Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T17:18

CINTA SEMBAHYANG -www.menadahkitab.com


Macam orang bercinta, dia boleh bercakap lama. Bila dia bercinta, dia boleh bercakap lama. Kalau dia tak cinta dengan orang tu, mana boleh dia cakap lama, dia meluat. Cakap sat-sat saja. Tapi kalau mai cinta, handphone tu sampai habis bateri punya bercakap. Berbelit wayar telefon kot tengkok tu. Berguling kot atas katil. Lena, sana lena sini lena, hello ada lagi sambung pulak. Pasal apa? Dia ada cinta. Hmm..tak biasa dulu? La mana nak mengaku.

SEDAP BACA NI JOM BACA NAK??!!
Qadaflahal mukminun. Allazi nahum fii sholatihim khoshi’un.

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman..kata Allah..yang adalah orang yang beriman itu sembahyang mereka khusyuk…baru berjaya. Ni dok habaq kata berjaya berjaya.. tapi sembahyang tak khusyuk, tak berjaya gagal.

Syaitan ni boleh tawan hati. Boleh tawan hati.

Nabi bila timbul masalah, ada masalah aja, Nabi sembahyang tempat selesai masalah. Masalah mari sembahyang banyak-banyak, selesai masalah.

Kita ada masalah, tak sembahyang. Sembahyang apa, dia kata, dok ingat macam-macam, baik tok sah sembahyang. Fesyen tu jadi. Orang ada masalah lagi dekat diri dengan Allah..lagi masalah lagi dengan diri dengan Allah Ta’ala.

Sebab apa kita malas sembahyang?

Sebab tak sedap. Tu malas tu. Tak rasa nikmat. Tak rasa nikmat. Sebab apa tak sedap? Sebab dia tak cinta kat Allah. Tak ada perasaan cinta kat Allah.

Bila tak ada perasaan cinta pada Allah, tak sedap sembahyang. Kita ni tak cinta kepada Allah Ta’ala.

Sembahyang terawih tu bergagah dua puluh tu. Bergagah tu muka bukan elok tu, menggeliat sana menggeliat sini. Orang lelaki buka kancing bajula.. apala.. bergagah aja.. bukannya rajin. Padahal kita sembahyang tu kena masuk dengan rajin.


Tok imam bangun kita bangun, tok imam bangun kita bangun, tok imam bangun kita bangun, tunjuk rajin tu, jangan dok menggeliat saja. Malas balik duduk di rumah tidur buang, bukan wajib.

Macam kita la.. kalau orang pi buat kerja, bekerja kerja tapi buat muka malas, kita meluat tak? Pi balik buang, aku benci tengok muka hang.

Allah Ta’ala pun lagu tu, nak mari sembahyang tapi menggeliat saja. Satgi orang nak ruku’ baru. . Allahuakbar (takbir). Awat ni? Fatihah tok imam tanggung.

Dia dok kira hat tu. Tok imam tanggung, tok imam tanggung. Hang malas hang balik.

Sebab apa tak lazat kita sembahyang? Sebab tak ada cinta.

Tu timbul sembahyang terawih lapan. Sembahyang terawih lapan, apa semua. Alhamdulillah ada nas lapan. Buat pi lah. Buat pi lah. Nak buat lapan pun, buat; nak buat dua puluh pun, buat. Buat lapan pun takpa, buat dua puluh pun takpa. Buat lapan pun tak masuk neraka, buat dua puluh pun tak masuk neraka. Masuk neraka, berkelahi pasal lapan dengan dua puluh. Itu kena faham.

Tapi kalau tak dak kalut apa, buat dua puluh. Baik. Kalau ada hal apa semua, buat lapan. Tak ada masalah. Tapi mujur ada nas yang lapan tu. Kalau ada hat empat lagi sedap noo. Tapi tak berjumpa dah yang dhoif-dhoif pun empat, setakat lapan saja. Itu cara dia semua.

Jadi buatlah dua puluh. Bukan selalu, tuan-tuan sekalian, kita semua.

Lepas tu kalau hat pi masjid yang buat lapan lagu mana? Ikut depa lapan, balik buat di rumah pulak tambah lagi, tambah lagi. Nak sembahyang apa ustaz? Balik malam satgi bangun satgi ada masa, sembahyang apa pun..sembahyang tahajud ka banyak rakaat sikit boleh, sembahyang waktu tengah malam satgi pun boleh.

Janji, malam-malam Ramadhan dia suruh qiamullail banyak, sembahyang banyak. Sembahyang banyak.

Dua benda dia suruh, sembahyang banyak, baca Quran banyak. Sembahyang banyak, baca Quran banyak. Paling kurang sekali kena khatam al Quran.


Ni quran berapa juzuk dah dapat? Dok ralit buat buah melaka? Ralit tak dan. Kurang sekali khatam. Orang perempuan baca banyak sedikit. Satgi ada hari cuti tak dan nak baca habis. Tamat Quran. Sekali jadilah kalau tak boleh banyak kali pun. Banyak kali lagi bagus.Baca Quran. Bukan banyak mana pun. Lepas sembahyang baca sikit. Lepas sembahyang baca sikit. Lepas sembahyang baca sikit.

Tu tempat kerja. Waktu makan baca Quran. Selalu kan pukul 12:30 rehat sampai pukul 2:00, buat apa? Bacalah Quran. Bawak Quran pi tempat kerja. Baca Quran. Ni tidur. Ternganga tidur. Baca Quran. Kira tidur memang sedap bulan-bulan puasa tidur cukup menjadi, letak-letak tu sejam, dua jam, sejam, dua jam jadi sungguh. Itu cara dia.

Jangan dok pi melepak kot kedai apa semua tu. Pasar Ramadhan nak beli, pi. Tak ada masalah. Saya bukan ketat sangat, pi beli. Beli-beli, balik. Tak elok dok situ lama-lama.

Hat orang puasa…bukan…setengah ni orang la ni jahil banyak, bukan dia tahu bulan puasa tak bulan puasa. Hat rock dok rock situ juga. Dah ketat lagi, nipis lagi. Puasa pun jadi halus habis. Tak usah dok pi sangat. Beli-beli balik.

Ni bukan dok beli apa pun, ronda pi mai pi mai beli pulut udang dua ketul, pi mai pi mai dok ronda, habis pahala begitu saja. Bulan Ramadhan ni kita kena pantang sikit. Kalau boleh kalau tak ada kerja apa, tak usah dok keluar. Duduk di rumah. Jangan dok meronda kot supermarket apa semua habis begitu saja. Kalau ada kerja, pi.


Banyak benda kita boleh buat. Berzikir, baca Quran apa semua bulan-bulan Ramadhan. Sembahyang dengan rajin. Sebab tu kita ni ibadat apa pun kalau hati kita tak ada cinta kepada Allah Ta’ala, kita tak sedap buat. Kena sampai rasa cinta, rindu, kasih pada Allah Taala, tak usah kata dua puluh, dua ratus pun boleh buat kalau kita ada cinta.

Macam orang bercinta, dia boleh bercakap lama. Bila dia bercinta, dia boleh bercakap lama. Kalau dia tak cinta dengan orang tu, mana boleh dia cakap lama, dia meluat. Cakap sat-sat saja. Tapi kalau mai cinta, handphone tu sampai habis bateri punya bercakap. Berbelit wayar telefon kot tengkok tu. Berguling kot atas katil. Lena, sana lena sini lena, hello ada lagi sambung pulak. Pasal apa? Dia ada cinta. Hmm..tak biasa dulu? La mana nak mengaku.

Sebab tu dia boleh lama bercakap, dia ada cinta. Lepas tu kita dengan Tuhan sebab apa tak boleh lama? Pasal apa tak boleh lama? Biarlah boleh lama.

Sembahyang terawih ni kita nak beribadat, hati kita nak hayati. Baca tu jangan kalut sangat. Ni sampai tak tahu ekor kepala prrprprprpr. Baca apa? Kita nak hayati. Pelan-pelan baca. Tak khatam quran pun tak apa tok imam terawih tu.

Baca pelan-pelan. Ni prr prr prr prr baca fatihah senafas saja.. 9:15 habis dua puluh.. dia kata tempat kami cukup kemas. 9:15 habis dah dua puluh. Laju cukup sedap la ni. Dia dok cerita laju tu. Jangan. Pi cari pelan-pelan sembahyang. Daripada cari yang laju tak tahu apa cucah cucah toma’ninah apa ke mana punya nak hambat dua puluh, baik sembahyang lapan sudah.

Kalau selalu bercelaru habis tak tahu apa semua, baik sembahyang tertib, tertib elok. Bukalah hadith, Nabi s.a.w sembahyang malam tak banyak raka’at. Nabi sembahyang tahajud lapan raka’at sahaja. Tapi qiam dia lama. Sembahyang ni, qiam lama tu afdhal. Berdiri lama. Lama berdiri tu afdhal.
Tag : Doa Doa
0 Komentar untuk "CINTA SEMBAHYANG -www.menadahkitab.com"
Back To Top