Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T08:30

Kita Semua Ada Psikik....

Nafsuku nafsumu...id,ego dan superego tambah satu lagi iblis ..bila cukup korum sah jadi....MESTI BACA NI!




Mungkin kita jadi stickman hamok habis desktop!!!Ni akibat ikut Id sangat!hahaha!


Pendekatan Psikoanalitik mengatakan tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh proses proses psikologi di bawah sedar!Tingkah laku kita adalah berasal dari konflik dalaman,dorongan,kehendak,motif motif yang tidak disedari.Semua tingkah laku normal dan abnormal adalah hasil dari faktor genetik dan persekitaran.kedua faktor ini memberi kesan ke atas tingkah laku dengan mempengaruhi proses sedar dan proses tidak sedar psikologi.Peristiwa masa kecil memberi kesan sepanjang hayat pada individu.

Menurut Sigmund Freud kita semua ada psikik!Tiga struktur psikik iaitu id,ego dan superego ada dalam diri kita.

Id-adalah dorongan hawa nafsu yang diwarisi,primitif mementingkan diri sendiri dan id merupakan pengaruh psikik pertama mempengaruhi tingkah laku!

Ego-bertndak mengawal id dan betindak mengawal id mengikut kehendak moral dan piawai etika masyarakat.

Superego- adalah suara hati kita yang boleh membezakan baik buruk.Superego muncul perlahan lahan dalam diri kanak kanak sehingga dewasa.Superego tugasnya adalah mengawal permintaan id dan ego yang melampau.Superego juga kadang kadang bersifat punitif ketika remaja sebagai contohnya mereka tidak dapat mengawal permintaan seksual yang meningkat! Penyakit kemurungan dan kerisauan juga akibat permintaan superego yang melampau!

SEKIRANYA KONFLIK BERLAKU ANTARA ID, EGO DAN SUPEREGO maka akan membawa padah pada kecelaruan mental!Awas pembaca sekalian jika kita berada di situasi melampau maknanya kita sedang dikuasai oleh permintaan superego yang tinggi.

Contoh:Orang cederakan orang,liwat,rogol dan bunuh..semua ni berlaku setelah Id menguasai dirinya!Dalam banyak hal Id lah yang paling jahat dalam diri manusia.
Ego bagus jugak memikirkan baik dan buruk..dan superego main peranan kawal id dan ego sekali gus!hahaha sebenarnya seronok baca bab psikologi ini.Bagi kita orang Islam percaya selain yang disebutkan tadi kita ada Iblis yang menghasut berbuat sesuatu mengikut hawa nafsu dan kadang kadang kita kecundang dengan permintaan nafsu serakah kita!!!aduhh...

...baru ku tahu psikik ada dalam diri kita semua jadi awas jangan sangka air yang tenang tak ada buaya!
berhati hatilah....dengan pesakit mental dan yang nampak waras tapi ada kecelaruan mental!!!
0 Komentar untuk "Kita Semua Ada Psikik...."
Back To Top