Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T03:47

TEMAN SEJATI-DIA BUKAN SEKADAR TEMAN..MALAH LEBIH DARI ITU...

Siapa di sisimu bila kamu bersedih?gembira??dan terdesak??
Memang adakala ramai juga yang bersama kita ketika sedih dan gembira.Namun antara yang ramai siapa yang paling paling memberi kepedulian itu....Jangan pandang remeh temanmu itu!

1.Berpegang pada janji.
Ada ketika kawan kita buat tak endah dengan kata -kata kita.Namun teman kita yang seorang ini lain kerana dia tetap tunaikan janjinya walau ketika dia sedang sibuk!Inilah teman sejati!Dia tidak pandang remeh setiap kata katamu.Dia di sedaya upaya tidak menghampakan kamu!Jadi kamu juga jangan pandang remeh padanya!

2.Sanggup luangkan masa.
Jika dia teman sejati,dia akan luangkan masa bersamamu bila kau memerlukan!Jika bukan teman sejati,dia langsung tak layan hihi!

3.Jadi pendengar setia.
Dia dengar dengan penuh respon dan beri pendapat dia serta cuba sedaya upaya cari
jalan untuk selesaikan masalah kamu!Dia anggap masalah kamu adalah masalah dia juga!
Jadi jika dia ditimpa masalah,kamu jangan abaikan dia!

4.Beri layanan istimewa!
Cuba lihat bagaimana dia melayani kamu??Kalau begini istimewa layanan yang dia berikan,tidak salah jika kamu beri dia sedikit'extra'layanan dari kamu pula!Jangan hanya ada teman yang bermuka-muka tetapi menikammu dari belakang!

5.Sentiasa berterus -terang.
Dia sering berterus terang dan tidak bohong!Walau boleh jadi hatimu terluka akibat terus terangnya itu.Dia akan meminta maaf jika dia mengecilkan hati kamu!Kamu berdua akan lebih saling mempercayai!

6.Jadi Penyokong setia!
Dia penyokong setia apa sahaja yang kamu ingin lakukan!
Dia beri sokongan moral tanpa henti!Dia sanggup bantu apa yang terdaya dia lakukan demi kamu!Kamu juga mesti bersedia untuk berkorban untuk dia juga!

7.Sanggup bersusah-payah.
Sanggup bersusah-payah demi kamu.Dia tidak berkira tenaga dan wang ringgit demi
tidak mahu kamu dalam kesusahan!Dia sebenarnya menyayangi dirimu.
Hargailah dirinya!








0 Komentar untuk "TEMAN SEJATI-DIA BUKAN SEKADAR TEMAN..MALAH LEBIH DARI ITU..."
Back To Top