Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T17:48

Kawan, rakan dan sahabat......

Ada perbezaankah antara semua ini?

Bagi saya semua orang ada kawan. Kawan ialah mereka yang kita kenal. Ingat rupa dan nama mereka. Apabila kita terserempak dengan mereka di mana- mana, kita akan saling berbalas salam.Kawan datang dan pergi, silih berganti.....Biasanyalah bila kita senang memang ramai kawan yang entah dari mana datangnya tapi kalau kita susah, ghaib entah ke mana.....

Rakan ialah mereka yang selalu dengan kita. Pergi makan bersama, sebilik, keluar bersama, itulah yang saya panggil kawan. Tempat kita mengadu dan bercerita....

Sahabat? Nilainya lebih dalam... yang boleh bersama ketika susah dan senang... faham dan kenal diri kita luar dan dalam dan sahabat jugs ialah mereka yang berani menegur kesilapan kita,Tidak semua orang berani kritik. Yelah, nak jaga hati orang bukan senang. Tetapi saya menganggap sahabat sebagai orang yang sanggup membetulkan kita supaya berada di landasan betul.

Ada orang mudah melenting apabila kita menegur kesilapan mereka, ada juga yang merajuk kalau ditegur dan ada juga yang masih mengatakan mereka betul walaupun kebenaran menunjukkan mereka sememangnya salah.

Tidak ramai yang boleh menganggap kritikan dan komen membina tapi pedas merupakan satu platform bagi memperbaiki diri bagi menjadi lebih hebat. Barangkali kita juga tidak terkecuali untuk berperasaan sebegitu.

Mungkin kita tidak sedar orang lain adalah pemerhati kita. Apa yang kita lakukan, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah. Mungkin apa yang kita rasa betul, sebenarnya ia salah. Apa yang salah, tetapi orang lain menganggap ia betul.

Agak mudah untuk mendapat kawan dan rakan. Sahabat pula bagaimana? Susah atau senang?
8 Komentar untuk "Kawan, rakan dan sahabat......"

Kadang yang kita buat tu memang benar tapi disalah ertikan pulak cemana jak??

Kalau nak puaskan hati semua orang memang susah sebab orang ramai kita hanya satu individu sahaja jaaak...

yang penting asalkan benar kita buat sebab hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita buat....

Yang penting ialah buat jika rasa benar dan berfaedah...

Buatlah sesuatu yang dapat memberi manafaat buat diri sendiri keluarga,masyarakat dan negara!

kami guru Malaysia....berikrar dan berjanji...

Ada cawan atas pinggan,
Ada cawan atas kain,
Ada kawan makan kawan,
Ada kawan boleh kahwin,

Ada rotan dibuat denda,
Ada rotan dibuat jalin,
Ada rakan boleh percaya
Ada rakan boleh buat main.

Ada ubat sakit kuat,
Ada ubat sakit bernanah
Ada sahabat suka mengumpat,
Ada sahabat jangan difitnah.

Ada guni dibungkus kacang,
Ada guni dibungkus kain,
Ada bini macam membujang,
Ada bini nak cari lain.

Cuma nasihat aku pada kau orang semua...jangan menaruh sepenuh kepercayaan kepada sesiapa KECUALI pada Allah Yang Maha Esa...

Percaya kepada Tuhan adalah salah satu rukun iman tu..dan terimalah pantun dariku!

ada rumah dari simen,
ada simen buat kolam,
ada kawan boleh buat asemen,
ada kawan tiru time exam.

ada kawan makan jem,
ada kawan batuk berdehem,
ada kawan bolem ym,
ada kawan boleh ehem ehem.

ada kawan jumpa dalam blog,
ada kawan pulun buka blog,
ada kawan boleh berblog,
ada kawan x jd goblog.

ada kawan rasa sihat,
ada kawan x rasa rimas,
ada kawan curi chat,
ada kawan curi sms.

ada kawan muka tenuk,,
ada kawan bini hamok,
ada kawan x nyanyuk,
ada kawan jd seronok.

ada kawan lupa bini,
ada kawan lupa laki,
binipun x layan sampai gini,
laki x layan sms bertubi.

ada kawan berbau hancing,
ada kawan seuar terlondeh,
ada kawan ajak mancing,
ada kawan ajak mengeteh.

kalau suka pada kawan,
hargai dia walau tak lawa,
kerana sama dan sehaluan,
ada jodoh berpadu jiwa.

Pesanan buat semua..berhati hati dijalan raya dan pimpinlah jika terjumpa orang buta semasa melintas jalan!

kawan ketawa senang nk cari,tp kawan menangis rasenye semua nk lari kan...kadang2 hidup berkawan bagai menjaga pakaian sndri,hilang 1 helai pakaian habis semua keburukan nampak,tp klu nk jaga hati kawan,hati sendri di abaikan...

uiks Lin sampai begitu sekali??
lin...kita kawn je dgn siapa je yg sudi..bar ramai kawan jgn ramai musuh lin!

ku nampak lin rajin masuk merata blog kerana ambil hati kawan!bagus tu lin dapat pahala ziarah kawan tu walau di maya!

kak lawa hang x leh buat camtu cos bz manjang!

ada piring ada cawan
ada dulang ada tudung saji
mula2 kawan tapi hati dah tertawan
rasa2 nak ajak pi jumpa Tok kadi....

laaa betul jugak tu..
sebb dah lama tak jumpa tok kadi hehheheh

Back To Top