Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T04:31

ANTARA AKU DGN DIA SAHAJA BUKAN KAMU TAU!!

Rasa terpanggil untuk menulis kisah ini.
Apa yang terbuku di dada dapat diluahkan.
Biar pembaca kalian menilainya sendiri.

Dalam berblog kita akan temui ramai 'bloggers' dimaya
kita suka dia,suka baca apa yang dia tulis.
kita juga menyukai dia,apatah terpandang wajahnya
barangkali dapat menarik minat kita untuk mendekatinya.

walau kita tak nampak wajah dan usia sebenar dia.
kadang kadang kita ingat dia anak bujang dan dara berusia,atau janda atau bini/laki orang!Bila tengok entri dia tiada langsung fasal keluarga maklumat peribadi untuk kita kutip.Ya lain bloggers lain cara,ada yang asyik cerital hal masakan,hal buat kek tak jadi dan buak kek jadi dan pasal keluarga.Tapi tak kisah la dia suka tulis hal apa...lain orang lain caranya!Kita dengan kita punya stail.Blog kita ,kita
punya fasal.

sekadar meminati penulisan dan blog aku rasa
tidak salah untuk membuat kita terus memasang khemah di blog dia!
sekadar singgah di maya,bukan realiti!

Apakah tujuan asal kita memang nak guna jari 'laser' kita menghentam dia!
hairan lah dia tertanya tanya kenapa orang bersikap
demikian rupa padanya?Dia tidak pernah bergaduh bertekak atas sebab apa dengan si anu...kenapa si anu terus menghentam dengan baik punya ayat?Kalau dia musuh kita ya tak ya juga??Pelik sungguh kan?Sedar sedar dah ramai 'geng'menyindir di blog berkumpul....mana boleh jadi gini??Satu lawan ramai....dah jadi macam budak budak sekolah rendah angkat geng bila sindir kawan...

Agaknya memang inilah niat dan nawaitu asal berblog..orang berblog hendakkan gurauan dan dapat hilangkan stress..dia???Kalau la itu cara nak sedarkan orang yang kita fikirkan terlalu jahat mengalahkan Kalimuthu patut juga laa atau jahat mengalahkan jalang atau bohjan mahupun bohsia??Ataupun pembunuh upahan atau pun perogol bersiri memang la rasa patut juga??

Dia juga terpinga kenapa gajah sama gajah bergaduh,pelanduk mati ditengah??
maksudnya diputarbelitkan begini..dia dengan orang lain yang terlibat tetapi orang lain pun turut sama sediakan peluru berpandu menyerang dia dari segenap sudut?
apakah ini tujuan asal berblog?tujuan kita berblog untuk sakiti hati bloggers lain??
berpatah balik lah pada niat asal kita.Cuba nilai sendiri,pernah ke dia sakiti hati kita sehingga kita sanggup sakiti dia??

Penyumbang molotof koktel,peluru berpandu,machine gun,mortar,bom tangan,jerangkap samar,meriam ,roket,hand granite juga tidak putus-putus menyediakan bekalan?
hairan sungguh..penyumbang senjata ini tidak ada kaitan langsung dengan perkara yang terlibat.Keterlibatan mereka menjadi tanda tanya??Siapakah yang berjaya menghasut fikiran suci itu?Hingga tujuan asal berblog dilupakan?

Mungkin sikap Melayu begini...asal dapat cerita,terus percaya dan mula angkat geng!!Suka jaga tepi kain orang ..jika boleh nak singkap dan tengok apa ada dalam kain tu.....
Pada hal bersikap terbuka lebih baik dan akur pada kelemahan orang juga dapat menyedarkan kita dia juga punya kelemahan.Kenapa kita juga mewajibkan diri menyokong demi untuk memusnahkan tali persaudaraan dalam berblog!

memang lah kita tidak dapat baca hati orang...
melainkan kita hanya akan dapat rasakan getaran kasih sayang abadi jika kita
dalam pelukan susah,sengsara,derita,masalah ,duka lara.Di kala itu...barulah kita tahu ..oh inilah kawan aku di kala aku susah dan senang!Di kala aku tersepit..
dia yang hulurkan tangan,dikala aku kelemasan dia yang selamatkan aku..

Walau dia tidak cantik dan kacak pada wajah...tapi hati dia mulia!
Ketika kita sedang leka bergembira dan tiada duka,kita lupa dia..tapi bila kita dihimpit sesak nafas,tiba tiba dia yang hulurkan tangan...oh sedih hati kita...dia yang carikan alat CPR untuk kita..

Bila tohmahan demi tohmahan kita beri dia..kita tambah lagi derita dia.Kita rasa puas hati sebab sudah dapat hentam dia di maya walau sengketa yang entah dari mana punca...dan kita sendiri tidak ada kene mengena dengan dia langsung!!Tetapi kita seronok tumpang sekaki belasah dgn ayat cili api kita.....

Penyumbang: Puspa Dewi a/p Puspakom Estet Nagalilai.
4 Komentar untuk "ANTARA AKU DGN DIA SAHAJA BUKAN KAMU TAU!!"

Apakah itu WEBLOG :
- 1) A weblog, sometimes written as web log or Weblog, is a Web site that consists of a series of entries arranged in reverse chronological order, often updated on frequently with new information about particular topics. The information can be written by the site owner, gleaned from other Web sites or other sources, or contributed by users.
A weblog often has the quality of being a kind of "log of our times" from a particular point-of-view. Generally, weblogs are devoted to one or several subjects or themes, usually of topical interest, and, in general, can be thought of as developing commentaries, individual or collective on their particular themes. A weblog may consist of the recorded ideas of an individual (a sort of diary) or be a complex collaboration open to anyone. Most of the latter are moderated discussions. (SearchSOA.com Definitions)

Kalau anda fahami maksud sebenar weblog atau halaman blog anda tidak sepatutnya menyerang atau menyindir pemilik blog atau penulis blog. Dalam konteks ini, pemilik blog ini menjadikan blognya sebagai catatan hariannya, tempat dia menyuarakan perasaannya, pendapatnya, dan tempat untuk berbual bersama teman-temannya yang mengenalinya.

Anda yang datang tanpa diundang tidak sepatutnya menulis sesuatu yang tidak disukai oleh pemilik blog ini. Walaupun anda mungkin tidak dapat dikenali tetapi perbuatan anda membaling batu sembunyikan tangan adalah sangat tidak beretika.

kak...amat setuju saya dgn n3 ini...

Terima kasih Skinhead...lawa terharu baca ni!!!

Jentayu...terima kasih akak terharu sekali lagi..kerana jentayu memahami..
Ini adalah dugaan dalam dunia blogging!!
:)

Back To Top