila segar lupa balik...ada orang yg dah bosan hidup ko percaya ada tak?

Su..mana aku tak layan emo menulis kisah benar yg ku lalui ..huhu kisah benar tu su!

Su..dulu aku org sastera juga..tapi tak ler hebat saja syok syok saja ni tulis!

bacalah su segala n3 ku yang ada di dada bog ini..

Back To Top