
Kalau dapat couple yg suka berblog..alamat beginilah..sampai pagi!Abang kawin dengan saya ke dgn blog?
# Berpengalaman - apa lagi alasan terbaik? Pengalaman tentunya mematangkan diri menjadi insan hebat untuk menyayangi dan disayangi. Ini tidak boleh dijual beli!
10 sebab kenapa pilih pasangan berusia
# Matang - pasangan berusia baik lelaki atau wanita bijak dan tidak memandang remeh perkara penting dalam mengurus rumah tangga.
# Stabil - pasangan berusia sudah mencapai tahap kehidupan stabil baik dari aspek kerjaya dan ekonomi.
# Berwawasan - pasangan berusia mempunyai wawasan dan hala tuju perkahwinan serta masa depan.
# Pelindung - ada individu mencari pasangan yang mampu memberi perlindungan baik dari aspek fizikal dan emosi. Lazimnya mereka yang berusia memenuhi kriteria ini.
# Tidak terlalu beremosi - pasangan berusia lebih rasional dan tidak terlalu mengikut emosi dalam menghadapi sebarang situasi.
# Pandai jaga hati - pasangan berusia lebih dulu makan garam dan pandai melayan kehendak hati selain mengawal situasi.
# Penyayang - sesuai dengan usia matang, pasangan berusia lebih penyayang dan sensitif dengan kehendak si dia.
# Pandai bawa diri - pasangan berusia tahu usia mungkin membatasi pergerakan dan tingkah laku tetapi mereka pandai membawa diri demi menjaga imej, reputasi dan kerukunan rumah tangga.
# Setia - pasangan berusia lebih setia kerana fokus hidupnya hanya pada si dia dan tidak memikirkan perkara bukan-bukan yang boleh mencemar kesucian cinta.
# Berpengalaman - apa lagi alasan terbaik? Pengalaman tentunya mematangkan diri menjadi insan hebat untuk menyayangi dan disayangi. Ini tidak boleh dijual beli!
Tip berkasih dengan pasangan berusia mengikut Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
# Jika anda lelaki muda beristerikan wanita berusia, pastikan jangan sampai tanggungjawab ketua keluarga berpindah kepada isteri. Hak dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga tidak pernah berubah biarpun mengahwini wanita berusia. Lelaki perlu jelas dengan peranan mereka bagi mengelak diri menjadi mangsa queen control!
# Sebagai lelaki muda, anda perlu cepat belajar dan matangkan diri. Belajar dari mereka yang berpengalaman mengenai ilmu berumah tangga. Lebih elok, timba ilmu sebelum berkahwin supaya rumah tangga harmoni.
# Suami berusia muda perlu faham bahawa Isteri berusia kadang kala sensitif dan cemburu kerana bimbang suami mungkin cenderung memikat gadis lebih muda. Suami perlu lebih sensitif dan menjaga hati isteri yang berusia.
11 Komentar untuk "10 sebab kenapa pilih pasangan berusia"
Hmmmm..pasangan saya lebih kurang sama baya dengan saya. Bila kawin sama baya, kena sama-sama belajar dari peringkat bawah lagi..hehehe..dah sama-sama tak reti, tak ada pengalaman. Kena sama-sama susah sebab sama-sama tak ada harta.. Tapi yang pentingnya sama-sama rasa bahagia...hehehe
Saya cadangkan Tirana nyanyi lagu Saloma dan P Ramlee berduet dengan doktor kesayangan awak tu....lagu Dalam Air terbayang wajah! :)
satu soalan..kalau pasangan lelaki muda si isteri nak panggil abang ke adik?Ke laling???
1) MATANG SEGALA SERBI
2) STABIL EKONOMINYA
3) STABIL EMOSINYA
4) KEBAL KERUKUNAN RUMAHTANGGA
5) SERASI SEGALA SERBA - SERBI
6) AWAS!!! ADAKALANYA KONTROL PSIKOLOGI
7) UMPAMA PENGAWAL PERIBADI
8) ADAP, HORMAT DAN SOPAN YANG TINGGI
9) BIJAK MENGATASI SEGALANYA
10)ILMUNYA, AGAMANYA TIDAK LOKEK DIKONGSI BERSAMA
jantan ni nak kena terajang kut...mem kat sebelah dah sit by...balun je le..buat apa dok godek lptop lagi..hihihi tak paham tul....
kalau wawa sebelah aku.....ish tak larat crita dah huhu...
Hehehe...kalau sebaya, panggil sayang.. Eh lawa ada ke lagu dalam air terbayang wajah tu? Saya suka tau lagu tu...
huhuhu...Raof kalau wawa sebelah Raof..tau apa wawa buat??
wawa letak sempadan 'no entry bang':)
wawa letak bini abang Raof sebagai 'border'
eh Raof belum twen kan???hahahha lupa!!!
aahhh..jawapan yg bijak ..aahh riak!:)
Inilah Raof kesayangan wawa di FRT..notinya bukan mainlagi!!
Elynn...betul semua yg you tulis tu..
tapi seriau juga kan dapat laki yg alif ba ta x kenal hahahhah!
eemm romantiknya Tirana dgn abang doc tu...
lagu tu nak ke? beri emel Tirana nanti lawa send!
Dulu abang budin suka lagu tu jugak!
alamak..tersebut abang budin ampun mak!!!
ehehehe..ni email saya
ranasari2007@yahoo.com
Kirim tau jangan lupa..lepas exam nanti pun tak pe..sekarang ni sure lawa sibuk nak baca buku...
semua dihujung jari bukan amik masa lama pon Tirana demi mu ....ni ubat ngantuk ialahl ayan blog....hahhaha nanti check tau!