Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T03:11

Anda Di Takuk mana Maal Hijrah ini???

Sempena Maal Hijrah ramai orang yang dah bersiap sedia dengan azam baru.
Ada yang dah bersemangat untuk buat ibadah yang lebih afdal di sisi Allah.
Ada yang masih di takuk lama dan ada yang melonjak ke takuk atas!
Janji apa yang kita lakukan tidak menyakiti hati dan perasaan sesiapa.Kita jadilah insan pemaaf jika ada yang bersalah dengan kita!Jika boleh sifarkan menyakiti hati orang!!Tambahan jika kita ni orang berilmu,ada latar belakang agama.Penat emak dan ayah hantar mengaji agama tetapi kita asyik masyuk dengan perkara yang menjerumuskan kita ke neraka!Kita libatkan diri dgn perkara yang tidak kena mengena dengan kita!

Janganlah kita jadi insan yang pendendam dan sentiasa ada idea untuk menyakiti hati dan perasaan insan lain.Kita umpama bersaudara sesama Islam!Apakah jadahnya jika kita masih ada niat busuk dalam hati demi nak jatuhkan reputasi insan lain??Kalau orang sebut Melayu haprak tak de keje lain asyik asyik cari pasal dengan orang?Kita marah...uiihhh mana boleh Melayu haprak??Melayu bagus punya!!Kita melenting bagai nak gila!Geram sangat konon orang hina bangsa kita!Kita sebenarnya yang meletak darjat kita,darjat bangsa kita!

Jadi marilah kita bersama jalani ibadah kepadaNya dan pekerjaan seharian kita juga adalah ibadah.Kita tahu apa kita buat dan Allah juga tahu...hentikan permusuhan sesama Islam.Usah bersengketa sesama warga negara!

Penulis ingin berkongsi sesuatu di sini.Emm ada yang berkata penulis terlalu misteri??Bloggers lain tidak misteri ke?Anda tahu semua profil bloggers lainkah?
Penulis terkejut juga kerana ada pembaca yang masih menganggap aku terlalu misteri!Itulah..kata orang tak kenal maka tak cinta,tak cinta maka tak sayang.yang dia sibuk sibuk nak tahu hal penulis sangat sangat tu kenapa??Huh..aku ni rupanya mendapat perhatian juga rupanya ....:)

Maka berkatalah ahli fikir...kalau nak kenal,berkenalanlah!Cuba rapatkan diri anda dengan orang yang anda ingin kenal!Jangan ada perantaraan macam zaman dulu...Ada kemudahan ni yahoo messenger/emel/blog/chatroom/sms/phone call.Uihhh banyak sangat kemudahan tu!

Cuba tanya beberapa bloggers yang kenal dengan saya?Pernahkah saya sakiti hati mereka??Tanyalah mereka yang'close'dengan saya..pernah kah saya hentam mereka di blog mereka?Saya ingin semua bloggers tunjuklah profesional sikit!nak dedahkan hal peribadi di maya???Apa ingat saya ni goreng pisang panas yang nak di lelong di maya?? Siapa sahaja bebas menulis di maya..tulis apa yang dia suka tanpa ada kata kata sinis untuk sindir sesiapa?Banyak kerja lain yang lebih berfaedah yang boleh kita lakukan di maya berbanding dengan gossip di maya....
0 Komentar untuk "Anda Di Takuk mana Maal Hijrah ini???"
Back To Top