
Lawa
Tok Malau said pantun in 'Cian dia' tu sonok...jom kita baca nak??
yeeaa(style Sheikh ni) jom kita hayatinya jom...jom kita naik sheikh pantun pulok!!
Framestone jual;
Nasib dirimu semakin malang
Mengadu nasib tidak bertempat
Jiwa celaru hati tak tenang
Cari ketenangan dengan rakan terapat
Lawa beli:
Pagi pagi memakan cuka,
Cuka dimakan oleh Cik Kuntum
Ibarat suka di dalam duka
Walau pahit menguntum senyum.:)
Su lelong:
bunga kantan hirisan limau
pucuk paku dibuat kerabu
jangan mengeluh melayan risau
hanya meracun memakan hatimu
anak itik dalam barisan
ikan toman memakan umpan
insan lemah punya batasan
Allah jua pembekal kekuatan
Lawa beli hutang:
Gadis manis namanya Rahayu,
Duduk bersimpuh tangan menadah,
Bukan mengeluh bukan merayu,
Melamun merawat hati yg gundah.
Raja Muda sedang beradu,
Adinda Puteri menanti resah,
Hanya Dia tempat mengadu,
Segala duka keluh kesah.
Framestone jual lagi:
Senyum tidak semestinya suka,
Walaupun duka terasa pahit,
Saban hari hati terluka,
Pasti ada yang menjahit
lawa suka beli:
Akar seruntum rasanya pahit,
Halwa betik melekit lekit,
Bila makan terjerit jerit,
Rasa nak tebas dgn sabit,
Walau ada yang menjahit,
Jahit kasar ku rasa sakit,
Tahan juga walaupun perit,
Nak wat cemana dah bersabit?
framesotne melawan:
walaupun jahitan terlalu kasar
memberi kesakitan di hati mu
supaya niat hati tidak tersasar
memberi peringatan buat diri mu
Lawa melawan balik:
Makan pulut lauk gelama,
Petai dibuat sambal tumis,
Minuman pula jus markisa,
Melantak makan diet tak jaga,
Peringatan buat semua,
Jangan mudah ambil manis,
Selidik dulu usul periksa,
Agar tidak terhantuk baru terjaga!
Su pulon;
Penyamun melawat taman serendah
Sambil mengintai peluang menyamun
Bermenung merawat hati yang gundah
Jangan sampai diintai penyamun
Anak lintah dimakan pacat
Pacat kekenyangan jatuh tergolek
Hati luka dijahit jururawat
jururawat lelaki yg pandai menjahit
lawa pulon jugak:
Pergi mengail anak seluang,
Sambil mengendap anak mak nyonya,
Penyamun memang cari peluang,
Ini 'chance'baik wa x lepas punya!
Hendak meminang Puteri majapahit,
Tersilap pinang janda jelita,
Jururawat lelaki yang tolong jahit,
Sambil menjahit bermain mata!
Su tak serik pulun lagi:
anak itik jalan berlenggang
anak nyonya pandai bergaya
memang penyamun mengintai peluang
mahu menawan hatimu lawa
Puteri Majapahit janda jelita
Memintal benang sambil berlari
Bila menjahit bermain mata
sudahnya terjahit tangan sendiri
Lawa jawab:
Timah terberanak rumah Cik Bedah,
Mengandung sarat masih nak sauna,
Menjahit sudah main matapun sudah,
Terkena angau tidur tak lena.
Sambil menggentel biji selasih,
Dara bersedih sebak di dada,
Penyamun ku pintal jadi kekasih,
Jururawat ku anyam jadi nakhoda.
Su jawab:
Anak gergasi menari inang
geraknya kasar ala kuda kepang
kerana lawa angaunya datang
tak lena tidur hingga ke petang
alamak... ni nak pintal anyam ni yg su tak reti ni... tak pe... su cuba ya..
Adik Milah bermain upih
Upihnya putus semasa berlari
Bila penyamun menjadi kekasih
nakhoda jururawat membawa diri
Lawa jawab:
Nampak jauh berbalam balam,
Pungguk merindu bulan di awan,
Tercetus hiba rindu bayangan,
Resah jiwa santapan harian,
Angauku datang siang dan malam,
Wajahnya terbayang dalam pinggan,
Dinding ibarat lcd bayangan,
Lobang hidungnya tetap pojaan.
Su jawab:
Waaa.... panjangnyeee.... canggih lak tu. camne su nak jawab nih...
Gelap malam terhias bulan
pujangga resah memuja intan
rindu dendam rindu semalam
rindu bersulam dengan anganan
nasi tak makan kerna bayangan
air tak minum kerna senyuman
mata tak pejam sibuk berangan
terbayang hidung yg penuh hingusan
uweekkk... kekeke... kalau bayangan dgn lcd lagi clear, kan..kan..kan... kekeke
Lawa jawab:
Ko ni su...mula nampak ok pastu lawak la pulok!!nah ni jawapan aku!
Walau hidung penuh hingusan,
wajah manis tetap terbayang,
walau tak sekacak hero hindustan,
Dia tetap jadi pojaan!
Siang malam wajah terbayang,
Tersebut nama tika beri ucapan,
Malu juga akibat berangan,
Tersipu malu ku gentel kain dagang!
Jenuh ko su ku belasah 3 rangkap ni!hahhaha!
Siang malam pasang angan angan,
Pertama kali kan bersentuhan,
Tersipu malu tersengih kegelian,
Sebijik macam pilem hindustan!
mere mehbooba meremehbooba!Tom passey ayerrr!!
nehiiii!!nehiii!
Ni baru sebijik kalau dua bijik tatau la
Framestone masuk jual:
petai dibeli di buat sambal
dimasak bersama ikan gelama
jangn anda lupa beramal
kerana hidup bukannye lama
Lawa beli:
Gadis manis anak mak nyonya,
Meraut lidi tangan terluka,
Kelapa muda banyak gugurnya,
Kelapa tua janganlah leka.
Stone Syukri suka terlena,,
Berangan meminang anak Saloma
Wahai nak muda yg bijaksana,
Semoga jadi pedoman bersama.
manis rasanya si kelapa muda
si kelapa tua banyak santannya
selagi usia masih muda
kumpul lah amalan untuk akhirnya
Framestone lelong:
si bijak reti berkata
cerita pendoman untuk cik lawa
berkongsi boleh dibawa cerita antara kita
kerna ilmu tidak kemana.
Lawa mesti beli:
Benar sibijak bertemu silawa,
Nasib baik tak tergoda,
Kita bicara di dada maya,
Namun masih tidak keterlaluan cara,
Patuhi semua syarat di maya,
Asal tidak kecundang akhirya.
framestone:
syarat di maya makin ketat
bila ramai asik kecundang
jangan asik tersenyum kelat
kesian pula pada yang bertandang
lawa hanya pada rupa
bijak hanya pada pemikiran
ikhlas datang dari hati
tindakan wujud dari jiwa
jangan pula kita lupa
pada setiap pengakhiran
setiap insan tetap akan mati
jangan lupa benda yang perlu dibawa
Su jual :
semalam su training... malam ada kelas.... baru skrg nak balas balik pantun yang melantun.... Tapi... ngapa pantun ni makin membiak erk? makin lama makin banyak. letih su nak jawab...
anak dongdang bernama sita
pandai bercerita katanya puitis
memang dah sah lawa sakit mata
hingusan meleleh dikatanya manis
malam siang gila terbayang
gila bayang siang dan malam
kalau dah angau kelakuanmu memang semacam
bucu kain dagang pun kau nak makan
alaaa... ujung dia lain sikit tak pe kan? hehe
kali pertama bayangan bersentuhan
malam pertama selepas diijabkabulkan
aku terbayang kau jatuh terguling dekat tiang
memang sebijik macam pilem industan.
moga bayangan itu jadi kenyataan
benjol kepalamu bak tanah dipergunungan...
kekekeke....
Lawa jawab:
hahhaha su...ku nantikan jawapanmu sayang!
Nah ni dia. ku jawab ..sedikit tidak ku ragu membalasmu wahai tuan hamba..ececcece konon ni zaman dolu dolu la!dok pantun tepi sungai sambil gentel kain dagang pak malau!huhu
Duduk termenung atas busut,
Tinggi busut dari tiang,
Kain dagang ku pintal kian kusut,
Ku mamah ku ratah penuh sayang!
Hingus meleleh aku tak geli,
Kudis bernanah ku sanggup jamah,
Demi kasih cinta abadi,
Semoga kekal di dalam Jannah!
Sebijik macam pilem hindustan,
Jatuh terguling buat buat pingsan,
Menunggu CPR sidia tersayang,
Lepas CPR terus tenggelam!
uiks ni dah berbau 18sx!ya ampun mak!!
3 rangkap di balas 3 su!!Come on tuan hamba
jgn biarkan mereka menanti dalam kesedihan!
menuggu jawapanmu...
Su jawab:
sib baik pantun lawa tak bertambah... hehe
lawa dok gentel kain dagang ye. su pulak dok kat atas batu sambil pegang lastik. ish... macam tak kena je bayangan tu... tukar. pegang bunga plastik je lah... wokeh... ini pantun melantun dari su;
main bola ditengah padang
main silat ditengah gelanggang
dari kau dok ratah kain dagang
baik kau makan nasi dagang
kenyanggg.... errkk... (sendawa)
bayangan hingus dah buat ku geli
kau tambah lagi dengan nanah
memang kudoakan kau jadi isteri mithali
bertuah le sidia yang duduk serumah
Itik berenang dah hampir pitam
bertanding dengan si kapal selam
mmg le lepas CPR terus tenggelam
dah kau p buat CPR tu kat dalam kolam.
Ni mesti lawa belajar rawatan kecemasan tak sempat khatam ni. Lain kali bawak kat tepi kolam dulu tau... kekeke
Lawa jawab:
Cik Lawa membeli sebuah purse,
Purse dibeli di kedai Honey,
Su ku rasa tak boleh jadi nurse,
Muntah tak henti buat malu company!
Bulan mengambang di waktu malam,
Dara seksi pasang pelita,
Lepas CPR terus tenggelam,
Dibawa arus Tsunami chenta.
Itik mengurat si kura kura,
kene reject rasa keciwa,
Mithali misai Ali empunya ceritera,
Sungguh pemes seantario Dunia.
ni dalam mengantuk sempat ku tulis huhu..pantu cintan cintun lagi syok kan??
Tag :
Pantun Lawa
54 Komentar untuk "JOM PANTUN NAK???"
wow pantun dulu2 ek..patut la de name kite..meh kite beli pantun dari kamu ek
jauh2 ku sangka hilang,
dekat2 ku sangka mengekor
dari jauh ku lalu lalang,
harap ko dtg mengekor
he..23x beli jgn xbeli
Stone ni hamba beli:
Puas mencari pisau cukur,
Nak botakkan kepala tak payah sikat,
Mana boleh aku tak mengekor,
Kepala cantik hati terpikat.
ko mengekor kemana ku lari,
dok terpikat kepala nang cantik.
aku menghilang ko mencari
takut kehilangan teman yang baik
Anak India panjat kekabu,
Anak Cina tangkap itik,
Lama sudah ku kenal dirimu,
Kepala cantik ekor pun baik. :)
berapa lama ku ko kenali
lihat kapala mana ekornya
entah la ku ko perli
sekadar hanya sandiwaranya
Dengar dangdut pinggul bergoyang,
Gelek pulak berkali kali,
Ikhlas tidak dapat dipegang,
Dijamah pula jauh sekali.
he..23x aku mati akal pepagi nie
aku bergoyang walau xberdandut
sambil melihat org bergelek
walaupun aku seorg yg kedekut
mesti duit ku kate elek he...23x
jawab2
Pergi mengail siikan keli,
sakit mengadoi tersengat duri,
mengaku kalah tidak sekali,
Surrender sahajalah stone syukri. hihihi
menang kalah adat bertnding
hindustan awal kalah akhir menang
ko bukan nak membanding
pasti jugak aku yang menang
heehehhhehehhe pantun 2 kerat
pagi pagi makan lemang...
Framestone kalah lawa menang!!!
ape nie jd 2kerat pulak
lemang disimpan dalam laci
lawa menang memang x aci
hehehehe..
Framestone menang memang tak patut,
Lawa pulak menggoda juri,
Framestone dangdut,terkentut kentut,
Lawa gelek Inul, gelek gelek gerudi!
Ha cepat jawab!!!Rotan kang!!
gelek bukan sebarang dangdut
gelek lawa mengikut rentak
kalau bukan pipi ku berkedut
kelab dangdut tidak ku jejak
nak pantun jugak:
tanam ubi ada batasnya
tanam lalang bercampur lumut
gila babi ada ubatnya
gila bayang membawa maut
Nak masuk jawab jugak..
Tinggi lalang dari rumput,
Ada anaconda aku tak jamin,
Gila babi membawa maut.
Gila bayang bawa ke pelamin hihihihi
xde sape yg beli pantun aku ke
Cik Lawa sayang ke Kuala Nerang,
Beli cermin gantung di dinding,
Gila bayang gila seorang,
Yang lain ke pelamin, yang lain bersanding.
Cikgu Lawa, habis kuliah nanti cepat jawab pantun semangkuk ni ya!!! nanti aku majuk tak nak mai lagi !!!
To Framestone:
Tambang murah naiklah Air Asia,
Sekali naik rasa nak naiklagi,
Kulit kedut dimamah usia,
Kubo kata mari rumah kata pegi! hihihi
Tapi Frame..masih ramai lagi ke kelab Dangdut tu..huhuhu
To Tumpang semangkuk:
Burung Tempua terbang ke sarang,
Penghuni tetap pencen di hutan,
Takkan kusanggup gila seorang,
Biar bersama ke Tanjung Rambutan!
Memakai bedak malam dan siang,
Muka berminyak jerawat diubat;
Manalah tidak kugila bayang,
Kutengok jinak kutangkap tak dapat.
To Tumpang semangkuk:
Tuan membalak di hutan dara,
Projek tergendala tokey nya lari,
Jinak burung hati nan lara,
Bila dekat ditangkap lari.
Dara berkemban sungguh rupawan,
Sekali pandang hati terpikat,
Jika hajat ingin kesampaian,
belajar dahulu ilmu memikat. :)
Terbang kenari singgah di dahan,
Raja Udang menangkap ikan;
Umpan kuberi jerat kutahan,
Tapi hairan burung tak makan.
Merayap-rayap naik Air Asia,
stop sekejb di rumah lawa,
Walau muka dimamah usia,
Jangan perangai terbawa-bawa
To Tumpang semangkuk:
Rindu seminggu gila sebulan,
Tercungap cungap tersangat 'tired'
macamana burung nak makan,
umpan diberi tarikh dah 'expired'
To Framestone:
Tambang murah Air Asia,
Penumpang ramai sampai sendat,
Walau muka dimamah usia,
Sihat walafiat dapat ibadat.
budak -budak main kotak,
kotak di ambil di kedai runcit,
hai lawa!!tak mau ke yang botak?
sudah lah botak beperut boncet?
Lawa, kau pandailah jawab pantun aku tu, IQ 128 kot (IQ aku 130)
Cik Lawa tampan so many admired,
Kalau stress suka menampar;
Manalah umpan tak jadi expired;
Umpanku fresh burung tak lapar.
Ha ah la, dah expired baru dia nak datang !!
To Tanpa nama....letak ler nama..
ni lawa jawab:
Terpijak paku besi berkarat,
Akibat sangat kuat berangan,
Kerana hati sudah tertawan,
Kepala botak dah cukup syarat,
Buncit saja jadi halangan,
Aktiviti tak lancar jadi meroyan.hihihihi
To tumpang semangkuk:
Aku tak nah check IQ..biarlah supaya aku tak riak dgn IQ aku yg tinggi ni huahuahua!!!
Pagi hari pergi ke pekan,
Hendak membeli biji selasih,
Termakan julab hingga ceret beret,
Rasa serik tiapkali nak makan,,
Umpan expired burung tak makan,
Burung saiber pandai memilih,
Pemikat burung jangan lah serik,
Ini betul betul bukannya COBAAAANN!!!
Air Asia tambang murah
Murah lagi naik bas
Jika lawa seorang pemurah
insya'lah ada yang membalas
Framestone memang ku pemurah tapi tak murah hihihi:
Termenung kerana susah hati,
Makan tak lalu pantang jumpa,
Pantun untuk hiburkan hati,
Disamping mengasah bakat yang ada.
pantun disusun menghibur hati
untuk menyambung khazanah lalu
jangan biarkan ianya mati
takut bangsa menjadi malu
Framestone...
Berlari lari si anak angsa,
Kesana kesini mencari ibunya,
Pantun menjadi pusaka bangsa,
Kitalah jadi talian hayatnya.
terkedek2 anak angsa berlari
mencari ibunya entah kemana
tanamkan menjadi jati diri
asal pusaka tak kemana
wow!!!cepat jawab!!tahniah..
ni jawapannya..
Lawa cikgu tidak suka menampar,
jauh sekali tempeleng menjamah,
cepat menjawab laksana halilintar,
makna tersirat jenuh nak terjemah.
Melangkau jaringan dan juga dot net,
Line clear dan tidak mendengus,
Sedang memasak masuk bertenet,
Nasik ku tanak nasib baik tak hangus. hihih
Berhenti di Sauk keretaku rosak,
Jalannya berliku bengkang bengkok;
Nasi dan lauk kau dah masak,
Bolehkah aku tumpang semangkuk?
Siput babi bermain biola,
Lagunya rancak menggelikan gigi,
Aku suka pantun engkau,
Sekali baca menarik rambut didalam tepung.
Saya budak sekolah tadika kemas,
Berbaju kemas seperti penjual roti,
Kalau sungguh bagai dikata,
Mari kita pergi ke pasar malam.
Membeli ikan di kedai motosikal,
Dapat pula seekor burung,
Aku sungguh senang hati,
kerana hari ini rabu dan esok hari khamis
Haa, jawab la pantun aku ni kalau hang pa terror
hahhahhaha....aku gelak!!
pembayang dan maksud lari lintang pukang...
orang dok pulon jaga pembayang dan maksud ..
dia main lantakkk jer hahhaha
Biol..sejak kau kukenali..
kau lah penghibur no 1 negara
yg kalau tak buat aku sengih depan pac x sah!!
To Tumpang semangkuk:
Janda cantik asyik bermain,
Gersang setahun rasa tersiksa,
Tumpang menumpang aku tak main,
Masak yg simple nak jimat masa.
Masyaallah Biol !!!!
Awat pantun hang jadi laguni?
Sat tadi hang minum coca-cola ka?
La ni depa tak bagi dah, kalu minum hang penin...
Biol..cepat jawab..
sila jawab guna pantun jugak
kali ni cikgu nak check betul x lagi pembayang dan maksud tu.Dulu belaja kat cikgu mana pantun?hihihih
pergi ke kedai minum kopi,
minum kopi naik kapal terbang,
Hari-hari aku minum kopi,
Minum kopi cap kapal terbang,
Mari kita pergi ke pekan,
pergi ke pakan naik lori,
mari kita balik dari pekan,
balik ke pekan pun naik lori,
Mak Jah jando bergotah,
sebab suko makan cokolat gotah,
Adik mak jah pun bergotah.
Mereka suko menoreh gotah.
Ok tak pantun aku kali ni...
Aku nak perkenalkan pantun muncung...
Kau org baca pantun ni pastikan mulut kau orang muncung tau...
Duu tugu kucung burluru,
munu nuk sumu su kucung bulung,
duu tugu buluh ku culu,
munu nuk sumu uduk suurung,
Pusung umus dubuwu burluyur,
Musuk subuju duutus putu,
hutung umus buluh dibuyur,
hutung budu dibuwu mutu,
puluu pundun juuh ku tunguh,
gunung duuk burcubung tugu,
huncur budun dikundung tunuh,
budu yung buuk dikunung jugu.
puntun ni susuui untuk sunumun mulut....
mumung suh kuu buuil gulu suwul
uluk musuk tunjung rumbutun ju
adui..la letih gelakkk....tolongg!!!
cpr cepat..aku penat gelak hingga masuk tandas 2x je huhu
kali ni memang aku gelak sungguh hengga sakit dan terseliuh usus besar seb bek masih boleh bernapas!!
hempe dee memeng keleker geler..
hehehe tepe eke seke...
beleh heleng seseh hete..
eke gelek hengge terseleeh eses peret!]
jem..peket mesek tenjeng rembeten!!!hehehe
buuil dun luwu gulu muruyun,
mulut duh hurut mucum munum tudu,
puntun si buuil jungun diluyun,
mukun diluyun mukun munjudu.
Biol, Samdol dan toyol kawan Doremi,
Hilang basikal maso berak dlm somak,
Pantun kau celaru sobab banyak makan mi,
Tu lah, lain kali makanlah nasi lomak.
huhu nak demam ni...uuwwaaa
nak nyanyi pulak..
engkau tibaaaaa
bagaikan pelangi tak bercahaya namun kau berseri..
tapi cukup menghiburkan hati ini....
bagai pelangi petang kau kan pergi juaaaaaaaa
komen jap picing ada lari ka???
pantun dr din beramboi.. sila jawab:
Anak kolam di tengah tenggiri,
Anak tenggiri di tengah kolam,
Klu ingin membeli ikan tenggiri,
Mengapa membeli di tengah kolam????
ewok..
kau paham tak aku cakap ni??
uwuk jungun lupu pusun kut ulung
uku suh bulu bulucun Unglund!
hehhehe lantak ko ler nak paham ke tak??Ko pesan kat aling soh masuk sini..jgn dok ngader pegi kursus mengkait je kat England pah tu wat spenda je pulok hahahhaha...