Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T07:10

KITA 'KEBULORQ' ORG KL KATA LAPAR!!

Orang Kedah beletiarq!!!Jom baca!!Hampa tak mau baca jangan baca
sebab blog ni dan n3 ni ialah n3 dan blog syok sendiri!!
Jangan biarkan diri anda diselubungi paksaan untuk membaca n3 ni!!


Kita...........
yang kebulorq kebahgiaan

"Untuk mewujudkan kebahgiaan kepada pasangan kita, gunakanlah panggilan yang baik seperti abang, sayang, darling, honey, ayang, manja. Elakkan memanggil dengan panggilan emaknya, ayahnya, abahnya dan sebagainya "


kebulorq kasih sayang

" Berkomunikasi amat penting. Lebih bayak kita berkomunikasi, lebih banyak kita akan memahami pasangan kita. Banyakkan berSMS dan menelefon pasangan jika berjauhan"ni sms pun ringkas sangat hengga tak faham langsung hahahha kalau dengan aweks bukan main lagi ayat power gila huhuhuh


kebulorq kepedulian

"Realiti hidup hari ini, suami isteri sama-sama bekerja. Jadi, teramat relevan jika suami/isteri membantu melaksanakan kerja rumah"Ha tolong kemas rumah bang!!Tolong sidai baju sayang...tolong mop lantai hahahhaha!


kebulorq kemanjaan

" Suami membawa isteri makan di tempat yang romantik hingga menyemarakkan lagi suasana cinta di alam rumah tangga"sekali sekala sewa hotel untuk bermesra tanpa batasan!Umpamanya anda boleh buat macam pilem Hindi nak berguling ke nak berhempas ke x siapa larang...best kan??


kebulorq perapatan cari pasal untuk dapat rapat rapat laa..kalau duduk cari pasal duduk dekat atau cari chance baik duduk atas riba dia dan peluk dia lagi...kiss dia bertalu hingga dia naik.....naik lemas hahhahahha!pasti dia akan rindu pada kemesraan yang anda berikan...dia rindu anda 27 jam tau hahahhah!


"
kebulorq kemesraan-cari pasal supaya dapat mesra laa duk saja saja lagakanhidung anda dengan pasangan anda....cuba pasti seronok!Masa dia drive cuba belai belai rambut dan picit leher dia..sah dia akan stop kereta dan belai atau cium anda dengan kasih sayang!

" Hadiah sesuatu kepada pasangan, terutama pada hari-hari bersejarah dalam kehidupan anda dan pasangan seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya, jika pasangan tidak mulakan anda yang harus mulakan." Hargailah apa jua pemberian pasangan tidak kira mahal atau murah. Yang penting nilai yang tersirat bukan nilai yang tersurat.Beli minyak cap kapak pun dia dah syok huhuhuh


kebulorq keceriaan

"Galakkan minat dan hobi pasangan, jangan melarang pasangan anda meneruskan hobi yang diminatinya. Jika dia minat bersenam, ajarkan dia bersenam "cakar harimau" ke "poco-poco" ke, main masak-masak ke, pi berkelah ke , dan lain-lain lagi. InsyaAllah keceriaan dalam berumah tangga akan ada."


Yang penting juga, dalam kebulorgkan kebahgiaan ialah menjaga lidah. Manusia itu dinilai melalui dua anggota kecil dalam jasadnya iaitu hati dan lidahnya. Jadi, suami/isteri mestilah menjaga lidah masing-masing agar tidak mencalarkan kebahgiaan mahligai yang dibina bersama.Jangan sekali main sindir sindir sebab sindiran tu melukakan hati dan jangan ungkit kesilapan dia yang lalu...


Hidup umpama berada di laut luas. Kadang-kadang ombak menghempas, ribut kuat, hujan lebat membasahi, kilat dan petir sabung-menyabung. Begitulah kehidupan ini. Ada masa gembira dan ada masa sedih. Konflik akan menimbulkan perasaan tidak selesa antara pasangan dan suasana yang tidak harmoni. Masing-masing akan saling menyalahkan, bertengkar, menyimpan dendam dan sebagainya. Keadaan ini perlu dikawal dan diselesaikan dengan cara yang baik, dalam melayari bahtera rumah tangga. Jesteru itu, suami dan isteri perlu menguasai sebanyak mungkin ilmu dan langkah-langkah ke arah pembentukan keluarga bahagia, contohnya persediaan fizikal, minda, ilmu, sosial dan ekonomi. Betapa pentingnya ikatan kasih sayang antara suami isteri kerana ia akan memberi kesan yang amat memberangsangkan kepada pembentukan anak-anak yang positif.


Selain dari itu, masing-masing perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing seperti si suami bertanggungjawab memberi nafkah makan, minum dan pakaian, melayan isteri dengan baik dan menyediakan tempat tinggal. Manakala, si isteri pula bertanggungjawab melayan suami sebaik mungkin, menjaga rumah tangga dan maruah suami dan mendidik anak-anak dengan didikan menurut syariat.


Kehidupan suami isteri mestilah diwarnai dengan haruman kasih sayang dan cinta yang ikhlas. Satu masalah yang biasa terjadi di kalangan suami isteri ialah hubungan yang sudah tidak hangat dan indah. Cinta dan kasih semakin pudar lantaran jelmaan pelbagai masalah dan t/jawab yang tidak dipenuhi. Masing-masing hanya memendam rasa ketidakpuasan di dalam hati sehingga meletup seperti gunung berapi. Ketika itu, terlafazlah kalimah yang dibenci Allah walaupun halal, "Aku benci kamu, Aku cer..... kamu". Semuga ini semua tidak terjadi kepada kita.Jangan sekali biarkan mama bosan dan papa bosan dengan sikap kita yang lapuk berzaman sampai tak berubah dan tak ada perkembangan!Asyik duk takuk lama ..cuba kita perhatikan pasangan kita kadang lebih advanced dari kita....jangan sampai terdapat perbezaan yang ketara antara kita dengan pasangan kita....kalau ada beza pastinya perbezaan itu umpama retak menanti belah..........

Inilah keluhan orang yang kepingin kebahgiaan


"orang hanya nampak kita
kenyang dengan kasih
kenyang dengan kepedulian
kenyang dengan kemanjaan
kenyang dengan perapatan
kenyang dengan kemesraan
kenyang dengan keceriaan
kenyang dengan semualah senang cakap
pada hal sebaliknya"


Keluhnya lagi.....

ada ka depa beli hadiah??
tunggu sampai lama
tadak sapa nak holorqqq hadiah!
bab hadiah ni bukan budak budak saja yang syok kalau dapat?
kita yang dewasa ni pun kalau dapat syok sungguh aiihh
rasa dihargai...sangat sangat
tapi tunggu bertahun tarak nak dapat apa aiihhh
habuk pun tarakkk

kut la nak bagi aku sonok sat ka
sebelum menutup mata ni...
nak keriau plak dah tulis macam ni ngada betui aku!!



seronok sungguh aihhh duk beletiarqq
guna logahtul Kedahan ni..
padan muka orang Sabah ka Sarawak ka
sebab depa langsung tak faham loghat Kedah hahhaa

sebenarqnya
aku ni saja sonok buat loqlarq
duk tenyeh di blog ni
sebab blog ni aku punya
jadi ikut sukalah aku nak tenyeh apa..





hahahhaha orang hanya mampu menulis tetapi bila kene batang hidung dia pun naik penin hahhahahaha
0 Komentar untuk "KITA 'KEBULORQ' ORG KL KATA LAPAR!!"
Back To Top