Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T08:00

Mengimbau kenangan lama


Ingat lagi masa ni lawa tak suka pakai baju ni...uuwwaa tapi mak paksa juga pakai.lawa tarik muka masam...tapi seronok gak tengok beruk kat Tanjung Bungah Penang.Kat kampung dikenali dengan nama TAH!hahahha..sedapkan nama tu?Bila dah moden dikenali dgn zi azie lawa huh ni belum dok KL lagi kalau tak lagi moden nama!


Inilah kedua orang tuaku yang ku sayangi.Ayah masih gagah boleh memandu kereta sendiri.Cuma ibu sahaja yang uzur.Pun begitu kasih ayah tetap tidak berubah pada ibu walau ibu uzur ayah berkesempatan membawa ibu pulang ke kampung demi menghadiri majlis perkahwinan cucu sedaranya!Pasangan ini sangat romantis macam loving couple dan ayah dodoikan dan belai rambut ibu semasa tidurkan ibu!Dan aku terharu melihat ini semua…..

Inilah mak sedara lawa iaitu Mak Ngah kakak ayah yang masih ada!Dan inilah juga bidan kerajaan yang menyambut kelahiran Azizah anak pak Hashim dahulu!

Kesempatan lawa berjumpa dengan adik bongsu ayah.Mak Su Habibah.Cuma tinggal maksu dan mak ngah jer kini di kampung!maksu bekas guru KEMAS memang pandai memasak dan menjahit!


Bila melihat laluan ini teringat semasa lawa kecil dan masih bersekolah!Inilah rupa rumah yang telah kami sekeluarga tinggalkan kerana ayah dan emak berhijrah ke Kedah.Aku berangan jer kelak jika dah pencen nak menetap di Kroh dan buat mini banglo ke di tapak ini!Ha ha ha…jika dipanjangkan umur lah!Amin…


Lawa sempat berjumpa bekas guru Matematik lawa iaitu Cikgu Zainal Abdin b.Zin berasal dari Alor Star Kedah.Inilah wajah cikguku!Seorang guru yang dedikasi semasa mengajar kini menetap di Kampung Selarong kerana berkahwin dgn gadis kampung ini dan juga sedara lawa.



Di padang inilah lawa bermain luncur upeh kelapa/pinang bersama kawan-kawan atau lawa menjadi ‘passengger’dan kawan yg kuat menarik buat macam kereta la konon-konon!Ini semua adalah permainan budak -budak kampung macam kami!Tetiba teringat pula kawan lelaki yang cikgu suka match dgn lawa…nama dia Wan Suhaimi dan cikgu yang sering mengusik lawa ialah cikgu Kamarudin orang Kuala Kangsar.Harap jika mereka terbaca blog ini alangkah bagusnya!

Ini lah bangunan sekolah ketika aku bersekolah semasa darjah 4.Sedihnya bila terbayang di mata aku berlari,bermain dan keluar masuk di bangunan ini suatu ketika dahulu!Terbayang juga di mata ini wajah guru guru yang silih berganti mengajarku..aahh sedihnya!!Teringat juga di dalam bangunan ini juga kucing kesayangan lawa bernama ‘Jenny’ mati!Lawa menjadi ketua darjah mula dari darjah satu hingga ke darjah 6! Konon ada bakat pemimpin..pasan!!Nostalgia ini amat memilukan…


Sayu hati melihat runtuhan ini.Aku masih berkesempatan mengambil gambar runtuhannya sebelum ia terus hilang lenyap di pandangan!



Kesempatan menghadiri kenduri kahwin anak sedaraku,ku ambil untuk meninjau tapak bangunan sekolah tempat aku belajar semasa sekolah rendah dahulu!Kini bangunan lama itu sedang dirobohkan sebab sudah lama tidak digunakan!Dari balik pagar aku dapat melihat dengan jelas runtuhan ini!Sedih bila terbayang ketika aku masih kecil dan aku juga sempat mengajar di sekolah yang sama sewaktu berkhidmat sebagai guru sementara di Sek.Keb.Bekuai Kroh Perak ini.

Laluan inilah yang pernah aku gunakan ketika berjalan kaki ke sekolah kerana rumahku dekat jer dengan sekolah!


Tag : Galeri
7 Komentar untuk "Mengimbau kenangan lama"

Pengunjung Pertama...Malam ni tak sempat nak bagi pendapat tentang cerita ini...sangat menarik bila bercakap tentang memori indah di waktu kecil atau di kampung...panjang ceritanya jadi kita sambung esok pulak

Kebetulan..dua tiga blog dok cerita tentang kenangan lama aje.. Nostalgia betul la..

Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tempoh masa yang paling membahagiakan dalam hidup kita. Bila bercakap tentang zaman kanak-kanak mengingatkan kembali aku tentang kehidupanku yang penuh dengan keseronokkan,keperitan , kesusahan dan gelak ketawa. Walaupun hidup susah tetapi tiada masalah....

Setiap pagi emak mengejutkan aku ke sekolah. Sekiranya masih tidak bangun setelah dikejutkan tiba giliran ayah dengan membawa sebaldi air untuk menggangu mimpi indah tidurku. Bertambah kerja terpaksa pula menjemur tilam dan bantal....sumpah seranah dalam hati membukam didalam hati.. tapi semuanya itu tidak meninggalkan kudis pun dihati ku...

Sebelum bergerak dengan hanya berjalan kaki sejauh 3 kilometer, sempat aku bersalaman dan mengucup tangan emakku. Masih terasa lagi akan kehangatkan telapak tangan emak sewaktu aku menggenggamnya.

Di sekolah, sudah ternanti teman-teman sebaya. Belajar dan bermain bersama-sama. Bila petang menjelma, kami ramai-ramai akan bermain bersama-sama. Aci duduk, polis sentri, tuju tin dan galah panjang, gasing,layang-layang, getah,guli, bola, gambar adalah permainan yang memang menjadi pilihan kami setiap petang. Kami bermain dengan penuh leka sehingga ke senja. Tidak seperti kanak-kanak sekarang...berbeza dan sangat berbeza....

Teringat lagi aku bila aku dikejar dengan emak sambil memegang rotan kerana tidak pulang-pulang walaupun maghrib sudah menjengah. Berterabur lari menyelamatkan diri. Sampai saja di rumah terus membersihkan diri kerana pada malamnya pula kena mengaji al-Quran di rumah Pak Teh. Masih terkenang-kenang akan ketegasannya mengajar aku dan rakan-rakan sekampung untuk mengenal huruf. Alhamdulillah aku khatam pada usia 12 tahun... dan Pak Teh masih lagi meneruskan usaha murninya itu sehingga sekarang. Semoga usaha gigihnya terus diberkati ALLAH, aminn...

Malam bagiku ketika itu adalah malam yang sebenar... gelap dan sunyi... ditemani dengan bunyian merdu cengkerik alunan lagu daripada unggas dan nyamuk......tiada limpahan cahaya, tiada deruan kenderaan yang bertali arus yang bergerak seolah tiada titik akhiran

Begitu jugalah kalau hendak diceritakan kenangan masa lalu yang tersemat berjuta memori indah yang sukar untuk dipadamkan daripada kotak ingatan. Begitu banyak untuk diceritakan dan ini hanyalah umpama sehelai rambut dikepala.....

Aci duduk, polis sentri, tuju tin dan galah panjang, huhuhu....
Ajak...ko tak main tawen tawen ke?Aku kecik kecik dah pandai main tawen tawen ..sepupu aku gunakan aku sebagai watak heroin dan hero aku anak Guru Besar aku...dahsyat gak sepupu aku gunakan aku.Masa tu aku cuma ikut perintah maklumlah aku junior..
Aku rasa hero aku masa tu pun masih ingat kami main tawen tawen hahhahah

Ajak..ajar aku main tuju tin..aku nak ajar budak prasekolah aku lak...hehehhe kobuat satu post khas permainan tradisional kat blog ko.

Kita org budak lelaki brutal.. main kawen2 tak ada dalam senarai... itu permainan budak perempuan.. sebab tak ada budak lelaki nak join mereka sendiri yg jadi pengantin lelaki... kiranya macam perkahwinan sejenis la... tapi masa tu tak pikr apa pun yang penting... celik mata .. main.. sekolah..main, surau pun main, padang permainan apatah lagi... tapi masa tu mana ada taman permainan.. semua tempat adalah taman permainan .. huh seronoknya... bukan setakat seronok saje kadang2 tu duaronok dan boleh sampai tahap limaronok...

Comelnya dia...

Back To Top