Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T01:46

N3 SELUAR DALAM kih kih kih.....

Seluar Dalam [oleh : Pak Pyn Habib]

Aku tidak dapat tidur tadi malam
kerana asyik memikirkan hal seluar dalam yang hilang
apakah anda telah memikirkan sejenak seluar dalam dalam bentuk abstrak?
seluar dalam adalah sesuatu yang kita pakai di dalam
setiap orang aku rasa mesti pakai seluar dalam
saudara pakai seluar dalam
saudari pun pakai seluar dalam

setiap orang ada masing-masing punya hobi
yang antaranya tak suka pakai seluar dalam
Orang Melayu pakai seluar dalam
Orang India pakai seluar dalam
Mahathir pakai seluar dalam
Anwar pakai seluar dalam
Dollah Badawi pakai seluar dalam
Rafidah Aziz pun pakai seluar dalam
Najib? Pakai... Pakai seluar dalam

Itu Superman pakai seluar dalam tapi kat luar
Tok Lebai dan Tok Imam pun pakai seluar dalam
Aku pernah melihat mereka
Tok Imam dan Tok Lebai memecat seluar dalam
waktu sembahyang
Apakah warna seluar dalam anda hari ini?
Jangan tipu...

Ada orang suka seluar dalam warna merah
Ada suka pakai warna coklat
Aku suka pakai warna biru dan hitam
Ada orang suka pakai seluar dalam yang longgar
Berapakah saiz seluar dalam kegemaran anda?
Seluar dalam bersaiz ketat untuk menyenangkan
Seluar dalam bersaiz longgar untuk beri kebebasan bergerak
dan peredaran udara
Aku tidak tahu, berapakah saiz seluar dalam dalam orang yang gemuk
Orang gemuk di kampungku tak pakai seluar dalam
Tak ada saiz katanya.

Kesimpulan: Seluar dalam adalah satu keperluan...heheheh!
4 Komentar untuk "N3 SELUAR DALAM kih kih kih....."

hahah saya dengar benda ni live dari penciptanya di majlis MASKARA

best nyaaaaaa ko ada chance jer maklumlah dok KL aku dok bawah tempurung huhuhu....cian aku kan?

dah delete pic suar dalam tu sebb ada owang kata kelucahan melampau huhu...pada hal besa la pic macam tu!demi readerku puas hati ku delete...

adeh... apsal entri pasal seluar dalam plak ni... ahahahaha... ermmmada dengar khabar dari wis tak???


Adry @ http://www.adrysabry.com

Back To Top