Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T02:34

Dah lama aku jadi tunggul...rupanya

Sebenarnya aku ni dah lama jadi tunggul
nak tahu kisah tunggul ni teruskan membaca!

tunggul ya tunggul
boleh disepak terajang ikut suka hati
oleh kaki kaki yg gatal
senang cakap aku tunggul bodoh
tunggul terbiar
tunggul yg dungu
bengap bahlol tolol dan bangang

kenapa tunggul yang tidak berguna ini
tidak ditamatkan sahaja riwayatnya??
tinggalkan sahaja tunggul ini!

hari ini aku baru sedar selama ini
orang yang sedungu aku
memang layak dipanggil tunggul
hidup tak berguna
di mata orang
tempat orang melampias
nafsu marah
nafsu benci
dan segala jenis nafsu serakah lagi

ada lagi orang orang yang macam aku di dunia ini
cuba kalian lihat dalam diri kalian
apakah kalian juga macam aku
ibarat tunggul terbiar
disepak terajang sahaja!

aku tunggul yang nampak
macam boleh berkata kata
tapi tetiba mati kutu
bila disepak diterajang?
aku biarkan sebab aku tunggul yang dungu

walau terasa diri ini
seperti tidak berguna lagi
seperti orang bodoh
orang yang langsung tidak
ada sumbangan dan jasa
jauh sekali
terasa diri ibarat sampah
terbiar

hingga orang jijik melihat aku
orang menyampah
orang benci
orang tidak suka
aku tempat orang orang yang hendak tunjuk kuasa
aku tempat orang bermegah tunjuk ego
aku tempat orang melayan nafsu besar kepala
aku tempat orang tunjuk betapa berkuasanya mereka
mereka ibarat raja dan aku khadam yang hina
khadam yang tidak berguna
khadam yang cuma tahu hangguk kepala
atas apa sahaja perintah

rupanya aku masih ada air mata
untuk menangis
aku menangis semahuku

aku menangis kerana
jiwa aku halus
aku wanita yang lemah
hanya air mata yang menjadi teman
tapi kadangkala aku sedar
dalam aku diberi tekanan begini
aku masih disayangi
oleh insan insan yang menyedari keistimewaanku
aku ni ada juga istimewa rupanya
aku tidak nampak
semua itu
kerana selama ini
aku tidak pernah rasa diri dihargai
segala apa yang ada padaku
tidak pernah dihargai
sehingga muncul orang orang yang tahu
menilai aku ni samada permata atau batu kawi yang berkarat?
hahhahahhahaha tetiba aku jadi batu kawi pulak??

siapa yang suka aku??
cuma buah buah hati aku
yang benar benar
menyanjungi aku
kerana buah buah hati aku
perapatan dan kasih kami sentiasa bersemi

siapa buah buah hati aku??
mereka adalah insan insan
acapkali menghargai aku
meletak aku di singgahsana tertingi

buah buah hati yang mengelilingi aku
yang sayang dan kasih pada aku
sahaja yang simpati
atas segala sepak terajang orang
segala cemuhan orang
hanya buah buah hati aku sahaja yang
membela aku
memberi semangat
untuk aku bangkit
kembali walau diri
rasa sudah tidak berguna

kadang aku rasa bagaikan kehilangan
semuanya termasuk lah buah buah hatiku
tapi semuanya muncul setelah aku dianiaya begini..

ya perapatan kasih sayang
kepedulian yang tidak terhingga
membawa aku kembali
menjadi aku yang tetap dengan
sumbanganku walau tidak dihargai
sumbanganku yang tidak
pernah luntur
buat anak anak didikku
yang aku sayangi
biar diri langsung
tidak dihargai
bukan itu yang ku pinta

jika benci pun
janganlah sampai dihina
aku tidak pernah minta untuk disanjung
bertahun menjadi pendidik
tapi layanan ku dapat ibarat baru seminggu
bergelumang dalam dunia pendidikan ini
siapa tak terasa hati??
kecil hati ini..

terasa bagai guru yang paling
teruk di daerah Kulim,
terasa bagai guru yang paling teruk
di JPN Kedah
dan terasa diri bagai guru
yang paling teruk di Malaysia
itulah aku nak dedahkan apa yang aku rasakan beberapa
hari yang lalu

apakah ini satu dari penderaan mental dan emosi
terhadap guru macam aku?
apakah semua ni
tidak menjejaskan prestasi aku
sebagai guru??
kesan dan akibat bila emosi dan mental terganggu

apakah aku akan dapat meneruskan
sukatan pelajaran??Rancangan tahunan??
Penat BPK yang menggubal kurikulum??
tiba tiba guru seperti aku didera
dera emosi dan mental
sehingga tidak dapat meneruskan perjuangan
BPK???

Pada siapa harus ku adu??
Nak panjangkan??
bukan sifatku
mengadu domba
jauh sekali membalas dendam
cuma aku pujuk hati sendiri
demi anak anak didik
aku tetap di sini



hahhahhaa ini catatanku semasa hari pertama 'KENA HENTAM'

TAJUK APA SESUAI UNTUK N3 NI??
GURU KENA HENTAM MACAM TUNGGUL??

hari ini hati luka lagi..dah lama hati ini tidak seluka ini..
walau kita tidak suka melukakan hati orang tapi hati kita masih ingin dilukakan oleh orang ..kenapa?? Tidak adil sungguh macam ni..

pada hal kita langsung tidak mahu melukakan hati sesiapa!
kita suka bekerja dengan seronok
tapi bila tetiba kita jadi tidak seronok macam mana kita nak mulakan balik supaya seronok bekerja?kita kene pujuk diri kita semula
di sini DULU aku pernah bekerja dalam 'stress'dan aku buktikan anak anak didikku berjaya!
Dan kini KENE lagi!!!Tak habis habis berendam dengan air mata!

kita akur pada setiap silap yang kita buat.
kita tak suka cari silap orang
kalau orang ada buat silap pada kita..kita dah set 'auto 'maafkan dia.
tapi bila..silap kita yang kecil diperbesarkan di khalayak???
kita tidak dapat menahan sabar
kita menangis bila kesilapan kecil kita dijadikan isu dalam bilik mesyuarat??
kita sebagai pekerja tahu etika dalam bekerja

etika perguruan yang sama sekali tidak boleh dedahkan keburukan seseorang guru lain di hadapan guru lain?? Atau aku kah yang tidak pernah tahu hukum etika yang dah berubah???

Keburukan murid kita juga tidak pernqah jadi bahan perbualan kita di bilik guru.jauh sekali kita nak hina kekurangan diri dia..

tapi apa halnya jika kesilapan yang pernah ditegur secara personal diulang lagi di khalayak?Seolah tidak puas dengan hanya menegur secara personal??
Nak tegur juga di khalayak supaya dapat menjadi pengajaran kepada yang lain kah??

Patutkah kesilapan yg pernah ditegur diulangi lagi dalam bilik mesyuarat sehingga menyebut nama dan kita ditempelak dihina seperti budak hingusan???Guru praktikum pun kita layan elok dari ini!!!

Orang tidak peduli apa yang kita rasa???kita rasa malu
rasa terhina,rasa down sangat!Seolah kita bukan guru yang baik lagi,kita bukan guru yang berjasa,kita bukan guru yang dedikasi lagi..kita punah dalam sekelip mata dengan ayat ayat hina mereka di khalayak...


Pujuk diri::'Dah le tu wahai Azi,teruskan dengan sikap tunggulmu itu,kerana tungul ni perlu juga untuk tempat orang orang bertenggek sekali sekala.....
Tag : air mata azi
3 Komentar untuk "Dah lama aku jadi tunggul...rupanya"

Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Sabar...
Innallah hawamasobirin
(Allah sentiasa bersama orang yang sabar)

Tulisan dan register aku buruk Broman..itu saja sebab aku dihukum!
ha baru padan muka aku..yang lawa ini hahhahahahha!!

Broman,tahap kesabaranku tinggi takat pokok 'nyorq'takat boleh tenyeh di blog ni tempat mencurah rasa hatiku yg terguris ..

depa relax saja..sonok
aku??aku dah sonok dah..walau tak sonok buat buat sonoklaa

inilah tahap kesabaranku
tara ni laa
bila sedih keriau..
bila sonok gelak..
bila angau??
tanya Mat Gebu
dia kata aku 'memang'
memang..memang...

Bond kata aku 'hebat'
hebat tara mana Bond??
tara tuuu...tanyalah Bond!

adoiyaiiiiii...
pastinya bila kita didera dicerca dihina... apa yg ingin diluah menjadi ceritera yang amat panjang berjela jela panjangnya... sehingga diri puas... menyusun ayat ayat menjadi puisi puitis... ishhh puitis ka... arghhh puitis ka tidak ka... itu bukan soalnya...
asal sahaja hati yg menangis menangisi nasib diri menjadi lega sedikit sebanyak dengan tulisan ceritera...

Back To Top