Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T17:08

Mencari Dan Makin Menjadi

Pagi ni aku masuk blog Azlanlin dan blog Zool sedap baca bab mencari sahabat sejati.
Daklan sejak dulu tak habis bab homofilinya iaitu mencari persamaan dalam bersahabat!Bukan takat sahabat malah jodohpun kena cari yang banyak persamaan juga!Tapi mesti ingat kalau sama semua pun tak best juga!Bab jodoh ada kelainan sikit kerana dalam berhubung kita mesti ada saling memberi dan menerima dan juga saling memenuhi,saling melengkap!Aku syok dia tulis bab mencari dan menjadi!hahahaha!

Memang tak dinafikan kita cari persamaan walau tak banyak persamaan namun kita masih orang kata boleh'masuk',ngam dengan dia!Dikira kita boleh menjadi dengan dia!
Begitu juga dalam mencari sabahat maya,kita seolah mencari yang sesuai,sehati,sejiwa,yang boleh dibawa bersenda gurau dan juga berserius jika masa tu kita perlukan serius!Boleh berduka sama kita jika masa tu kita sedang berduka!

Mencari dan menjadi sahabat di maya kita tak kisahkan faktor usia,jantina,semua kita 'balon'!
Asal rasa seronok,gembira dan langsung tak sakit hati kita akan terus 'menjadi'dengan dia!Malah makin menjadi jadi hahhahha!Walau kekadang ibarat lidah dengan gigi sekali dua kali mahu tergigit juga!gigit gigit sayang...huhuhu

Jom kita masuk bab bergurau samada di maya ataupun di alam realiti! Misalnya aku..aku jenis suka bergurau,di mana sahaja aku pasti nak bergurau,serius sekejap sahaja lepas serius aku kembali buat orang tersengih!Kadang aku tanyakan diriku kenapa orang suka bergurau dengan aku??Kadang tu aku sedang serius tapi orang tetap bergurau agaknya wajah aku ni buat orang rasa nak bergurau!

Kalau aku bergurau memang maknanya aku bergurau!Tapi ada orang jenis sambil bergurau sambil mencubit!Aku tak suka jenis macam ni...sebab aku tak mahu cari gaduh dengan sesiapa!
perlukah kita menyebut sebagai intro sebelum bergurau macam ni? ni ha aku nak bergurau...haa baru mulakan gurauan hahhah nampak skema sangat!
Aku ingat kata kata ini...orang bergurau dengan kita maknanya dia suka kita!kalau orang benci?dia nak ke bergurau dengan kita??haa jawab??

Mungkin ada orang akan kata 'alaaa ko yang terasa pada hal dia hanya bergurau?? Aku tak nafikan memang kalau kita sedang berduka,sensitif kita mudah terasa.Tambah orang perempuan ada masa'bulan mengambang Pak ngah balik ,mak ngah tersenyum'...masa ni berhati hati jika nak bergurau....
Jenis orang suka bergurau tapi hentam ni sukar juga kita nak membuat telahan!Kita boleh buat andaian jika buah butir gurauan dia ada 'pedas' ke tidak!Kita guna kemahiran masing masing la dalam membuat penilaian gurauan yg kita dengar!

Setakat dok ada ni laa...semua sabahat mayaku yang masuk blog suka bergurau!Aku tak kisah yang penting aku suka mereka yang bergurau dan berceloteh denganku.Yang nyatanya aku rasa aku makin menjadi jadi dalam melayan karenah sabahat maya.Lebih bahagia rasanya bersahabat di maya yang asyik buat kita asyik nak buka blog!Kalau ada jenis dalam shoutbox pun masih nak hentam orang dengan ayat dia..maknanya dia ni memang jenis mami jarum atau pun papa jarum! Ada ke istilah papa jarum? Selalu bab buat ketupat dalam shoutbox ni juga terdiri dari orang perempuan!Maaf bukan semua laa cuma yang memang dah hobi dia lantak dia ler!

Ni masuk bab tikam belakang!Memang ada jenis suka menikam belakang!Depan kita mulut manis!belakang kita dia sedap buat ketupat.Cuba baca n3 aku yang lepas bab hati luka.Dalam n3 hati luka ni aku ada menulis bab baju yang aku pakai ni ada orang belek rasa jenis kain murah ke mahal dan malah bekas yang tak kene seterikapun dia nampak!!Uiihh hebat sungguh orang perempuan ni bab jaga tepi kain orang!(maaf bukan semua ya).Aku bukan nak adakan cerita yang tak ada tapi inilah pengalaman aku lalui.Kalau kita bawak kuih dan jamu mereka pun ..kuih kita tu masih ada yang tak kena!!!Adui....dah nasib badan hidup dalam lingkungan orang macam ni!Orang jenis ini memang rajin pedulikan hal orang pada hal kita langsung tak teringin nak belek baju dia,fesyen apa dan kasut warna apa dia pakai??Heran la kita dengan karenah orang macam ni!Bukanlah aku nak kata aku baik,aku memang tak suka peduli orang pakai apa???hahhahhaha asal jangan telanjang sudah!Tak tahan aku tengok hahhahhah!!

Aku pernah menulis bab tikam belakang ni...dalam n3 yang lepas dan aku pernah ditikam balik dengan hebat!Konon aku menganggap dirikulah yang terbaik!hahhaha sapa cakap tu???Aku ni bukan lah yang terbaik sangat....nakal tapi ada batasan maklumlah iman masih teguh!
Penulis yang mengkritik pulak tidak mahu masuk kritik terus dalam blog cuma menempek dalam blog orang lain! Memang tak dinafikan ada jenis menikam depan tapi masih sembunyi tangan!

Yang nyatanya aku mencari dan mencari....berjumpa dan makin menjadi!Terima kasih sahabat mayaku yang tak jemu menerjah,menyelak tirai ini!Ada yang menyingkap tirai aku dengan rakus penuh berahi hahahha!!Malah ada yang sanggup hendak menaikkan namaku...mempopularkan diriku.Ada yang sanggup buat wordpress,dan laman web buatku dan menDJ kan aku!Terima kasih abang DJ Putra Idris!

Terima kasih aku takut 'glemer'hahhaa!Ada sahabat yang kata aku 'glemer' hahhaha glemer kah aku??Ada yang kata 'gediks' hahhaa..gediks cemana tu?
Yang aku tau ..aku memang semula jadi jenis ceria,happy go lucky!Mudah gelak dan mudah menangis!Mudah lakukan apa sahaja dan mudah menyesal tapi mudah buat balik!!!hahahahha

Di sini aku ingin memohon maaf jika ada kawan- kawan yang berkecil hati kerana aku tak menghubungi kalian malalui hand phone,sms,blog dan shoutbox kalian!Ni pun sepatutya buat assignment dan study!Tapi habiskan masa di blog huhuhu....

Ungkapan mahal ni buat yang telah banyak berkorban masa dan tenaga membina Tirai ni kalau boleh dunia ni nak ku beri! Bulan bintang kejora semua nak beri..kalau boleh!
Buat sahabat Air Asiaku si Tqooze kau lah yang paling memahami what kind of mindset I have???Kau pun kalau boleh aku nak beri banglo sebijik hahhahhah!!!

Buat isteri isteri dan suami suami serta kekasih kekasih (yang pasangan anda aktif di maya) tolong fahami perbezaan dunia maya dan realiti sahabat maya,kawan dan kekasih realiti!
Percayalah dengan kasih sayang sejati.Lakukan semuanya dengan hati dan kasih sayang ia pasti menjadi!








Tag : Sahabat Lawa
6 Komentar untuk "Mencari Dan Makin Menjadi"

kadang2 kite beri dgn hati yg iklas tp org tikam dr blakang...

memang lin orang yang mulut 'laser' dan tak senang tengok orang disenangi rama!Kita buat habuan kita ada di akhirat dia buat ada jugak habuan dia tu!pakat pakat ada habuan! :)
tapi ku rasa lin ni memang jenis low profile..kaya tapi low profile kan ?

Tq for backlink..
Tapi Zool bukan Zul ek..
ada beza tu..

alamak ada beza ke penin den !!!

salam sis..
tetiba rasa nak jadi mami jarum gak la..
hehee..

azza...sesuwaiii sebab dah dk dekat Tanjung!!
jadi anak mamu Tanjung dulu!

Orang utara kata Penang tu Tanjung.Sekitar seberang perai sini di panggil Bagan!
Kalau cakap nak pi Tanjung maknanya pi ke seberang pulau.kalau cakap nak pi Bagan means pi Seberang Perai ke area dekat situ la.Seberang perai kita panggil Province Wellesley!

Back To Top