Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T23:51

Lawa Jadi MC



Tree Top Walk bayaran masuk RM10 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak.

Semalam selepas balik dari Sedim Tree Top Walk aku kepenatan yang dahsyat!tetiba teringat skrip pengacara Hari Graduasi Tahun 6 belum ku siapkan!
Aduh...ketika semua orang sedang enak dibuai mimpi aku mematuk keybod!menyiapkan skrip pengacara!Memang sejak aku mengikuti kursus pengacara majlis,aku sering diundang utuk menjadi MC!Terutama sekolah aku ler...bila lagi nak tunjuk bakat kan?

Pagi tadi bergegas print skrip dan edit!Sebagai DJ radio konon!Aku mesti selitkan selingan muzik dan intro setiapkali mengacara majlis pertandingan seperti ini!kalau boleh nak sebijik macam DJ yg famous tu buat!so lagu lagu intro memang telah ku kumpul dalam pencarian di internet!save semua dalam pen drive!

Kalau flv ku perlu install flv player siap siap dlm laptop yg bakal ku guna nanti!Selok belok mengaca majlis dan kemungkinan flow skrip berubah perlu dibuat andaian!mana tahu ada yg perlu diubah...tepat tekaanku ada sahaja yg peru diedit lagi...ikut boss nak cemana!


Mimi memegang watak Mahsuri.

Aku perlu tulis perubahan supaya tidak tersasul,segala kecacatan perlu di lindungi sebaik mungkin!walau pun majlis dalaman sahaja!Ini belum intonasi lagi...huhu aku kan pandai berlakon?tak jadi masalah untuk intonasi sebab benda ni boleh dibuat seperti berlakon hahhahha!no problem...aku mengacara majlis hingga ke akhir.jadi aku kurang berkesempatan melihat Mimiku berlakon jadi Mahsuri huhu!!
Selepas masuk daam kereta aku terus balik rumah pada hal aku perlu bereskan borang kenaikan pangkat so selepas terlena seketika aku dapat call dari kerani dan aku bergegas ke sekolah untuk tanda tangan borang naik DG!huhu...Balik sekolah sakit kepala singgah kedai beli biskut dan teh Sabah!

Teh Sabah yang sempat ku beli...sedap!Sekali sekala beri sokongan buat rakyat Sabah kan?
Tadi anak muridku menari tarian Semazau!Muziknya lagu jambatan Tamparuli!
nampak ayu anak anak manis tu menari.nak tau pengacara pulak menyebut beberapa patah perkataan loghat Sabahan seperti "Bukan senang mo menari tarian ini bah!jadilah sikit sikit....:)
harap pembaca rakyat Sabah bangga dengan budaya kamu yang kami kenalkan di sini...
4 Komentar untuk "Lawa Jadi MC"

Tak berdebar ke nak jadi MC??? Tentu tidak kan.. Sebelum2 ni pun dah pernah jadi MC kat blogger ni..heehehe..siap masuk TV dan newspaper lagik..

P/S kadang2 malu pun ada..asyik2 saya aje yang dok bagi komen kat sini.. Nanti orang cop saya "kaki komen" pulak..

heheheh...maknanya saya kene beri award pada Tirana kerana paling suka komen!dalam lain perkataan Tirana rajin view blog saya...terima kasih Tirana!
Pengkritik tetap dan berpencen!

memag tiap kali rasa berdebar juga maklumlah kita risau takut buat silap!Kita perlu ingat,pengacara hebat pun masih buat silap!Buat silap adalah perkara biasa dalam mengendali majlis!Pernah pengacara tersasul tersebut 'tahi'dalam majlis dan semasa majlis bekas YD Pertuan Agong dahulu pengaca tersasul mengumumkan keberengkatan tuanku sedangkan tuanku sedang makan!hahhahahha...tapi kita dapat satu kepuasan Tirana bila majlis berjalan lancar dan saya paling tak suka jika intonasi saya buat.suara saya tak dapat didengar jika mic rosak!rasa kecewa sangat sebb kita penat pulun hahhahah...orang tak dengar!hahhahahhaha

laaaaaa.... teh sabah rupanya... ingat cerita PANAS tadi.... hahahaaa....

fren asik mau cerita panas dan sensasi jer....
tunggu nanti pasti ada cerita panas!

Back To Top