Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T04:23

Bayang Hantu di IPSAH



Hari ni nak cerita fasal hantu di IPSAH Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Shah Sungai Petani kedah.

Kisahnya begini...pada 2006 hari itu adalah hari terakhir aku dan sepupu aku menghuni bilik asrama Ipsah setelah mengikuti Kursus 14Minggu KDP.Sebelum diterima mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran di OUM,kami perlu habiskan 7 modul dalam masa 3bulan hihihi..mau berasap kepala tau!Tapi akhirnya aku berjaya juga tempuhi dugaan 7 modul tu setelah berjaya mendapat 3 pointer above!lupakan biar aku cerita kisah hantu ipsah ni...

Jadi hari tu memang hari terakhir semester dan budak sekolah pun akan bercuti keesokan harinya!Malam tu kami bertiga aku,Yanti dan Suzana tidur bertiga dalam sebuah bilik di 'ground floor'itu..

Bila maghrib menjelang suasana asrama sepi sebab dah ramai penghuninya balik bercuti.Tapi tidak, buat kami bertiga!Kami nak hayati malam malam terakhir di Ipsah bertiga!

Sejak maghrib dah mula terasa seram semacam...berderetla kami bertiga ke hulu ke hilir beli nasi bungkus dan ke tandas pun bertiga.Ambil wuduk pun bertiga!pendekata semua aktiviti buat bertiga!

Selepas maghrib aku terpandang sebuah kotak rokok yang dibaling dari arah luar dinding kakilima asrama yg cuma dipisahkan oleh dinding zing!Aku dah terkejut beruk dan hairan kenapa ada kotak rokok yang dibaling??Ada orang skodeng ke??

Mentelah lagi lubang pada zing itu memang boleh ditembusii oleh bijik mata jika orang mau skodeng!Aku lah yang akan jadi mangsa sebab aku suka berkemban dari bilik ke bilik air dan begitula..dah hobi berkemban kihkih

Dipendekkan cerita kami bertiga ke hulu ke hilir bertiga dan hingga 12 malam pun masih ulang alik ke tandas bertiga..punyalah penakutnya!Maklumlah hujan turun tanpa henti..sejukkk kencing kerap jika minum air banyak hahhahaha!

Dah 1 pagi kami lepak lepak dalam bilik tanpa rasa mengantuk.Tiba tiba aku termangu bila aku nampak ada bayang bayang besar melintasi pintu bilik yg memang kami kunci dari dalam...bayang itu berhenti betul betul depan pintu bilik kami...

Aku yang mula nampak terus beri signal kepada yang lain...pssssttt aku terus bertanya mereka..hamp mamp pa ma tak mak?? aku mula bercakap terbalik macam budak budak.Konon konon mahkluk Tuhan tu tak faham cakap terbalik hahhaha.Suzana dan Yanti menjawab dalam cakap terbalik jugakk...ka ma mi mi nam mamp pak mak ju mu gak mak!!!!

Lama mahkluk Tuhan tu berdiri cegat depan pintu dan akhirnya bergerak hala ke kanan dan patah balik ke kiri semula...kami kaget sebentar tidak tahu apa yang akan berlaku..aku beri cadangan "apa kata jika kita buka pintu?? "
Kedua sepupu dan adik aku geleng kepala ..'nak mampos??Kalau orang apa kita nak buat??Buat dia bawak senjata ??mampos kita??Baik kita tidur saja abis citer!"
jadi kami tak berani lalu tidur dalam keadaan hairan dan takut yang amat sangat!

Lebih kurang 5 pagi kami bangun untuk ke bilik air...tanpa menenmui apa apa kesan tapak kaki kucing ke atau apa sahaja..tidak ada apa apa....tapi sesungguhnya tak tipu kisah benar ni..cemana nak buktikan yang kisah ini adalah kisah benar???
Tag : Ngeri...
14 Komentar untuk "Bayang Hantu di IPSAH"

biasa le tu... takut ,seram , sedih , suka duka... rencah2 kehidupan.... tersingkap tirai hidup... pintu kematian terbuka luas menanti

had ni sah bukan antulawa....wakaka
kalau antulawa chek tak lari...nak peluk lg adaa....

CERITA HANTU


Kami baru berpindah ke bilik sewa ini. Semua belum teratur dan banyak

barang masih bersepah di lantai. Aku dan kawan-kawan balik dari

sekolah jam 6.30 pm.


Ptg tu aku rasa penat sgt kerana aktiviti sukan di sekolah tadi.

Kawan2 aku nak keluar ke pekan utk makan malam. Aku tak larat, kirim

sajalah. Aku tarik sehelai tikar dan sebijik bantal dan baring kat

tepi dinding. Tak lama aku pun lena.....


Aku terkejut. Aku dengar ada bunyi di luar rumah. Bila aku buka mata

semua gelap, tak nampak apa. Hari sudahpun malam.


Hiiiii, Aku rasa nak menjerit, tapi suara tak keluar. Di dalam

samar-samar malam aku nampak di depan aku berdiri satu lembaga putih

yang besar tanpa kaki dan tanpa kepala, tangannya terkapai-kapai macam

nak cekik aku. Aku mengengsot ke belakang. Tanganku terlanggar

sebatang penyapu. Dengan cepat aku capai penyapu tu dan aku memukul

lembaga itu bertalu-talu. Nafasku turun naik, sesak bagai orang sakit

jantung. Pukulan terakhir terkena ke dinding, tepat ke suis lampu.


Kucampakkan penyapu itu. Tanganku mengesat peluh yang meleleh di dahi.

Di hujung penyapu tersangkut sehelai baju melayu berwarna putih.

Rupanya aku tidur dibawah dawai yang digunakan oleh kawan-kawan untuk

menyidai pakaian. Barangkali ada kawan yg menyidai pakaian sebelum ke

pekan dan penyangkut baju itu telah menggelongsor di dawai yg kendur

akhirnya berada betul-betul di atas badanku.


Aku tak cerita pada kawan-kawan sebab baju kawan yg bersih tu dah

habis kotor kena penyapu....

luh punut uku bucu...ungut cutu huntu butul??
humpuh sungguh nuyu ju uku bucu buut hubuh kurun ju huhuhuhu ...

lon kolo nok coto honto boor yong bost bost...
hohoho horlicks...

Tok malau kisah cek tu sonok gak..tapi cek memang banyak kali jumpa hantu tok...cek bertuah kan??

Raof...ko x der keje len asyik peluk peluk hantu pun ko sonok peluk apa daaa??

zaman moden, macam ni lah cite hantu.
kita tak main dah cite hantu cina, hantu siam, hantu indon dll tu. tahyul-tahyul ni kira gred 2 lah.
tak boleh ke??

sonok lagi jika man jumpa antulawa..hihihih dia baik tau..

kat mana boleh jumpa antulawa ni?
siang ke malam?
kata orang kalau nampak hantu
buka seluar, ye ke??

hehhehe apasal kalau nampak hantu kene buka seluar??
Kita tak tahu tahap seksual hantu tu!
wwooooo bahyer woooo!!!

hantu ni dia kurang 'satu'
dia tengok kita lebih 'satu'
dia lari lah
orang pompuan tak leh buat ni
ni khas lelaki je
mcm tu la kata orang , aku pun tk tahu!!!!

ooooooo melompong mulut aku baca!!

tu kes jumpa hantu jantan le..

ni kes hantu pompuan hahha..

kalau hantu pompuan
caabuuuutt!!!!!!!!!!

hantu pompuan suka hantu jantan tau..
tapi kene jadi hantu dulu baru boleh takcle dia!!!sama sama hantu x per lebih berhantu lagi

Back To Top