Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T05:16

Bila anak gedik nak kahwin....

Sebagai ibu bapa kita nak anak anak hidup bahagia betul tak?
Sejak kecil kita belai mereka dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi!
Kehendak mereka yang tidak bercanggah dengan hukum kita tunaikan!
Hinggalah mereka dewasa dan pandai berfikir...

Kini bila tiba anak-anak ingin berkahwin satu persoalan pula menerjah kepala hotak kita!
Kita nak pilih menantu yang bagaimana?Kita kah yang berhak memilih dan menentukan jodoh anak-anak?Atau mereka sendiri yang memilih?Siapa bakal menantu kita??

Dulu mungkin kita tak terfikir nak pilih menantu!Kalau anak lelaki, kita nak pilih menantu perempuan.Kalau anak perempuan,kita kene pilih menantu lelaki.Patutkah kita yang pilih???

Bukan kita yang nak kahwin?Dia yang nak kahwin!Kita berfungsi sebagai apa ....apa peranan kita di saat ini?Perlukah kita biarkan dia dengan pilihan dia?Biar apapun pilihan dia,dia yang nak kahwin dan harungi hidup dengan pasangannya!

Apa hal jika pilihan dia langsung out of ranking pilihan kita?Apa hal jika pilihan dia agak bercanggah dengan pilihan kita?Senang cakap kita kata nak reject terus pilihan dia?

Kalau kita tak turut kehendak dia...mungkin perkara teruk akan berlaku.Mungkin mereka kawin lari?Di Siam?Di negara sendiripun dah boleh kahwin kan?Jadi masalah juga ni kan?
Mungkin kita masih belum lalui bagaimana anak anak dah galak nak menikah!
Kita tak rasai bagaimana sukarnya ibu bapa yang terpaksa lalui semua ini!Sakit jiwa juga memikirkan!

Apatah lagi jika kita hanya ada seorang anak perempuan?Anak perempuan kita pulak cantik paras rupa.Tapi tetiba pilihan dia....mak aaii....serba serbi tak kena!Begitu juga jika anak lelaki memilih perempuan tak senonoh buat calon isteri!Tak sakit jiwa kita??
Nak harap menumpang anak di hari tua,tapi dah nampak macam nak goyah je harapan kita!

Sekali fikir,lantaklah....mungkin dah jodoh mereka!Tuhan dah tentukan!Nak buat cemana?
Tapi kalau rumahtangga anak-anak kucar kacir dan tak serupa orang kita juga yang pening kepala kan?Kita terpaksa akur kehendak anak-anak...lepas kahwin nanti baru mereka tahu langit tinggi rendah!Eh biarlah depa rasakan bagaimana pahit manis hidup berumah tangga?

Apa mereka ingat kahwin tu untuk seronok layan nafsu sahaja??Pada hal berkahwin adalah masa menguji samada lelaki atau perempuan itu benar benar bertanggungjawab atau tidak??Sampai bila nak berseronok?Nanti anak berderet baru tahu langit tinggi ke langit rendah?Aleh aleh kita sebagai ibu bapa juga tempat mereka mengadu....

Pesanan buat anak anak muda semua,hargailah kasih sayang ibu bapa!Ibu bapa sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak.Jika anak-anak minta nak kahwin,ibu bapa turut je walau kadang -kadang hati rasa berat....kita tak rasakannya lagi kerana kita tak punya anak-anak yang gedik nak kawin lagi...kita tak dapat rasakan betapa ibu dan bapa kecewa jika rumah tangga anak anak tak serupa orang!Fikir fikirkanlah... suatu hari kelak kita juga akan jadi ibu bapa juga!

Jawapan Dr Araz jom kita baca sengaja boh sini sebagai penghargaan buat Doktor Cameron Highland tu hahahhah!

He..he.. muhuhahahaha...
kawin kan je ngan saye kalu nak menantu lelaki..
muhuhahahaha...
Sorry2 nak serious ni... muhuahahahaha
Wang, Harta, Rupa paras itu bukan menajadi faktor utama...
Pilihlah yang beragama... that mean yang beriman dan tidak lupakan Allah... Pastinya bahagia... Itu Janji Allah pada kita semua...
InsyaAllah...

Jawapan lawa:
Pssst..Dr.Araz kalau pilihan dia yg beragama tapi cuma takat solat 5 waktu tu pun kadang miss cemana??

kalau pilihan dia yg beragama tapi kepunyaan orang cemana?

kalau pilihan dia yang huru hara cemana?yg rambut macam Alley cat??atau yg lelaki pakai subang,tindik telinga,rambut kaler pelangi?solat kemana?puasa ke mana?cemana?

kalau pilihan dia dahtatau nk beza jantan ke betina?

kalau pilihan dia pompuan 'belen'istilah budak la ni!Cemana?Dok buat projek besar dalam ladang kelapa sawit?cemanaaaaaaa????

kalau dia pilih lelaki yg mengantuk tersengguk bila tok imam nak nikahkan??Akibat ketagih gam??Ni pon ada tau!!!Dia hidu gam tapi ada nafsu nak menikah jugak hahhahha!!!

aduih aaihhh laser nya aku menulis!Geram Dr Araz oi!!!Sedih sebenarnya .bila ihat anak didik kita dah jadi jalang,dah jadi kaki hidu gam!kaki daun ketum?Dan memacam lagi hengga risau risau...lihat anak Melayu la ni!!!!Gila ka apa?Melayu boleh ka apa??
Org lain sibuk masuk universiti??Anak Melayu sumbat dalam serenti???tak serik plak tu kuar masuk..penagih tegar!!!penat ustaz ajar mengaji baca quran,solat tungging terbalik at last dia jadi hantu! :(






1 Komentar untuk "Bila anak gedik nak kahwin...."

He..he.. muhuhahahaha...
kawin kan je ngan saye kalu nak menantu lelaki..
muhuhahahaha...
Sorry2 nak serious ni... muhuahahahaha
Wang, Harta, Rupa paras itu bukan menajadi faktor utama...
Pilihlah yang beragama... that mean yang beriman dan tidak lupakan Allah... Pastinya bahagia... Itu Janji Allah pada kita semua...
InsyaAllah...

Back To Top