Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T07:23

Sepatutnya Artis yang disebat dulu sebelum Kartika

Artikel ini dipetik dari http://ohartis.com untuk pembaca blog tiraihidup mengikuti kes Kartika Sari Dewi Shukarno yang dikenakan hukuman sebat!Selamat membaca!

Ini hanya artikel pendek sahaja dari kami. Cuma mahu dengarkan respon dari anda para pembaca setia kami. Seperti yang anda sedia maklum, Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 6 kali kerana kantoi minum air kencing syaitan berjenama Tiger Beer. Hanya sebuah arak ringan dan murah sahaja sebenarnya, tapi baguslah jika hukuman sebat dikenakan kerana ianya mampu dijadikan pengajaran kepada semua umat Islam di negara ini atau mungkin akan menakutkan sesetengah keparat yang lain.

Kami tak mahu pertikaikan kenapa baru sekarang pihak atasan nak buat semua ini. Kenapa bukan dari dulu? Takpelah, ok la ada tindakkan dari masing-masing buat bodoh sahaja. Cuma apa yang kami mahu pertikaikan, bukankah sudah terang lagi bersuluh gambar-gambar selebriti Islam negara ini yang dengan selamba-badak meminum arak di club-club tempatan? Tidak perlu kami senaraikan siapa kerana ramai sangat. Bukankah lebih bagus yang disebat itu selebriti. Pastinya lebih kool.

Diharapkan selepas Kartika, akan ada selebriti pula yang dirotan lebih-lebih lagi selebriti lelaki. Mungkin mereka ingat hidup sebagai selebriti dihormati ramai, tetapi bagi kami artis kaki mabuk ni tak layak langsung dihormati. Rotan sampai hancur punggung pun kami sokong.

Apa kata anda? Sekian.

P/s: Kartika tu dah sibuk sangat nak dirotan even dalam bulan puasa pun. Jadi apa tunggu lagi, rotan je la iye tak? Lepas tu dia nak dirotan dikhalayak ramai untuk memberi pengajaran kepada orang ramai. Jadi apa masalahnya, dia yang nak? rotan je la. Pelik betul benda senang nak buat leceh.
0 Komentar untuk "Sepatutnya Artis yang disebat dulu sebelum Kartika"
Back To Top