
Biar awak jadi rangka kita sudi lagi nak 'shake hand' dengan awak tau!Tapi kita tak ramas tangan awak takut awak hancur....
Ketika aku ziarah sahabat lamaku di Grik baru ni,kami bersalaman dan aku teramas jari jemari dia...dia yang hanya tinggal tulang dan kulit!dia tersentak ..katanya .."yong,jari ni dah tak boleh diramas,mek rasa pedih..!!" Aku sebak dengar kata kata ini terus memeluknya dengan tergenang air jernih di kelopak mataku!Ku cium pipinya yang dingin...ya Allah dah berapa orang sahabatku menderita penyakit kronik dan sudah berapa ramai yg dah pergi...
kawan datang dan pergi...
dia kata kita lupa dia..
dia kata kita tak suka dia!
pada hal kita ingat dia separuh mati!
kita rindu dia!
masa 'drive' kita ingat dia!
masa dalam tandas pun kita ingat!teruknya aku!
dia banding rupa dia dengan kita!(kitapun perasan "eh lawa ke aku ni?")
dia ingat kita pilih rupa!
pada hal kita borong semua!
tak cukup umurpun kita tak kisah!
terlebih umurpun kita tak peduli!
dia kecil,dia besar,dia tinggi,dia pendek!
semua kita tak kisah!
malah dia Islam ke tak kita tak kisah!
biar dia dah pencenpun tak per!
tak cukup 'package' pun kita tak kisah!
kita tak kisah apa apapun percaya lah!
kita tak kisah dia tak der keje ke?
kita tak kisah dia jutawan ke?
kita takkisah dia orang kaya ke?
kita tak kisah di Pengarah besar ke?
kita tak kisah dia petani ke?
dia penerbit ke?
dia penoreh ke?
kita tak pilih bulu tau!
sebab kita tau ramai orang tak ada yang tu!hehheh!
kita sayang dia!'
kita ingat budi dia!
kebaikan dia selama ini..
kita tetap rindu kawan..
kita sayang kawan..
sayang sungguh ni
tak tipu tau..
mana boleh tipu perasaan sebenar?
percaya lah saya sayang awak!
saya tetap kenang awak!
biar awak pergi jauh!
oit jangan pergi jauh la!
ni tak kesian ke
ada kawan masih ingat awak!
kalau awak mati nanti!
wasiatkan berita kematian awak!
biar saya tahu sama...
sekurangnya tunjuk sayang saya
di alam barzakh
buat awak sepotong kalimah Al Fatihah!
budi awak tak terbalas!
kita ingat sampai kita tak bernafas tau!
ni bukan ciplak,ni karya saya tau!
perah otak kejap demi awak!
8 minit saya curi masa karang ni tau!
puisi kah di atas ini?tak kisah lah apa jenis dia,
saya cipta khas buat semua sahabat maya saya.Sesiapa terasa macam kene
batang hidung tu maknanya awak memang sedang merasai sentuhan saya!!:P
Tag :
Aku perlu itu...
4 Komentar untuk "Kita Tak kisah Itu Semua tau!!!"
Salam Lawa..sedap puisi sahabat ni...Saya baca sampai terlentok-lentok..hehehe
Sahabat sejati menjadi cermin pada kita. Kita buat salah dia tak segan silu menegur..Kita buat betul..dia tak lokek memuji.. Teguran atau pujian diberi adalah ikhlas dari hati bukan untuk bermuka-muka.. Ada lagikah sahabat sejati di zaman ini?
Tirana..ada 4 kategori kawan ni:
-Ada kawan yg ikhlas suka betulkan kita..
tapi kita sukar nak terima teguran dia!
kita sangka dia sengaja nak dedahkan keburukan kita....kita sangka dia kutuk kita yg terkutuk ni hahhahah!
-yang tak ikhlas kadang hanya bermuka muka puji depan tetapi belakang kutuk dahsyat!
-yang depan kutuk belakangpun kutuk!
-yang kawan saja tapi tak kutuk dan tak puji dan tak bermuka muka!dia ni jenis slamberland!!
Eh betul ke aku cakap ni??ada sesiapa nak komen?Silakan....
Puisi atas ni ciptaan aku..
aku kalau dah ada idea tak tertahan dah terus tak buang masa...kerana pick jari dan otak sama naik..kadang kadang jari cepat dari otak!!kadang otak cepat dari jari ..kadang hang terus!terus koma..
cantik puisi tu, nada ikhlas
Su...kalau kau masuk komen semua aku rasa macam mahal komenmu!! :)