Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T05:31

Sayang.....aku sayang kamu....jangan tinggal daku!Ingat janji kita ne....biar berdarah biarpun parah....

hahhahha...jika lihat tajuk n3 memang lari sikit la dari n3!memang dah style supaya orang syok nak baca walau tak komen tak kisah!Kutuk yang sadis dan membebel tak tentu fasal akan disula hidup hidup!


Sekali lagi aku terpanggil untuk menulis bab sahabat maya dan sahabat realiti!
Aku seperti bloggers lain seorang perempuan yang mula hidup berblog sejak 2007 sekitar bulan Ogos(menghasilkan blog prasekolah)dan Blog antulawa bulan September dan diikuti blog Tiraihidup.

Blog praskbs adalah satu blog yang dihasilkan oleh sahabat aku Z dan selepas itu muncul seorang web master Y .Dia juga seperti Z banyak membantu aku mencantikkan blog dan semasa itu aku memang cetek sangat pengetahuan bab blog ini!

Syukur akhirnya aku banyak belajar dari keduanya sehinggalah aku ketemu lagi dengan beberapa webmaster lain yang masih menjadi sabahat aku hingga kini.
Dan aku pernah dikatakan oleh seorang webmaster Perlis begini bunyinya! "Cikgu mewarnai dunia bloggers bersama kami dan susah jika nak cari guru perempuan yang celik It dan suka berblog begini'.Dan ada seorang sabahat lain berkata...'dia seorang guru yang suka berblog tetapi tidak goblog'.

Aku masih simpan kata kata ini dalam hatiku kerana inilah kenangan manis berblog!dan aku mulai mendapat ramai kawan-kawan!Tidak dinafikan juga perasaan sayangkan kawan kawan juga terselit dalam hati ini!Sayang di sini biarlah ku jelaskan..sayang sebagai kawan berbeza sayang sebagai kekasih....sayang maknanya tak mahu kehilangan dia walau dia itu siapa?menteri?datuk?penoreh?kerani?penerbit?penulis?sasterawan?Jutawan?bakal jutawan saiber? orang miskin?kaya? Semua latarbelakang mereka aku letak tepi!!!!
Malah...paling dahsyat aku langsung tak pedulikan bentuk fizikal,usia,hensem ke?kacak ke? ramai peminat ke?suami orang ke?bini orang ke/janda orang ke?duda ke?orang pencen ke?Semua tu aku tak kisah sebenarnya!Aku sendiri mempunyai sifat'low profile'Ada juga orang kata aku seperti sombong bila lihat gambarku terpampang di blog!memang aku ada gaya nampak sombong!berlagak!dan nampak perasan hahhah!!Memang orang akan rasa dia ni sukar didekati....pada hal tidak!!!!hahhahha...

Tidak dinafikan dalam mencari kawan-kawan aku juga harus terima hakikat persahabatan ini tidak semestinya kekal sebab kita manusia tidak bersifat kekal kerana hanya Allah sahaja yang kekal.
Dan kawan kawan ada yang menjauhkan diri...dan aku tak tahu kerana apa...tapi aku tak perlu buat analisis kerana apa mereka pergi?perkara utama ialah aku sendiri yang sibuk dengan urusan aku dan aku tidak atau jarang jarang masuk ke blog mereka!Yang ni sudah pasti kerana aku tidak atur masa untuk 'blog walking'!kekangan masa pengajian oum dan aktif di peringkat daerah dan negeri buat aku tak sempat buat itu semua!lainlah jika jadi perempuan tidak bekerjaya....

Aku tampil dengan imej seorang perempuan yang ramah tamah,kelakar,merapu dan petah(perasan) bercakap menulis gaya bebas dan bukan sekadar gaya kuak lentang atau gaya kupu-kupu!Hingga aku di cop sebagai seorang yang 'pick up jari 'lebih baik dari 'pick up otak!hahhahhahha....aku akui mengarang ni macam mudah sangat aku tak perlu ambil masa lama untuk mengarang sebuah entry..yang ni pun sambil lalu sahaja aku dah siapkan...huhu

Dan seperkara lagi aku memang suka berkawan dengan sesiapa sahaja di maya mahupun di alam nyata!Aku tak kisah dia muda?dia tua?dia belasan tahun?dia dua puluhan?Tigapuluhan? empat puluhan?mahupun 60-100?Semua aku anggap sebagai sahabat selagi dia masih sudi menjadi sahabat maya mahupun realiti!
bersambung jika rajin conteng lagi ....
2 Komentar untuk "Sayang.....aku sayang kamu....jangan tinggal daku!Ingat janji kita ne....biar berdarah biarpun parah...."

Yang penting dalam hal blog ini ialah...

'Blog aku..aku punya sukalah nak buat apa pun' betul tak lawa.
Aku dah berblog sejak awal 2002 ni dan dah tak kisah pun orang nak baca ke tak,..nak kawan ngan kita ke tak..aku tak kisah..

Itulah cerita kalau sudah berblog...kan..lain orang lain prinsip..

betul tu ros...alamak ko lagi lama berblog..tentu dah rasa pahit manis nya kan?
Aku juga dah rasa banyak ni kejap org kawan kejap hilang kejap yang lain datang dgn menadah padang bola kejap dia juga hilang dng padang bolanya hahhah datang pulak yang tadah langit..aku tetap hulur tangan sambut dgn manis dan dengan kasih sayang...kini aku rindu pada mereka yang pernah di hatiku Ros..cuma bayangan kenangan mengusik jiwa aduhh...sayang kawan jangan kawan makan kawan sudahkan Ros???

Back To Top