emm..baru dia ketahuan yang mana bahagia yang mana derita?
Sedap baca ostad ni basuh:
"Saya tidak tahu sama ada saudari ini kena pukau, menyebabkan saudari mengikut sahaja apa yang pasangan suruh, ataupun apa yang berlaku memang atas kehendak diri, tidak peka dengan pelajaran, tidak pedulikan pelajaran. Orang lain sibuk belajar pada waktu malam untuk masa depan,
tetapi saudari tidak berbuat demikian".
Tidak minat langsung hendak belajar, jauh sekali untuk memahami apa perlunya belajar. Bagi orang yang seumpama ini, wang berbilion yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk mendirikan sekolah-sekolah, universiti, menyediakan pensyarah, guru dan sebagainya menjadi sia-sia. Fokus otak bukan ke arah itu. Dalam keadaan seperti ini, apabila ada lelaki yang ghairah hendak main cinta, itu menjadi idaman, menyebabkan saudari lari ikut lelaki berkenaan, lupa adik-beradik, ibu ayah, lupa pelajaran dan sebagainya......
Dipukau warga asing ( petikan bicara agama utusan on line )
SOALAN: Beberapa kali saya terbaca kisah anak dara Malaysia dilarikan ke seberang. Kali ini, kena pada saya yang dilarikan ke seberang ikut tongkang, setelah tamat peperiksaan PMR. Dalam keadaan separuh sedar, saya ikut sahaja apa kata teman lelaki saya. Dua minggu di sana saya dinikahkan.
Ketika itu saya baru sedar, ingatkan adik-beradik dan ibu bapa di kampung. Saya terpaksa sama-sama masak, menggunakan pelepah nyiur atau kayu ranting di atas dapur abu, beratapkan daun nipah yang penuh dengan jelaga. Buang air kecil dari atas pelantar dan buang air besar jauh ke belakang rumah, penuh dengan nyamuk.
Setelah beberapa bulan di situ, wang suami habis, saya seumpama tidak ada ikhtiar. Menangis dan rindu, juga kesal yang tidak dapat digambarkan menyebabkan mata seumpama kelabu hampir rabun.
Dengan takdir Allah, dengan pertolongan tekong yang membawa saya ke sini, saya dapat balik semula ke pangkuan keluarga. Nasib saya baik kerana ketika berada di tepi pantai, ketika air pasang kami dipaksa terjun di air separas pinggang, kerana tempat biasa mendarat dijaga polis.
Terlalu panjang penderitaan saya biarpun masa yang dilalui tidak sampai dua tahun. Ya Allah! Janganlah ada orang lain menderita seperti saya. Adakah saya dipukau ketika itu?
– Nisa, Johor.
Jawapan: Saudari! Sekarang ini saudari sepatutnya seperti anak-anak gadis Malaysia lain, mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM. Kalau baik keputusan, boleh masuk tingkatan enam, matrikulasi, kolej dan boleh mendapat kerja, juga mahu menjadikan kelulusan diploma sebagai batu loncatan menyambung pelajaran ke universiti, menara gading. Semua ini menjadi cita-cita dan idaman setiap orang yang cintakan ilmu, kebanggaan keluarga juga masyarakat.
Pada pandangan saya, saudari terlalu mentah untuk bermain cinta, jauh sekali untuk lari meninggalkan pelajaran, adik-beradik, bapa. Lebih-lebih lagi si ibu yang menderita melahirkan saudari, mendidik, menyusu, mendodoi saudari sejak tapak kaki berukuran dua jari, bertatih sehinggalah pandai berjalan sendiri, didakap dengan penuh kasih sayang dan rindu seumpama menatang minyak yang penuh.
Saudari terlalu mentah untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah yang berlaku. Kalau diibaratkan nangka, saudari seumpama putik nangka yang belum berbiji, jatuh ke tanah, tidak boleh direbus dicecah sambal atau dijadikan sayur.
Saya tidak tahu sama ada saudari ini kena pukau, menyebabkan saudari mengikut sahaja apa yang pasangan suruh, ataupun apa yang berlaku memang atas kehendak diri, tidak peka dengan pelajaran, tidak pedulikan pelajaran. Orang lain sibuk belajar pada waktu malam untuk masa depan, tetapi saudari tidak berbuat demikian.
Tidak minat langsung hendak belajar, jauh sekali untuk memahami apa perlunya belajar. Bagi orang yang seumpama ini, wang berbilion yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk mendirikan sekolah-sekolah, universiti, menyediakan pensyarah, guru dan sebagainya menjadi sia-sia. Fokus otak bukan ke arah itu. Dalam keadaan seperti ini, apabila ada lelaki yang ghairah hendak main cinta, itu menjadi idaman, menyebabkan saudari lari ikut lelaki berkenaan, lupa adik-beradik, ibu ayah, lupa pelajaran dan sebagainya, malah tidak menjadi keberatan atau ada rasa gementar untuk menaiki bot atau tongkang yang penuh sesak dengan manusia, biarpun tanpa memiliki visa dan pengenalan diri, ke satu destinasi yang saudari tidak tahu.
Ketika itu orang yang seperti ini tidak berupaya menghargai kasih sayang ibu bapa, kasih sayang adik beradik yang ia hidup bersama mereka sejak dilahirkan tidak menghayati betapa nikmatnya hidup dalam rumah yang lengkap segala-galanya, betapa indahnya kenangan ketika bertemu teman-teman ketika di sekolah, juga guru-guru yang bertungkus-lumus menjadikan anak muridnya pandai, menjadi manusia yang berguna bagi masyarakat Malaysia pada masa akan datang.
Saya berkeyakinan, andainya saudari menyedari penderitaan, ketidaktentuan, atau ketidakselesaan hidup selepas turun dari tongkang berjam-jam lamanya, saudari tidak akan lari daripada keluarga, biar betapa marah sekalipun terhadap keluarga atau adik beradik.
Dari hidup di sebuah taman perumahan, dalam sebuah rumah mempunyai tiga bilik untuk keluarga, saudari lari tinggal dalam sebuah rumah beratapkan zing usang, panas membahang ketika panas, sejuk ketika hujan atau musim tengkujuh kerana rumah tidak bersiling, juga dinding-dinding yang penuh berlubang.
pelantar
Ketika malam, apabila hendak buang air kecil, saudari terpaksa pergi sambil meraba dinding kerana tidak ada lampu pergi ke pelantar yang tidak berdinding atau mempunyai mangkuk tandas, di situlah semua keluarga akan buang air kecil. Keadaan ini berbeza sekali ketika berada di rumah sendiri, kerana bilik air berada di sebelah bilik tidur.
Ketika hendak memasak, saudari terpaksa menghidupkan pelepah kelapa kering atau ranting kayu, untuk dijadikan bahan pembakar. Segalanya telah berubah dan memakan masa untuk melakukannya. Asap tebal berkumpul, menerjah atap daun nipah menyebabkan asap tebal menghitam.
Ketika hendak membuang air besar, saudari terpaksa pergi belakang rumah merentasi beberapa buah rumah lain membawa baldi penuh air untuk membersihkan najis. Suasana seperti ini terpaksa dilakukan, sepatutnya tidak wajar dilalui oleh saudari. Mungkin cinta saudari terhadap lelaki yang begitu menebal, perlu dibayar dengan kehidupan yang hakikatnya memusnahkan masa depan saudari.
Saya berkeyakinan bahawa sekiranya saudari tahu apa yang berlaku akibat lari daripada keluarga atau dapat menduga apa yang berlaku, saudari tidak akan berbuat demikian, kecuali sekiranya saudari mempunyai masalah untuk berfikir.
Biar apa sekalipun saudari sewajarnya bersyukur kepada Allah, selamat kembali ke pangkuan keluarga, biarpun disuruh terjun ke semak bakau di persisiran pantai Batu Pahat yang penuh ranjau, kayu tajam, ular bisa juga ombak besar ketika air sedang pasang. Pengalaman saudari sepatutnya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Selagi seseorang itu boleh berfikir, tidak mudah bagi seorang gadis, belasan tahun yang sedang sekolah, mendapat kasih sayang keluarga dengan rela hati melarikan diri, menuju ke destinasi yang tidak diketahui haluannya. Walaupun demikian besar kemungkinan ini boleh berlaku akibat daripada mainan sihir seperti dipaparkan di surat-surat khabar.
Kita pernah dengar seorang perempuan yang dipukau, dengan cara-cara tertentu menyerahkan wang yang ada di dalam simpanannya, barang kemas yang dimiliki atau mengeluarkan wang dari ATM ataupun mengikut sahaja apa yang diminta termasuk mengikutnya ke satu destinasi tertentu.
Amalan seperti ini, termasuk dalam kategori sihir, yang melibatkan makhluk- makhluk halus, terdiri daripada jin-jin, untuk memukau, menundukkan, menyebabkan seseorang itu hilang ikhtiar diri.
Amalan ini juga dinamakan “ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih” yang dilakukan menggunakan banyak cara. Di antaranya menggunakan “minyak senyunyung” disapu atau dicalit pada mana- mana bahagian tubuh atau dengan cara pemujaan, menurut kaedah yang dipelajari oleh seseorang.
Ilmu seperti ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan fungsi otak atau akal, menyebabkan mangsa bertindak di luar kawalan diri, lupakan makan minum, lupakan ibu bapa, tidak mendengar nasihat, tidak peduli apa orang cakap atau nasihat. Apa yang dilakukan tidak disedari.
Kesan kedua ialah lahirnya rasa gelisah, resah tidak menentu yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Rasa terlalu rindu kepada seseorang, iaitu orang yang menggunakan ilmu ini. Pada waktu tertentu, rasa rindu itu berlaku keterlaluan, tidak kira pada tengah malam, atau pada waktu petang.
Ilmu ini juga boleh menyebabkan mangsa “dikuasai” oleh orang yang menggunakan ilmu ini, iaitu ilmu guna-
guna atau ilmu pengasih, menyebabkan mangsa berjalan dalam keadaan tidak sedarkan diri atau separuh sedar, menuju menemui kekasihnya. Ketika ini ia tidak sedar, yang kakinya sedang menapak, menaiki bas, kereta api ataupun tongkang menyeberang lautan mengikut apa yang dikehendaki oleh orang yang memujanya.
terpukau
Dalam keadaan terpukau, sekiranya ia sedang tidur ia akan terjaga dan berjalan bukan atas ikhtiarnya. Ketika itu akal, hati dan seluruh kudrah diri telah dikuasai oleh unsur luar, sihir yang menggunakan iblis dan syaitan..
Ketika tidur, mangsa akan bermimpi lelaki yang memujanya. Bertemunya dengan wajah yang begitu syahdu lagi mengasyikkan. Khayal dalam rindu-rinduan. Apabila terkejut, ia akan terbayang atau “terlihat” lelaki yang memujanya dengan mengenakan ilmu pengasih terpampang di hadapan matanya, lalu tenggelam dalam keasyikan pemujaan yang dilakukan oleh orang yang memujanya.
Bukan mudah untuk mengatasi masalah ini, kerana yang melarikan diri atau dilarikan itu “rela’ dan telah akil baligh. Lari ke negeri orang dan tidak mempunyai visa. Bukan senang untuk mencarinya kecuali si mangsa pulih dan sedarkan diri serta berusaha untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Masalah besar ialah sekiranya pasangan itu dinikahkan oleh orang biasa, yang bukan terdiri daripada wali hakim, iaitu imam nikah yang dilantik oleh kerajaan. Andainya ini berlaku, pernikahan itu adalah tidak sah.

0 Komentar untuk "KENA BASUH DGN OSTAD!!"