Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T03:53

Perkahwinan yang membosankan atau sebaliknya?

Bila kita tengok orang kahwin kita tumpang seronok.Kita melantak masa kenduri depa dengan kenyangnya.Tumpang sedekah beberapa ringgit ikut kemampuan dan kalau rajin kita tumpang balut hadiah.Melihat pasangan yang berkahwin di hari persandingan mereka yang meriah kita tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti mereka akan berperang sakan!

Semasa sedang enak bercinta hanya satu sahaja tujuan iaitu 'target'nak nikah dengan dia,nak kahwin dengan dia dan kita berangan untuk hidup bersama dengan dia.Kita bayangkan yang indah indah saat dia menyentuh kita di malam pertama.Sungguh indah rasa dunia ini kita yang punya hidup bersama orang yang disayangi.

Tut!Tut! bila dah lama nikah,baru tahu langit ni tinggi ke rendah??Baru lah kita ketahui perangai sebenar pasangan kita.Jika kita tengok macam masih boleh bertolak ansur dan lebih banyak baik dari buruk kenapa tidak diteruskan sahaja hubungan itu??Jika kita dapati buruknya lebih dari baik nya kenapa tidak berterus terang sahaja?Untuk meneruskan perkahwinan yang membosankan lebih baik berhenti di pertengahan jalan dan membawa haluan masing -masing!!!!

Namun masih ramai di luar sana yang masih pertahankan perkahwinan yang membosankan ini,dengan berbagai alasan seperti demi anak-anak ,demi menutup malu orang tahu perkahwinan tak bahagia dan berbagai alasan lagi.Mungkin kita orang Melayu ini terlalu kuat pada budaya dan adat resam,malu tidak bertempat dan segan hendak pecahkan rekod dalam keluarga yang selama ini tidak ada satu pun perkahwinan yang bergolak!!
Peduli apa dengan orang?? Perkahwinan bahagia atau tidak bahagia sebenarnya kita lah yang akan menanggungnya??Orang lain bahagia sampai ke mati kita memendam sampai ke mati!
Aci kerat jari la ramai yang telah menyampah denagn pasangan masing -masing tetapi hanya berpura bahagia supaya orang tidak dapat hidu geruhnya air di muara???
Tag : Ngeri...
0 Komentar untuk "Perkahwinan yang membosankan atau sebaliknya?"
Back To Top