Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T20:40

Teman Lama Di Dunia Maya


Aku juga turut kagum dengan sahabat lama ku ini Norzailina Nordin atas kejayaannya sebagai penulis,novelis,pengacara program TV dan blogger yang hebat!Sehingga kini Norzailina masih menghubungiku dan aku juga begitu.Kalau tak sms kami calling calling each other.Berkongsi cerita pengalaman berblog dan sebagainya.Bertanyakan kabar masing -masing.Bertanyakan kisah kawan-kawan lama di dunia maya yang ada tapi lenyap dan ada yang masih berutus dan ada yang janji nak masuk blog tapi cuma jadi silent reader.Perkembangan di blog kita dia ikuti tapi dia tak tinggal kesan tapak kasut!Abang Putra turut mengkagumi Norzailina Nordin seperti dalam blognya.Sebenarnya kami bertiga antara teman bloggers lama di maya ni.Mula kenal sejak 2007 begitu juga dengan teman lain seperti Budin,Combi,Uncle J,Arsaili dan beberapa kenalan lain lagi dalam dunia bloggers.Aku masih ingat semua kenangan ketika kita sama sama mulai berblog dahulu....Saiee Deris juga muncul di saat itu...




10 Komentar untuk "Teman Lama Di Dunia Maya"

salam aunty ku...tu la..pejam celik lama dah kita di dunia blog kan...kekadang kekangan masa jer membataskan ..tapi kalian tetap di ingatan...tak gitu..ehehe

Orang lama rupanya lawa ni.. Saya start using blogger ni rasanya tahun 2006..bermula dengan blog resepi tu..tapi kenal lawa cuma baru2 ni aje kan..hehehe

arsaili aunty masih ingat kita rajin berkuliah subuh,kuliah maghrib dan kuliah tengahri semasa bulan Ramadhan 2007.best kenangan tu..dan lebih best lagi semasa kita berbicara melalui telefon ketika Arsaili mula berjumpa bloggers UJ dan Budin kan?Masih terngiang suara Arsaili walau kita berbicara sekejap sahaja waktu tu...call la aunty ye!No ada tertera di blog ni cari laa...:)

Tirana..walau kita cuma baru kenal tapi kita rasa macam dah lama kenal kan?Sebab utama ialah Tirana rajin ikut blog ni..walau tak masuk dlm list follower tapi Tirana kekal di sini..nak harapkan saya tentu tak serajin Tirana merayap rata blog kan?? :) harap kekal hubungan kita ni!!!

Lawa, terima kasih kerana catatkan nama abg putra dalam blog ini. Kadangkala berkawan di "alam maya" lebih seronok berbanding alam nyata. hahahaha

Memang terus terang lawa katakan lawa seronok berkawan dgn abang putra sejak dulu lawa tak berubah hati tawww!!!!muhaaaaa...iss awat tak gelak muhaaa dah la ni???

Alam nyata kadang kadang orang pilih bulu kan abang Putra??kalau di alam maya ni yg tak der bulu pown org x nampak hahhaahhah!!

Lawa..saya tiada kawan karib..semua teman2 di alam maya adalah sama rata. Saya sentiasa membina zone selamat (zone selesa ) dlm semua perhubungan dlm dunia maya. Saya tak der group/kelompok.

Contoh mcm ni.

Si A, dulu selalu bertandang, kemudian hilang. Dtg pula si B, C atau lain2... Bagi saya satu yg normal si A datang dan pergi kerana tiap org akan membina kumpulan, group yg dia selesa. Bila dia bertemu dgn satu kelompok yg sama citarasa, kecenderunga, minat atau apa saja yg boleh together together tu... saya tak rasa tersisih atau rasa sakit hati atau rasa terabai.

Bukan nak membangga atau nak menujuk, tetapi ramai yang datang pada saya pada awal2 kemunculan mereka. Perlukan pertolongan itu dan ini. Kemudian hilang...

Sehingga sekarang, saya tidak pernah sedetik pun terfikir merasa marah atau tersisih kerana apa yg telah sy bantu atau hulurkan dulu seikhlas hati saya. Saya tidak harapkan balasan.

Hati jadi tenang ...kan?

eh....kalau dah mula menulis, nak buat mcm entri blog sendiri pula.

:) ok tu Jie..sikap maintain Jie dapat kekalkan katahanan blog Jie sebagai blog yang digemari.Bukan nak 'jet'Jie sebenarnya saya dah lama jumpa blog Jie dalam era 99 kalau tak silap laa..tapi masa tu saya tidak punya blog masih buta banyak sgt bab IT ni..saya dah mula kagum bila jumpa Jie masa tu.
Dan saya pernah terjumpa blog Baling Kedah di mana Jie aktif kan?kalau x silap laa..

Jie sebenarnya rasa rindu pada kawan kawan lama datang menerjah ingatanku..rasa rindu pada kemesraan dengan mereka Jie..sebb dulu kala itu kami terlalu mesra.Masa tu dengan abg Putra,combi,Budin,Norz dll...masa tu belum kenal ramai bloggers lagi!memang asik lepak dalam 5 blog jer.Tak reti nak jalan rata blog lagi....

Tapi ingatan masih pada mereka...tetap sayang mereka seperti bloggers lain yang ku suka!!
Saya ni mudah suka,mudah sayang tapi nak masuk semua blog tak daya Jie...masa terlalu cemburu!Bz dgn exam,assignment,maklumlah student terlajak brek Jie...TQ Jie!

akak kita start blogging bulan 7 2006, tapi entry dari ari memula kita berblog samapi bulan april hilang ntah kemana... sedih sangat tau...

sayangnya shayz...tukang pomenku telah jd penyelamat n3 ku...nasib baik dia save dlm wordpress kalau x hancuss!!!!

huhu..dia selamatkan ketika kelam kabut perang dengan dia jugak hahhahahha!!!manis jugak kenangan itu!! :) kdg sengih sorang bila ingat...

Back To Top