Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T19:32

Jawapan Buat Ustazah Kurang Arif.......

Assalamualaikum Ustazah Kurang Arif(nama diri beliau).demi memuaskan hati ustazah saya jawab di sini :)sila baca!
Salam ustazah kurang arif,
Terima kasih kerana sudi komen.Di bawah ini jawapan saya harap puas hati.

Di Prasekolah Kerajaan semua kandungan sukatan pelajaran meliputi semua komponen iaitu kognitif(sains/maths/kemahiran berfikir),Fizikal,Sosio emosi,English,B.melayu komunikasi,kerohanian dan moral(agama Islam danmoral uk bukan Islam)dan Kreativiti dan estetika(nyanyian,muzik gerakan masuk dlm ni) dan kami akur dengan sukatan yang disediakan.

Nyanyian ,muzik dan gerakan adalah antara kandungan wajib yang wajib semua guru pendidikan prasekolah ajarkan.Jika tidak ada akta yang kami boleh didakwa!

Nyanyian,muzik dan gerakan adalah satu matapelajaran yang memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan,yakin diri,sosial,komunikasi,interaksi,fizikal
(gerakan) .Kami katih murid supaya tidak ada 'stage fright'dan 'public speaking'bila mereka berada di pentas menghadapi khalayak.

Selain itu ilmu fardhu ain,fiqah,tauhid juga diajar di prasekoah.Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangasaan ke arah membina insan yang seimbang JERIS.
J jasmani
E emosi
R rohani
I intelek
S sosial
Jadi janganlah dengan hanya berfikiran sempit atau buat 1st impression bila melihat murid saya menyertai Karnival Prasekolah dlm acara nyanyian dan gerakan.Pada hal ada acara lain seperti bercerita,sajak,hafazan surah surah.bina pasir dll.Murid saya mewakili daerah dlm acara nyanyian dan sekolah lain mewakili acara lain.

Setakat ini prasekolah kerajaanlah yang paling terbaik kerana kami menseimbangkan murid murid berbanding dengan tadika swasta yang lain mereka 'berat sebelah'misalnya tadika Pasti beratkan Agama,yang lain beratkan akademik sedangkan Kurikulum Kebangsaan adalah wajib dipatuhi oleh semua tadika dan prasekolah seluruh negara!
Kami guru guru dedahkan pelajar supaya tidak terjadi 'kejutan budaya'bila keluar dari tempurung dan terkinja tak tentu pasal dgn hiburan!At least jika iman dah utuh di dada,akar dah kuat,konkrit bangunan dah kukuh...datanglah Tsunami sekalipun dia takkan kecundang!
Maknanya walau dia sertai/lihat konsert sekadar hiburan sahaja dan dia tak buat maksiat bila hadiri acara hiburan sebab iman dah kukuh di dada!Inipun sudah baik jika dia boleh tahan dengan hiburan,arak ,perempuan dan sex
Sekian untuk pengetahuan ustazah.Maaf jika ada yang tersinggung dengan kenyataan ini!
bersederhanalah kita...bukan saya larang terus dari sertai acara hiburan.Maksud saya bersederhanalah!Makan pun jika banyak sangat mengundang sakit juga kan? :)

0 Komentar untuk "Jawapan Buat Ustazah Kurang Arif......."
Back To Top