Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T04:55

Jom kita kawin nak??? Sebuah n3 serius...:P


3 madu dalam satu selimut!
Cek rasa seksa jadi bini no 2...abang seksa hidup cek!!!Maaf ku curi gambar di atas dari blog aku yg satu lagi hahhaha!


aku nak bercakap fasal 'seorg isteri berkorban menerima hidup bermadu'.. apanya yg terkorban? aku rasa suami yg lebih banyak berkorban dan terkorban bila beristeri banyak.. atau bini no 2 yg turut terkorban gara gara nafsu serakah laki depa!!

adakah hidup bermadu itu satu pengorbanan? emm.. sebab jika bermadu itu pengorbanan maka itu bermakna hidup bermadu itu menyeksakan hidup isteri dan menjadi kenikmatan pada lelaki.. walhal poligami itu punya hikmah yg sangat banyak buat org perempuan.. aku tanak explain bab poligami..

apa yg aku nampak adalah labelling.. dgn setuju bahawa isteri berkorban utk bermadu maka kita juga percaya bahawa tiada nikmat buat isteri jika dimadu.. benarkah? atau kita sendiri yg tidak mahu mencanai hikmah dan mencicip nikmat bermadu?

yang aku nampak jelas ialah isteri kedua yang banyak berkorban,mengalah bagai nak gila!
Isteri kedua sanggup bela keburukan suaminya.Kalau boleh nak tutup lagi kekurangan suami depan keluarganya.kerana apa?kerana dia dah buat keputusan silap mengahwini suami orang so dia kene tutup apa sahaja yg negatif dan sanggup berlakon buat buat happy pada hal dalm hati gundah bagai nak rak!

Malah ada isteri kedua sanggup hemoi(loghatul Kedahan)dengan isteri pertama.
Malah sanggup berahsia tentang pernikahan mereka yang secara sembunyi sembunyi tu,..jenuh berlakon tau...walau ramai orang dah tahu mereka tetap sanggup terus berlakon!
Apatah lagi bila bini pertama ugut nak lari....so suami dan isteri kedua pakat berlakon!cover line dgn susah dan payah!Seksanya..nak seronok kene pandai kaver line....huh susah!Nak buat projek pown kene main curi curi sebab bini no 1 pasang banyak mata!!

aku nak tanya sampai bila depa nak berlakon konon tak kawin lagi?di sini iseri kedua kalah dan teraniaya bila kawin lama dah tak mengandung lagi.....sah depa main out side outside je kan??Apa hukum plak ni dok main lepas outside???

Berat laa suami yg menanggung...berat juga bini kedua tanggung...jika bini pertama hamok tempias kene jugak kat bini no 2....so bini no 2 disyaratkan menerima apa sahaja dugaan..hidup bermadu.....hengga Raya orang jumpa pak mertua mak mertua dia dak....laki raya sakan dengan bini no 1 dia???dok buat buat sibuk dirumah supaya dapat lupakan suami yg sedang enak enak dengan bini no 1 dan anak anak nya...Susah tau jadi no 2...sapa cakap jadi no 2 best???malah mudah sisuami cakap kalau tak tahan dugaan nak tarik diri boleh jugak!!tak sakit hati ke dengar???macam main tarik tali!!!

Cemana ramai orang suka buruk ttg madu..sebab dah banyak kisah teladan depan mata? kalo nak label baik kita label skali bahawa kawin itu mmg suatu perangkap buat lelaki.. bila kawin jer perempuan yg untung tapi lelaki terjerat.. semua pergerakan terbatas.. kena tanggung org pompuan lagi..

belum campur bab isteri yg punya hobi menghabiskan duit suami dan membebel.. so berapa punya banyak pengorbanan lelaki menerima perempuan sebagai isterinya.. kalo pompuan boleh advise jgn bagi laki kawin lain, kita bagi advise kat org bujang toksah kawin.. menyesal ko nanti..

tapi tidak begitu.. sebab kita label kerana itu sudah tanggungjawab lelaki.. kena tanggung dan jawablaa bila isteri mintak itu dan ini, bila isteri tanak bagi bila kita nak, bila isteri membebel tak tentu pasal, bila isteri muncung berhari2 psal benda2 remeh.. itu semua tanggungjawab.. bila kawin dua.. lagi beban dgn bini no 2 plak.

Tapi percaya lah bini no 1 pandai pasang strategi agar dapat kawal suami menjadi hak dia seorang..pada hal jika dia memahami ugama, Allah dah janji payung emas!

tapi nak dapat syurga Allah cemanaJika sumpah bini no 1 "saya sumpah abang kaki abang tetap masuk sebelah ke dalam api neraka!Abang takkan dapatberlaku adil jika abang kawin 2??

!!Yang tak dapat berlaku adil bila suami jadi penakut sangat dengan ugutan bini no 1.Ugut nak lari nak bunuh diri nak terjun longkang besar dll.Suami risau jadi buruk pada hal dia tak risau takut tak dapat berlaku adil memang kaki dia tetap masuk neraka!

Jika berminat .. maka silakanlah bersilat minda.. bersikap terbuka..beri komen dan pada yang arif bab munakahat silakan moga ada ilmu yg dapat kita kutip..

10 Komentar untuk "Jom kita kawin nak??? Sebuah n3 serius...:P"

Tak reti nak komen pape... sebab saya ni satu pun belum ada lagi, apatah lagi nak bermadu.... hu.

Pada saya, kalau dah kawin dua, atau 3 atau 4.., kenalah umumkan kepada isteri2 yang lain. jgn senyap-senyap. Takut yg no 1 marah... memanglah dia marah. Tapi kena jugak umumkan... takut nanti anak-anak dah besar, bercinta sesama mereka - tak tahu pulak mereka lahir dari hasil Bapak yang sama... kesian kat anak-anak je...

Hmmm... Isteri2 Rasulullah juga pernah cemburu sesama mereka... Tapi Baginda Rasullah punya cara yg sangat berhikmah utk selesaikan persoalan poligami ni...
Allah tak cipta satu perkara utk menyusahkan Hamba dia... Allah tahu apa yg terbaik utk kita - Jadi Poligami juga adalah perkara baik dari Allah... - ingat apa pun perkara yg dah ditentukan oleh Allah... itu adalah yang terbaik...

Ikut pendapat saya yg tak kawin lagi ni...
Fitrah hiduplah kalau ada rasa cemburu atau marah... lebih-lebih lagi, kerana tidak byk contoh elok terutama dlm kes poligami yg dipaparkan dalm kehifupan sehari-hari. Kalau ada yang baik pun (dan Rasullulah juga adalah contoh terbaik) jarang pula nak dijadikan sebagai bahan cerita dan diambil iktibar. Sebab tu boleh menyentuh rasa syahdu di hati wanita. Bukan mudah nak kongsi kasih dgn org lain.. Nak kogsi cawan pun kena fikir 2,3 kali ini pulak.....

Apa yang ada hanyalah contoh negatif akibat salah perlaksanaan tanggungjawab oleh sebilagan lelaki bergelar suami.
Dalam apa juga perlaksanaan hidup sehari-hari, andai si lelaki berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah pasti semua jalan hidup manusia akan berjalan dgn sempurna.

Saya ada juga beberapa kenalan yg hidup berpoligami tetapi kehidupan mereka amat bahagia... Dan ada jugak kenalan yang hidup tidak berpoligami tapi sentiasa brperang dalam rumahtangga...

Walaupun peranan lelaki dan perempuan adalh saling melengkapi antara satu dgn lain, TAPI... Allah dah bagi kelebihan kepada lelaki untk dijadikan pemimpin...

Wanita sering terperusuk perasaan akibat lupan ganjaran Pahala... Jika nak kan ganjaran syurga, wanita jgnlah terlalu merungut, sebab bimbang juga kalau nanti ia menjadi ungkitan yg akan menghapuskan segala ganjaran baik kita untuk pulang ke SANA...

(komen aku ni dah jadi satu entri pulak)...
sekian pendapat dari orang bujang

wahh kak..
terkelu lidah den..kaku lak jari ni nak menaip..
tggu daklan..sure panjang lebar dia komen..

AKU NAK KAWIN TIGAA .laaaa

wahh!!Chime kan men lagi ko jawab ngalahkan mufti baca khutbah!!!

Semua yang chime tulis benar semuanya...ni belum kawin dah pandai hukum hakam kalau kawin lagi tambah ilmu!!!

Chime ko kawin je la hengga 4 x per..janji adil dan saksama dan janji fulus mesti lebey lebey kang anak bini tak cukup makan baru yer!!!

Allah janji syurga pada siapa je yg berlalku adil dengan bini bini...

wis...betul ke ko nak kawin 3???
kawin satu pun belum??nak terus pasang 3 ke???
Dah ready..ye x ye dah merantau tentu banyak ilmu di dada kan??ilmu pikat memikat,ilmu kebatinan dan kerohanian semua dah ready tunggu masa je kan??Kompaanggggg!!!!!

azza....hai dah ada pengalaman setahun dua takkan tak berani nak beri komen bab poligami lagi???huhuhu..kita pompuan ni tak boleh silap komen bab poligami di takuti rosak akidah..setakat komen bab suami tak berlaku adil dan isteri yang tamak nak bolot sorang 'pen' boleh laa hikhikhik!!

Ye laaa...kompanglaa kampong,,,dapat bini dalam sekampong,,,aku dead...ramai balu sekampong pula...kompangg...kelempong

Salam Kak Lawa :) Apa khabar? Tak dapek den nak taip mesej kat Msjbox kat luar tu haa. Tak tau nape. Huhu. Ezza bukan org kuat Tawau Bloggers la kak. Ezza orang baharu sahaja kat Tawau Bloggers tu. Big boss pun tak jumpa lagi ni. Banyak pertembungan acara :(

Tentang entri ni lak, kupasan isu yg sungguh menarik. Nanti Ezza pun nak republish entri yang lebih kurang macam ni gak. Hikhik. Nak tengok apa pendapat org ramai ttg isu poligami ni apabila terbaca entri dari sudut orang bujang spt Ezza. Hikhik.

huhu kenapa tak jumpa dia Ezza???dia manis orangnya wow!!!Silap hari bulan bley jatuss chenta la Ezza...tu tu kat atas tu sapa entah yang laki mati sekampong bini palu kompang plak cak pong cak pong!!!tak ler kan bini ramai bagus apa?boleh sedekah ayat Quran...sejuk dalm kubo kang!!!Jangan cari bini yang alif di sangka tiang letrik dah....fuh mendalam makna ni Ezza!!
Silakan Ezza nanti ku baca n3 mu sayang...

Aku...aku juga tau siapa mu cara kau menulis pun dah tau ler...!!!hanya kau dan aku je yang tahu kan??

kalau kau dead kau akan jadi
deadman...kalau bini bini tak kawen dapat jumpa dalm syurga kalau bini mati kau kawen lain sah kau x dpt jumpa di syurga!

anyway kalau belum kawin mana nak tahu langit tinggi rendah sayang! opppss terlajak ..
kawin dulu baru tau seronok tara mana?Macam makan ler kalau makan banyak bukan seronok sgt pon...sengkak lagi ada laa...so kawin ni ibarat makan jugak hahhahhaha!!

Back To Top