Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T05:48

BACAAN YANG WAJIB DIBACA OLEH SUAMI/ISTERI!

SITI TAK PUAS...


Suami saya adalah seorang jurutera,pada awalnya saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan bertahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.. mulai merasa lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidak-mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...


“SAYANGKU, ABANG TIDAK AKAN MENGAMBIL BUNGA ITU UNTUKMU, TETAPI IZINKAN ABANG UNTUK MENJELASKAN ALASANNYA.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh membuka dan mengendalikan komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu siti untuk memperbaiki program tersebut.Tetapi ini tidak pernah berlaku!


“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”Siti buka sendiri sebab Sitilah yang selalu tiba di rumah kita sebelum abang!


“Siti suka jalan-jalan di shopping kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”Ini juga tidak berlaku kerana Siti 'shopping'sorang sorang tanpa ditemani suami kerana suami tak kisah asal Siti boleh buat sendiri,Siti buat laaa...


“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”Ini juga tidak pernah terjadi walau Siti lenguh kaki dan walau Siti meratap hibapun abang buat 'derk'sahaja!

I

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami.”Ini juga tidak pernah terjadi kerana tidak ada sepatah cerita kelakar yang keluar dari bibir abang kerana abang hanya 'bercakap'perkara perlu sahaja!


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”Sejak kawin Siti potong sendiri je kuku ni mana ada saat romantis kita???


“Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”Nak pimpin tangan di pantai???Bagai jauh api dari panggang laa sedangkan melintas jalan yang sesak pun abang biar Siti lintas sorang???


“Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian abang.”Abang masih ingin bernyawa demi nak ucap terima kasih dan mengucup dahimu setiapkali Siti melayan nafsu abang!!

“Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti.”


“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” Tau tak per bang...pernah ke abang kucup dahi Siti setiapkali lepas kita belayar bersama???Lepas habis 'game over'abang berdengkur sedap!!


Bagi saya jika ada ramai suami yang sedar betapa perlunya saat romantis dan bukan dibuat buat tentu ramai yang tidak kecundang dalam perkahwinan!Jika permintaan kaum isteri diabaikan,bukan takat kecewa,merana sepanjang hayat tau??Bayangkan nak teruskan hidup dengannya lama lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”


“Puaskah Siti sayangku...?”

“Jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.Siti,hang memang buta perut??Buta hati sebab suami Siti cukup A1 punya!!Bukan suami cap ayam!!!Tapi hang saja yang tak nampak??Kalau perempuan lain nampak nahas kau Siti!!!



Petikan dari sebuah majalah sekitar tahun 2004. Semoga ia menjadi pedoman dan iktibar buat insan-insan yang bergelar suami dan isteri. Semoga ia memberikan manfaat buat kita semua. InsyaAllah.


Ulasan: Dalam kisah di atas memanglah jelas nampak sangat sangat bini yangi tidak sedar betapa romantisnya suami dia...tetapi apa hal jika semua jawapan yang suami Siti berikan di atas itu tidak pernah terjadi dan tidak pernah dibuat oleh suami -suami di luar sana???

Bagi saya jika kita dapat suami seperti suami Siti alangkah bertuahnya kita.Percaya atau tidak masih ada suami yang sebaik suami Siti masih tidak dihargai oleh isteri???Jawapannya ada!!!!


Isteri yang dapat suami romantis,penyayang,baik dan mengalah dalam semua halpun masih mendendami suami dan membenci suami!Tu yang duk heran??Tak habis habis sampai la ni......kalau anda seorang suami sila baca apa yang suami Siti buat?Pernahkah anda berbuat demikian??????Perkahwinan bukan satu sandiwara depan anak-anak atau nak tunjuk bahagia depan orang lain.Jika anda tidak bahagia,masih dibelengu oleh isteri yang suka dera suami dan suami yang suka dera isteri,bawak berbincang,jika masih didera emosi,fizikal dan mental lebih baik say good bye! :)





5 Komentar untuk "BACAAN YANG WAJIB DIBACA OLEH SUAMI/ISTERI!"

yup mmg ade betulnya...
bukan ape lawa... jut nk kongsi cerita n pengalaman...

kekdg nie perempuan just nmpk yg satu je xnmpk yg selebihnya,,,,

nampak je yg buruk sedangkan yg baik tue dah cam rutin dibuat...kekdg nk puskan selera perempuan nie susah..melainkan yg betul2 memahami

out of topic--> hoho mmg pun...terutama time hati tgh kuat mmmg penyelarasan gelombang adalah sama... teu yg semua wat cam tersama2 la pulak....

www.broframestone.com

Tau tak per bang...pernah ke abang kucup dahi Siti setiapkali lepas kita belayar bersama???Lepas habis 'game over'abang berdengkur sedap!!

hahahaha yang ni betul aku setuju wawa....dah letih lena terus....nak hangkat kening pon tak larat dah....hehehehe

tu pasal kene peka tak kira lelaki atau perempuan...

kita dapat detect tau apa yg kita nak selama ini pasangan kita tak buat..

minta buat tak buat,takkan nak merayu guling guling ??hihihih

Raof..hang memang...
hang tunggu tengok laa
lama lama bini hang akan hamok dengan hang hang dan dengan katey katey terhumban hahhahahhah!!

cium dia di dahi pipi dakap dia dan belai dia..masa sedih apasalahnya tanya dia pujuk dia dan belai sentuh dia lama lama..

takkan dia nak guling guling dan histeria baru ko nak belai??mampos macam ni hahhahaha

kena pandai cari G-spot agar boleh capai kemuncak(orgasm)....

Back To Top