Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T00:09

Tudung

Tudung sekarang terlalu banyak 'pattern' sehingga kita tidak tahu kita ni sesuai pakai yang macamana??Kalau pergi ke kedai tudung dah jadi rambang mata nak pilih tudung!Tapi aku ni jenis rajin mencuba,kalau masuk kedai tudung terus cuba bermacam fesyen hingga naik jemu 'sales girl' tu tunggu 'mak cik' ni nak yang mana satu agaknya??Kadang tu pilih punya pilih hanya sehelai sahaja yang jadi pilihan hati! Jenuh la budak 'sales girl' tu nak sangkut balik! hihihi nanti dia tak de keje pulak kan???

Yang nyatanya aku tidak sesuai mengenakan 'tudung Syria'sebab kepala aku yang agak bulat dan rambut yang tipis di bahagian ubun menampakkan kejelekan bila memakainya, aku tak ubah macam 'toyol' hahahhaha!Pernah terlintas di hati ni nak pakai 'tirai'(Jilbab) tapi aku pernah perhatikan seorang muslimah memakai 'tirai' semasa makan di gerai makan..aku nampak susah jugak sekali dia suap sekali kene selak! Tapi dah dia suka 'selak' tiap kali nak makan tak kisah lah.Biarkan lah dah orang boleh buat,biar dia buat kita jangan ambil 'pot'sangat apa orang lain nak buat!Dia suka dia buat!:) Tapi betul ke jika kita takut wajah kita yang akan jadi perhatian lelaki kita wajib memakai 'tirai'???Maknanya wanita yang memakai 'tirai' mesti yang cantik perawakannya misalnya hidung,mata dan mulutnya yang cantik kalau tidak ada sebab mengapa dia pakai 'tirai'.... hara pada ustaz/ustazah jelaskan bab 'tirai' ni!

Pernah aku belikan tudung 'express way' buat anak dara aku Mimi.Tahu tak sampai menangis dia tak mahu pakai tudung tu!!Dia suka pakai tudung 'bawal' lagi!"Mimi tau dak Mimi pakai tudung tu mak nampak macam anak dara 20an dah tau dak?" Nampak cute sangat dia pakai tudung 'express way 'ni tapi dia tak mahu!! Sampai menangis aku paksa dia pakai ,ingat lagi masa tu nak ajak pergi "Water Park di SP" sampai sudah dia enggan jugak , dia tetap pakai tudung bawal tu ... huhuhuhu nak buat macamana budak-budak remaja kini nak ikut' trend'depa'kononnya pakai tudung 'express' ni nampak 'tua' walau mata kita nampak dia sungguh bergaya dengan penampilan 'tudung express way 'ni!!!
Tag : Family
0 Komentar untuk "Tudung"
Back To Top