Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T00:52

Ayah dan ibu itulah permulaan aku!


Hashim b.Lateh Ramlah bt Mat Amin


Menurut cerita ayahanda ,ayahanda dan bonda ni memang aktif dalam persatuan belia 4B masa dulu dulu!
Ayah orang UMNO dan bonda pun maklumlah Kroh tempat kami memang kuat dengan parti Perikatan pada masa itu.Bahkan hingga sekarang UMNO masih menawan kampung Selarong Kroh!

Keduanya juga penari budaya tempatan dan sering diundang ke majlis keramaian di Kroh.Aku juga masih ingat aku jatuh dari kerusi di dewan orang ramai Kroh semasa leka menonton ibu bapaku menari tarian inang! hahhahah...

Selain itu mereka berdua aktif dalam drama tempatan.Maklumlah dulu dulu kekurangan sumber hiburan...jadi belia semua aktif dalam seni dan budaya pada masa itu.

Bakat keduanya rupanya mengalir dalam tubuhku kerana aku juga sudah terlibat dengan seni dan budaya sejak di sekolah rendah,menengah,maktab dan hingga kini aku menjadikan seni dan teater kanak-kanak sebagai bahan untuk diselitkan dalam setiap kursus peningkatan profesionalisme guru -guru prasekolah di Kedah!Kesinambungan bakat seni tu masih mengalir di tubuh ini...ececece konon konon!!

Memang la sejak dulu hingga kini aku ni jenis orang yang tak berapa malu untuk berdepan di khalayak.Sejak sekolah rendah pentas tu adalah idamanku.Aku lebih gemar jika aku yang naik dipentas bukan hanya tengok orang naik pentas hahhahaha!

Walaupun tak sampai kemana bakat ini hanya buat murid -muridku sahaja namun aku rasa puas hati.
Maklumlah dalam diri seorang guru perlu ada semua..kalau boleh seorang guru itu macam syampu '10 in one' barulah boleh jadi guru serba boleh!

Watak ceria dan 'happy go lucky 'aku ni adalah diwarisi dari ayah,kerana ayah memang seorang yang ceria dan suka berjenaka.Asal ayah buka cerita je pasti orang tak kering gusi...hahhaha anak dia pulak jadi macam tu!

Bonda??huh bonda biasala orang perempuan...emosional dan agak garang sket tu pasal hingga kini kami anak anaknya takut nak jadi pembangkang berdepan tetapi jadi pengundi atas pagar hahhaha! Demi nak jaga hati dia!

Bonda kini sedang gering akibat penyakit buah pinggang dan diabetes.Ayahanda alhamdulillah sihat segar bugar!Tapi keduanya mak aaaiii!!!Romantik dan kemana sahaja berdua tak pernah berenggang!Kalau ayah tak nampak kelibat,bonda mesti tertanya tanya..begitulah they live happily ever after!

Aku ayah dan adik beradik lain bergilir siapa yang free ambil dan hantar bonda ke pusat hemodialisis seminggu 3 kali!Sekali cuci buah pinggang kos RM200 bermakna RM200x12=RM2,400.00 sebulan!Alhamdulillah berkat aku bekerja dengan kerajaan maka segala kos dibayar oleh kerajaan.Cuma perlu buat'claim'setiapkali dapat bill semua diuruskan oleh kerani sekolah!Hanya itulah yang dapat dibuat untuk selamatkan bonda!

Semalam bonda ceritakan seorang kawan bonda yg bersama buat rawatan di pusat yang sama meninggal dunia! Sedih ku dengar..kerana aku sering berbual dengan pesakit itu seorang pesara guru di Kulim!




8 Komentar untuk "Ayah dan ibu itulah permulaan aku!"

aduh sedih dan terhru dngr penderitaan bonda dan pengorbanan cik lawa...ajal dan maut di tangan tuhan,rezki juga dtg dr dia,kita kenalah byk2 berdoa utk mereka..lin doakan semuga bonda cepat sihat selalu,panjang umur,bahgia sepanjang masa,bt cik lawa sokongan yg kuat dr ank2 la mgkin byk memberi semangat pd bonda tu...

ye Lin bonda yg melahirkan kita..
x der yang lain boleh buat untuk menyelamatkan bondaku melainkan hemodailis tu...

kalau x cuci buah pinggang dia akan sesak nafas lin!Terima kasih lin...

bonda akak tu nampak garang la...

hehehhe..memang garang pun tapi kini dah tak garang....ayah tu menten happy!

Assalamualaikum Lawa.....
Kadangkala kita terfikir bahawa dunia ini tidak bersikap adil pada kita.Tapi kita kena pasrah bahawa ini semua ketentuan dari-Nya. Semua ini adalah rahmat disebaliknya. Menjadikan kita insan yang lebih baik sentiasa mengingati-Nya. Cuma kita perlu ingat jika ujian sebegini kita rasa berat untuk menanggung dan menghadapinya, bahawasanya ada insan lain yang diuji lebih berat daripada kita. Memang agak sukar untuk diperkatakan jika ianya melibatkan insan kita sayangi tapi kita perlu menerima hakikat inilah realiti kehidupan. Hanya padaNya kita boleh memohon dan meminta....

Broman...lawa bersyukur kerana masih dapat berbakti pada ibu yang melahirkanku!
Walau tidak ada cara lain ibu terpaksa membuat hemodailisis seminggu 3 kali bayangkan..setiapkali lepas menjalani proses itu ibu kelihatan lemah sekali.Aku pernah berbual dengan beberapa pesakit di situ dan sedih bila ibu katakan seorang dari mereka telah pergi!

Memang Broman,kalau kita ziarah pesakit di hsopital kita pasti insaf kerana kita masih Allah pelihara kesihatan.Ada yang terlalu muda usia untuk menanggung derita penyakit yg Allah uji atas dia....

Broman ada bakat menulis,indah bahasa tersusun kenapa tidak mula menulis blog???Kita mulakan esok...kita create blog khas untuk Broman menulis!bila lagi mahu berkongsi idea dan bakat terpendam tu????heehheh

Yong..sayang blog Yong tak dapat saya kunjungi...anyway tq kerana sudi singgah!

Back To Top