
Nak jawab, awat hang tak pi sembahyang jumaat? Kelmarin aku tak nampak muka hang pun? Aku sembahyang Jumaat di rumah. Mana boleh. Mana boleh. Mana ada sembahyang Jumaat di rumah. Nak jawab lagu mana? Ya tak ya, pi pi lah, satgi orang nampak sangat aku tak sembahyang jumaat. Ni munafik ni.
SEDAP BACA NI...JOM BACA NAK??
Alhamdulillahi robbil ‘alamiin. Allazii ja ‘ala solaa ta thoriqatal muttaqiin.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Tuhan yang menjadi sembahyang yakni sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqiin.
Jalan bagi segala orang yang bertakwa. Sembahyang lima waktu, jalan bagi orang yang muttaqiin, jalan bagi orang yang bertakwa. Apa dia? Allazii ja ‘ala solaa ta thoriqatal muttaqiin.
Tuhan mana? Tuhan yang kita puji tu yang menjadikan sembahyang itu jalan bagi orang yang muttaqiin. Itu jalan kita. Jalan kita - sembahyang. Orang yang tak sembahyang tak ada jalan. Tak ada. Orang yang muttaqiin, orang yang bertakwa, tempat selesai masalah dia, sembahyang. Tu jalan kita. Cara kita, cara sembahyang. Bukan cara tak sembahyang.
Keturunan kita keturunan sembahyang. Jenis kita jenis sembahyang. Bukan jenis tak sembahyang. Ini orang mukmin. Tak nama mukmin kalau tak sembahyang. Tak nama mukmin.
Sebab tu Imam Nawawi Rahimullah sebut, dia tafsir. Nabi ni bila sembahyang jumaat, sembahyang jumaat, biasanya, bila Nabi jadi imam sembahyang jumaat, Nabi baca surah Jumaat dan surah Munafiquun. Raka’at pertama surah Jumaah, raka’at kedua surah Al Munafiquun. Tu biasa Nabi baca. Ada juga kadang-kadang Nabi baca surah Sabbihismarobbukal a’la dan surah Hal ata kahadiithulghoosyi yah.
Lepas pada tu orang tanyalah sebab apa Nabi baca surah Jumaah? Tak apalah, kata Imam Nawawi, sebab surah Jumaah tu memang cerita pasal hari Jumaat. Cerita pasal hari Jumaat surah Jumaah tu, sesuailah baca pada hari Jumaat. Lepas tu surah Al Munafiquun pasal apa baca sembahyang Jumaat, apa sesuainya dengan surah Munafiquun?
Surah Jumaat tak apa la tadi baca ni. Macam kita baca raka’at pertama, macam sembahyang sunat Dhuha, raka’at pertama, Was Shamsi wa dhuhaa ha. Raka’at kedua, Waddhuha. Sesuailah. Sesuai bukan kata tetap kena baca surah tu.
Untuk sembahyang Jumaat raka’at kedua Nabi baca surah Al Munafiquun. Sebab apa? Imam Nawawi tafsir, sebab hari Jumaat ni banyak orang munafik. Banyak orang munafik sebab tu kena baca surah Munafiquun tu. Bagi nak sebab surah Munafiquun ni banyak cerca orang munafik macam kita baca lepas dah, tafsir lepas. Sebab hari jumaat banyak orang munafik.
Betulkah hari jumaat banyak? Memang betul. Jumaat banyak orang munafik. Zaman dulu banyak orang munafik. Zaman la pun ramai. Sebab apa? Sebab orang munafik ni, dia punya ibadat menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk. Sebab tu dia gagah juga pi sembahyang jumaat. Sebab dia tak ada alasan nak jawab.

Nak jawab, awat hang tak pi sembahyang jumaat? Kelmarin aku tak nampak muka hang pun? Aku sembahyang Jumaat di rumah. Mana boleh. Mana boleh. Mana ada sembahyang Jumaat di rumah. Nak jawab lagu mana? Ya tak ya, pi pi lah, satgi orang nampak sangat aku tak sembahyang jumaat. Ni munafik ni. Sifat munafik ni. Pi pi lah satgi orang nampak sangat aku tak sembahyang jumaat.
Yang Subuh? Awat hang tak sembahyang Subuh? Aku sembahyang Subuh di rumah. Ini dia boleh jawab, sebab tu dia tak pi. Sembahyang Maghrib? Aku sembahyang Maghrib di rumah. Sembahyang Isya? Aku sembahyang Isya di rumah. Sembahyang Asar? Aku sembahyang Asar di rumah. Walaupun tak sembahyang, dia boleh jawab di rumah. Mari jumaat, tak upaya nak jawab dah, mau tak mau kena pi.
Sebab tu jumaat semua orang mai, Subuh tak ada orang. Kes tu. Orang munafik ramai. Sebab tu dok baca surah Munafiq tu.
Munafik dulu tak apalah, Arab, baca surah Munafiq dia faham. Berasa juga terkena. Mai munafik melayu ni? Dia tak faham apa. Tak faham apa. Yang ni banyak.
Sebab tu hikmat baca surah Al Munafiquun tu.
Sebab tu orang panggil Islam tak akan kuat selagi mana sembahyang jemaah Subuh tidak macam sembahyang jemaah Jumaat. Dah tulis dalam Harakah la apa semua, laa ni dok riuh. Memang betul lagu tu. Sebab apa Subuh tak boleh ramai dari Jumaat, patut Subuh lagi ramai, sebab Subuh orang perempuan pun pi.
Kita boleh bawa start motor, bawa bini kita pi sekali apa penuh, baru Islam kuat. Pasal apa yang Jumaat ramai? Sebab orang yang menunjuk-nunjuk tu ramai. Kalau duduk di rumah hari Jumaat orang nampak sangat. Sebab sembahyang Jumaat, tak boleh sembahyang sorang-sorang. Sembahyang lain, dia kata tak apa aku sembahyang di rumah, padahal dia tak sembahyang pun. Dia tak sembahyang pun.
Jadi kalau buat ibadat nak menunjuk-nunjuk, itu namanya sifat munafiquun. Itu patut baca hari jumaat tu surah Munafiquun, supaya yang munafik tu jangan buat perangai munafik, jangan mari Jumaat ni nak tunjuk-tunjuk kat orang saja. Mari ni nak sembah Allah Ta’ala betul-betul. Bukan nak tunjuk kat orang saja.
Jadi kalau kamu mari nak sembah Allah Taala betul-betul, Zohor, Asar, Maghrib, Isya, Subuh, hang pi jugak macam tu la. Takkan nak semua nak wajib jemaah? Sebab tu baca surah munafiquun. Tu Imam Nawawi tafsir.
Dan Tuhan yang menjadi sembahyang yakni sembahyang lima waktu ini jalan segala orang yang muttaqiin.
Jalan segala orang yang bertakwa. Jalan segala orang yang bertakwa, ini jalan kita. Sembahyang.

Nak sembahyang sampai bila kita ni, tuan-tuan? Sampai mati. Sampai mati. Biar kita berhadap dengan mati, tahu dah kita ni nak mati, aku tak hidup dah ni. Tak boleh hidup lama dah berasa macam ni. Ni memang nak mati dah kita pun tahu dah. Tak apalah. Kalau aku hidup lagi aku boleh sembahyang lagi, kalau aku mati tak apalah, setakat ni sahaja sembahyang aku.
Biar sampai macam tu, jangan dok berserabut. Jangan dok serabut. Ni sembahyang dak lagi, kadha yang nu ada lagi, itu bukan jalan kita. Nak mati tenang kita, tuan-tuan sekalian.
Sujudlah pada Allah Ta’ala. Tunduklah pada Allah Ta’ala. Allah Ta’ala beri kesempatan kepada kita. Waktu kita sihat. Umur kita ada lagi. Guna peluang. Kita mai di dunia ni pun, Allah Ta’ala hantar kita untuk beribadah. Kita nak sembah dia. Esok, di dunia tak pernah sujud, akhirat esok, nampak Allah Ta’ala, pakat nak sujud semua.
Orang yang tak pernah sujud Allah Ta’ala keraskan belakang dia macam sekeping papan. Nak sujud ke depan, terlentang ke belakang. Nak sujud ke depan, terlentang ke belakang.
Sebab tu Allah s.w.t sebut dalam surah YaaSiin “aghlaalan“, perkataan “aghlaalan” - gari. Allah gari di tengkok. Laa ni kalau orang salah gari kot ni (tunjuk dua tangan di hadapan) atau gari kot ni (letak dua tangan di belakang). Akhirat esok gari tangan kepit tengkok begitu (sambil meletak tangan di belakang leher), untuk orang tak sembahyang. Siku dia bubuh bawah tengkok menelenggak gitu.
Lengguk sampai ke sudah. Sebab apa? Di dunia dulu hang lenggak sangat, hang tak mahu sujud langsung dahi hang. Dia akan lenggak sampai bila-bila. Nak sujud terlentang ke belakang. Nak sujud terlentang ke belakang. Melenggak sombong, Allah Ta’ala ambil tangan kepit gari tengkok dia tak buka-buka dah, melenggak dua puluh empat jam. Kerana dia tak muttaqiin.
Tak adalah tuan-tuan semua. Tak boleh. Sembahyang tak ada cara. Payah. Buat ibadat apa pun payah nak kira. Main dengan tak sembahyang, puasa pun tak jadi. Ya lah, kenalah jugak puasa, tapi tak sembahyang nak letak di mana?
Ni puasa ni cukup rajin, sembahyang tidak. Cukup bersahur bangun dia gerak anak bini suruh bersahur, dia tak sembahyang. Lepas-lepas bersahur makan kenyang tidur, Subuh tak sembahyang. Zohor tak sembahyang, Asar tak sembahyang, Maghrib tak sembahyang.
Pukul lima start motor pergi beli makanan bawak balik, makan. Puasa cukup rajin, sembahyang tak mahu. Bukan setakat hat wajib, puasa enam pun puasa. Sembahyang tak mahu. Tak ke kacau fesyen ni. Mengarut.
Sembahyang itu tiang agama. Kena buat. Kena jaga. Suruh anak pinak kita sembahyang. Kena suruh, kena suruh, kena suruh, kena suruh. Tu dapat pahala. Yang dikata pahala kita kahwin ini, saya sebut tadi dah, tang mana lebih orang kahwin.
Orang tak kahwin dia sembahyang, dia bukan kira siapa. Dia cari makan masuk mulut dia, bukan kira siapa. Sebab tu pahala dia sikit.
Orang kahwin, otak ni dia dok fikir. Dia sembahyang, nak suruh anak-anak dia sembahyang sama. Dia mengaji nak bagi anak-anak dia mengaji sama. Dia ada ilmu, nak bagi anak-anak ilmu sama. Dia makan, nak bagi anak-anak dia makan sama. Dia buat ibadat, nak bagi anak-anak beribadat sama.
Otak dia ni dok fikir benda tu. Fikir benda tu. Fikir tu ibadat. Akhirnya dia bentuk, dia bentuk, dia bentuk, dia bentuk. Dia sujud, anak dia pun sujud, bini dia pun sujud. Anak lima enam orang sujud semua kepada Allah Ta’ala. Pahala kita berganda.
Nak banding orang bujang dia sujud dia seorang sahaja. Kita? Ini anak siapa ni? Ini bini siapa ni? Tu pahala banyak. Berganda. Berganda.
Kita nak hidup berapa hari, tuan-tuan? Hat kita bapak ni nak hidup berapa hari? Yang nak hidup lama, anak. Inshaallahlah hidup lama. Lepas anak kita, sambung cucu kita pulak.
Kita nak zuriat kita ni orang sembahyang. Zuriat kita ni orang sembahyang, zuriat kita, keturunan kita ni keturunan orang sembahyang. Bukan keturunan kita jenis tak sembahyang. Biar pi la hak lepas-lepas sudah.
Hat setakat kita tu, hat mak pak tak peduli kat kita, sudah setakat tu. Ambik pengajaran yang tu. Ada orang sedar, aku ni kalau harap mak pak aku, tak sembahyang lagi ni. Nasib baiklah aku sedar.
Jangan bagi anak kita kata kat kita lagu tu esok ni. Nak harap mak pak aku, tak sembahyang lagi aku ni. Nasib baiklah aku berkawan dengan ustaz, berkawan dengan tok-tok guru. Ada juga kenal kawan-kawan ajak sembahyang.
Nak harap mak aku suruh, nak harap ayah aku suruh, tak pernah suruh apa, kira dia saja. Kira dia. Tak sembahyang, tak pernah marah. Naik motor dia, patah tempuh mud guard marah. Patah motor marah. Dok jaga motor lebih daripada sembahyang lagi.

Kita tak. Biar anak kita tahu. Esok ni, kalau kita biar, biar, biar anak pinak kita tak sembahyang, umur dua puluh lima baru dia nak sembahyang. Masa tu dia sedar sendiri, katakan dia nak sembahyang, dia sembahyang. Dia ingat, umur dua puluh lima, kalau baligh umur lima belas, berapa tahun dia kena kadha? Sepuluh tahun. Dia salah siapa sepuluh tahun ni?
Dia kata kalau mak pak aku suruh sembahyang dulu, sepuluh tahun ni aku tak kena kadha dah aih. Ni mak pak aku tak peduli, tak pasal nak kena kadha sepuluh tahun.
Mak pak dok dalam kubur dah, anak dok dendam dalam hati. Anak dok dendam dalam hati. Lepas tu macam mana nak tadah tangan nak berdoa kat mak pak. Doalah juga, doa jugak, tapi tak sama dengan mak pak yang didik anak-anak ni. Doa dia tak sama.
Itu kita nak. Sebab tu start tang kita. Start tang kita, kalau hak lepas dah, hak silap-silap dah, tu nak buat lagu mana. Orang dulu pun kadang jahil juga, mengaji pun tak ada. Tok-tok guru pun tak macam laa ni. Pendedahan orang kampung kadang tak sampai macam kita laa ni. Start daripada kita.
Keturunan kita kena sembahyang. Mari nak meminang anak kita, tanya sembahyang ke tidak. Itu dulu. Jangan dok tanya pakai kereta apa? Dia bawak mai kereta mercedes sewa sat gi? Sembahyang. Sembahyang, boleh. Tak sembahyang, payah.
Kena pulak anak perempuan, lagi haru pulak. Esok jadi masalah. Orang perempuan. Anak kita ajar suruh sembahyang semua, laki dia tak sembahyang nak buat macam mana? Dia boleh buat apa? Dia boleh nasihat, nasihat, nasihat. Kalau dia nak dengar, kalau dia tak mahu dengar? Berpuluh-puluh tahun dok siksa begitu. Silap-silap, sekali dengan anak kita pulak tak sembahyang. Tak kacau?
Sembahyang tu dulu. Boleh sembahyang tak? Bolehlah nak buat kira, buat kira pasal lain. Tak sembahyang, baliklah. Balik sembahyang dulu, nanti mai lain.
Tag :
Doa Doa
0 Komentar untuk "JALAN BAGI ORANG YG BERTAKWA-www.menadahkitab.com"