Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T07:22

Adik Khadizah Di Tawau

Team Tawau Bloggers berziarah ke Hospital Besar Tawau apabila dimaklumkan oleh saudari Ezza mengenai anak muridnya yang ditimpa kemalangan.
Adik Nur Khadizah Tinie yang ditimpa kemalangan apabila di langgar lori mengangkut sawit seberat 10 tan!! Ya, 10 tan!! tetapi alhamdulillah Allah dah tetapkan yang ajal adik ni bukan di situ, dengan kekuasaan Allah, nyawa adik ini terselamat dan masih sedarkan diri walaupun walaupun kengan keadaan yang menyayat. Ketika kemalangan beliau masih sempat menjerit minta tolong kepada pemandu lori tersebut.
Ini merupakan gambaran yang dapat diberikan.. pihak hospital tidak membenarkan sebarang sesi gambar menggambar harap maklum.. ini merupakan gambar yang sempat diambil Team Tawau Bloggers Unity bagi mengesahkan keberadaan adik Khadijah yang malang.
Menurut cerita yang dikisahkan kepada Team TBU oleh ayah dan ibu kepada adik ni.. dia sedang menaiki basikal pulang dari sekolah menuju rumah kediamannya apabila dengan tidak sengaja adik ni terlanggar tayar belakang basikal kawannya yang berada di hadapan dan membuatnya terpelanting jatuh di bahu jalan dan dilanggar oleh lori yang kebetulan lalu pada ketika itu.

Akibatnya… kulit kepala adik ini terkoyak… tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas…subhannalh...kami di tatapnya sayu dan cuba mengenali seorang guru sekolahnya dengan hanya satu mata bahagian kanan adik ini.

Adik Khadizah tetap tenang dan menahan segala keperitan yang dialaminya dan menjawab segala soalan soalan yang ditanya oleh doktor ketika Team TBU berada dibilik rawatan.

Untuk pengetahuan semua, dalam masa terdekat adik Khadizah dijangka akan menjalani pembedahan pada tulang rahang dan tulang pipinya yang patah, pembedahan menggantikan tulang lengannya kepada besi serta pembedahan menampal lutut kirinya yang berlubang menggunakan isi paha kanan. Kesemuanya ini memakan kos yang agak tinggi.

Memandangkan keluarga adik Khadizah bukan terkategori sebagai golongan yang berada, kos pembiayaan perbuatan serta pembedahan adik Khadizah sedikit sebanyak membimbangkan mereka. Jika para blogger ingin meringankan beban keluarga adik Khadizah dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk apa sahaja,

Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya…beratnya penderitaan andik Khadizah mungkin tidak dapat diluahkannya dalam keadaan beliau yang masih dibalut jahitan pada bibir, kepala dan anggota badan yang patah," apakata kita hulurkan bantuan derma untuk meringankan beban keluarga ini… hulur lah seikhlas hati dan yang termampu, walau RM1 pun insyaAllah niat dan bantuan yang kita hulurkan akan mendapat keredhaan Allah S.W.T…

Mari bersama kita hulur bantuan derma kepada adik Khadizah melalui akaun peribadi Bendahari Tawau Bloggers Unity, Puan Angriani. Maklumat akaun adalah seperti berikut.
Maybank : 160036869787 , NUR ANGRIANI BINTI NURJA

Tawau Bloggers Unity akan terus menyalurkan bantuan yang terkumpul kepada keluarga adik Khadizah.
Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi serta
Nama anda dan nombor telefon ke alamat :
tawaubloggers@yahoo.com


Sila rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers : www.tawaubloggers.com
Bantulah seikhlas hati… jikalau derma tidak dapat anda hulurkan, tolong sebarkan berita ini kepada sahabat sahabat , rakan rakan blogger yang lain.. insyaAllah dengan bantuan tak seberapa ini kita dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.
bantulah sekadar yang termampu…
6 Komentar untuk "Adik Khadizah Di Tawau"

Bersamalah kita membantu pada yang memerlukan!
Semoga adik ni cepat sembuh!

Semoga adik ni cepat sembuh

hulurkan tangan ringankan beban. harap cepat sembuh.

kesian nye adikku ini,semoga cepat sembuh dan ceria seperti selalu...

bayangkang tubuh yang kerdil ini hendak menanggung derita sebegini???

Pernah terjadi beberapa tahun dahulu anak seorang guru telah dihimpit dgn bas sekolah yg sedang undur!kanak kanak malang ni mengalami retak kepala selepas dihimpit pada dinding tempat parking bas sekolah dan di kawasan sekolah tempat parents arwah bertugas!bayangkan.....semuanya ketentuan Illahi!

Back To Top