Tirai Hidup Menyajikan Cerita Dan Kisah Hidup Fitrah

T18:17

BERIBADAT SERONOK-www.menadahkitab.com


Padahal, dinding pondok terajang pun runtuh. Menyandar pun tak berani menyandar kuat takut jatuh terlentang, sekali dengan papan-papan, sekali dengan aku-aku turun ke bawah.

SEDAP BACA NI JOM BACA NAK?
Waja’alafiiha qurrata ‘aini saiyyidil mursaliin. Waruk nan min arkaaniddiin.
Dan Tuhan yang menjadikan dalam sembahyang itu sejuk mata hati.

Sembahyang tu, Allah jadikan sembahyang tu sejuk mata hati. Tahu sejuk mata hati? Sembahyang ni tempat sejuk mata hati.

Allah Ta’ala jadikan Waja’alafiiha qurrata a’ yuunin, apa dia? Aku puji dah. Puji mana? Tuhan yang jadikan sembahyang itu jalan bagi orang muttaqiin, satu. Aku puji dah. Tuhan yang menjadikan sembahyang itu tempat sejuk mata hati. Baru faham, maknanya begitu.

Dia duduk kat Alhamdulillah lagi. Puji pada Allah Ta’ala, syukur pada Allah, kerana kita ada sembahyang tempat sejuk mata hati.

Kita orang beriman ni orang paling tenang. Kita malam-malam mimpi ni biasa. Mimpi merapu. Kadang-kadang kita ada mimpi merapu. Mimpi hat takut. Mimpi hantukah, masuk kuburkah, mimpi ular hambat kita kah, mimpi hak ngeri.

Tengah-tengah malam, terjaga. Tidur tak lena. Takut. Bulu roma cerin naik apa semua. Kita orang beriman, baca ayat Kursi. Baca Lau Anzalna. Baca Bismillah banyak-banyak. Inshaallah hilang. Malam esok sebelum tidur, siap-siap beringat dah. Baca ayat Kursi, baca Lau Anzalna siap-siap.

Kalau tak reti sangat, baca Qulhuallah, baca Qul A’u zubirobbilfalaq, Qul A’u zubirobbinnas, baca betul-betul ikhlas - Bismillah 41 kali. Bismillah 21 kali ka. Inshaallah, tidur aman. Aman kita lena, elok saja.

Fikir sat. Nu orang-orang kafir nu. Anak-anak cina, anak-anak hindu mimpi tengah malam hantu takut dia nak baca apa? Hang tak pa dah ada ayat Quran sebab orang Mukmin. Depa nak baca apa? Nak baca apa? Tak ada benda nak baca depa.

Tapi bila mari mimpi, nak tidur takut. Nak tidur takut. Takut apa? Takut mimpi pulak. Takut mimpi pulak. Cukup siksa bagi depa. Mimpi sudah siksa. Dia tak ada jalan. Takkan nak panggil wayang cina godam gedebung gedebang gedebung gedebang? Nak buat lagu mana? Nak buat lagu mana?

Tang tu pun kita dah boleh bersyukur dah, alhamdulillah, aku ni ada jugak. Nasib baiklah aku orang beriman, bolehlah baca ayat-ayat Kursi, baca Lau Anzalna, Qulhuallah. Puak-puak tu nak baca apa gamaknya. Nak baca apa. Memang tak ada. Depa bukan ada benda nak baca.

Ya tak ya, tu yang makan ubat tidur, nak bagi tidur. Macam-macam dia orang apa semua. Tak lena, macam-macam timbul, apa semua, gitu. Kita ni ada ayat Quran tu, ayat Quran boleh baca, ada masalah boleh baca. Ada masalah boleh baca. Depa tak ada. Tu penyiksaan, tapi depa tak berasa lah itu satu siksa, sebab benda tu dok lalu kat depa lagu tu.

Cuba depa dapat nikmat Iman dan Islam. Masa tu dia rasa cukup besar. Kita ni hat ada ni tak berasa apa. Patutnya alhamdulillah syukur ni aku boleh baca ayat-ayat ni. Sebagai benteng, sebagai penghadang, sebagai penghalang kita. Tak rasakah benda tu rasa besar.

Sembahyang pun begitu. Ada masalah pi sembahyang, sejuk mata hati. Balik sembahyang terawih rasa lapang saja. Ibadat ni tuan-tuan sekalian, bukan macam maksiat.

Kata Nabi, Lisho iimi farhataani, farhatun ‘inda ifthoorihi, farhatun ‘inda li qo irobbih � bagi orang puasa, dapat dua benda yang seronok. Dapat dua benda yang seronok. Satu dia seronok bagi orang yang berpuasa, farhatun ‘inda ifthoorihi, satu bahagian ketika dia buka puasa, seronok. Waktu buka puasa tu seronok.

Apa makna seronok buka puasa? Sebab boleh makan? Ada lycheekang, ada nasi kerabu, ada kuih badak, ada buah melaka, seronok ? Cendol, bubur lambuk, seronok? Bukan semua orang seronok boleh makan. Mungkin puak-puak muda kita zaman budak-budak dulu, seronok sungguh. Mai tua-tua ni, dengan sakit macam serba mak nenek ada, seronokkah makan?

Seronok, tapi tak setara mana. Makan khurma sebiji, kenyang. Tak makan pun tak apa dah. Bubuh mineral sebiji, bubuh botol, teguk air tak apa dah. Seronok?

Apa makna seronok yang Nabi kata Lisho iimi farhataani, farhatun ‘inda ifthoorihi, satu seronok waktu buka. Apa seronok? Satu, mungkin seronok sebab boleh makan.
Ulamak tafsir seronok ni sebab boleh buat ibadat. Alhamdulillah, aku sampai juga hari ni, sampai habis hari ni. Berasa seronok sebab ibadat ni, lepas buat seronok, lepas buat seronok, lepas buat seronok. Dia gitu. Dia tak macam maksiat.

Maksiat lepas buat menyesal, tak seronok. Dia terbalik.

Maksiat, masa buat tu seronok. Masa buat tu seronok. Ibadat ni, masa buat tak berapa seronok. Lepas buat tu seronok. Dia terbalik begitu. Tu makna seronok. Buat ibadat ni seronok lepas sembahyang, rasa lapang. Nak sembahyang nak cukup dua puluh tu menggeliat. Bila nak habis. Kena tok imam, amboi tok imam pun meleret baca, dok berleter kat belakang.

Tapi nak keluar rasa sayang jugak..gagah buat, gagah buat, gagah buat, habis dua puluh. Sambung lagi, nak cabut balik dah, witir sat gi balik buat di rumah lah ni. Tak apa dah. Balik rumah malas tak buat dah. Gagah juga buat sampai habis witir. Lepas sembahyang amboi rasa lapang saja.

Tu ibadat. Masa buat tak berapa seronok sangat.

Maksiat, buat seronok. Orang rogol orang tu berapa minit seronok? Berapa minit seronok? Lepas tu, masuk penjara berpuluh-puluh tahun pulak. Itu hat penjara satu bab pulak, hat duduk orang dok maki hamun cerca apa semua ni, lagi. Hang nak seronok sat saja, hang fikir sama nak buat maksiat. Yang seronok betul, buat taat.

Tu cerita dia.

Bangun beribadah tengah malam, malas. Malas nak bangun cukup malas, bergagah saja. Bangun juga, malas, bangun juga. Esok berasa lapang saja. Rasa wara’ hari tu. Baik aku hari ni, kalau mati pun tak apa dah. Semalam Qiamullail. Kalau tiap-tiap malam lagu ni kan bagus. Setahun kali tu la.

Tu ibadat. Lepas buat seronok.

Mengaji pun lagu tu. Mengaji ni. Masa nak mai tu bukan berapa rajin sangat, bergagah saja. Nak kata seronok sangat, dak. Masa mengaji bukan seronok sangat. Ka dok tunggu tengok jam, dok ralit bila nak sudah. Dengan hujan nak turun lagi, dengan jalan sekat lagi apa semua.

Orang buat jalan apa semua, bukan orang sekat tuan-tuan, orang nak perbesar untuk kita bagi elok, kali ni saja. Esok elok, boleh selisih boleh apa semua. Mujur depa pun dengar yang kita dok berleter gamaknya. Dia kata payah Ustaz Mutalib dok berleter, buat pi lah kat dia.

Masa buat tu seronok. Masa buat tak seronok mana. Lepas buat, balik mengaji ni, ni, tuan-tuan balik mengaji, seronok. Saya balik mengaji, duduk atas motorkah atau keretakah, tenang. Tak mahu dengar nasyid ka, apa ka tak sedap. Tak sedap. Dok sedap yang mengaji tadi. Masa mengaji menggelisah, amboi tok guru rancak lagi bila nak sudah ni.

Jadi, ibadat begitu. Lepas buat seronok. Ni seronok dok rasa sedap, balik satgi. Berasa alim aku hari ni. Padahal mengaji tu baru tu. Rasa alim. Semua ibadat. Tu yang kata, farhatun ‘inda ifthoorihi, satu bahagian ketika dia buka puasa, seronok. Seronok boleh tunai tanggungjawab kita. Inshaallah, semua ibadat. Haji pun lagu tu.

Masa pi buat haji tuan-tuan, siapa kata seronok? Seronoklah jugak, tapi banyak susah.


Nak banding dengan rumah kita, pi tidur di padang Arafah, berkelewar kot tu. Angkat tauk di Mudzalifah tu, lepas macam lembu. Boh tu ha, masuk dalam kandang, boh hambat, masuk. Tok Arab pulak mana nak layan kita. Bagi kain satu, kain selimut satu. Kalau hujan pun yang tu, tak hujan pun. Yang tu lah selimut, yang tu apa. Duduk tengah panas.Habis tu dia pi tauk pulak di Mina, dok di Mina, dok dalam khemah ratus-ratus orang dok dalam khemah. Kepala aku kaki hang, kaki aku kepala hang. Kena pulak kita duduk tang tengah pulak, orang keluar nak pi bilik air langkah kita, langkah kita, langkah, langkah, seronok apa? Orang pakat batuk pulak, dok dekat-dekat, pakat tidur belaka. Kalih kot nu, sembur muka kawan ni batuk, kalih kot ni sembur muka. Kita pun sembur muka kawan tu pulak. Seronok?

Pi melontar pun gitu. Pi melontar tempuh aku tempuh hang tempuh aku hang tempuh. Tawaf lagu tu, kita tak tolak orang, orang maki kita, kata kita yang tolak apa semua. Susah. Susah. Tapi balik-balik haji, seronok tak? Nampak tak?

Tu yang kata ibadat ni seronok. Sampai-sampai di airport tu, seronok? Allah seronoknya..nak pi pulak. Hat ni pun tak sampai rumah lagi, dan la sampai rumah dulu.. dan nak pi pulak dah aih..Baru balik sat ni baru, tak dan dok atas kereta nak pi dah ni. Tu kata ibadat tu.

Seronok ni bukan sat-sat. Tu tanya orang pi haji dua puluh tahun lalu.Tanya tengok, macam mana Pak Long, pi haji dua puluh tahun dulu. Allah, dia kata cukup seronok. Pak Long, mencuri dua puluh tahun dulu lagu mana? Seronokkah? Hmm..

Ibadat tu lepas buat seronok. Seronok ni pulak, seronok terus terus di dunia, bawa seronok tu sampai dalam kubur, bawak seronok tu sampai bertemu Allah Ta’ala.

Orang tak mahu buat ibadat, bodoh. Dia ikut nafsu. Bela nafsu. Sebab buat ibadat ni tu dia, fesyen dia memang lagu tu. Tanya haji tu contoh, kita nampak senang sangat. Setahun dua tahun pergi haji tapi dok bayang lagi hat seronok. Berasa tenang, seronok tak ada dah hat seronok lagu tu.

Gitu lah saya. Hidup saya ni macam-macam, tuan-tuan sekalian. Macam-macam saya lalui dah. Pi ceramah sana, pi ceramah sini. Macam-macam. Hat paling seronok sekali, waktu duduk di pondok. Masa bila? Masa keluar pondok.

Masa duduk pondok berasa susah la. Dengan tidur dengan bantal sebiji. Baju sehelai. Makan ikan tamban kering saja hari-hari. Tidur musim-musim hujan, tuan-tuan sekalian, bumbung tiris. Bumbung tiris. Kalih kot nu, kena kaki, air. Kalih kot ni kena kepala. Kalih kot nu, sudah tak tidur.


Susah mandi telaga. Musim-musim kemarau tu bukan, nak mandi bagi sejuk badan aja. Air telaga. Bawah cukup keruh, jirus naik putih aja semua. Susah kata. Duit tak ada. Adalah dua puluh ringgit, hat tu lah nak beli ubat gigi, beli sabun. Sabun harap ambil yang dalam telaga yang orang jatuh saja. Hat kembang, bau busuk nak mampuih. Sabun pi, biar nama sabun.

Ubat gigi tonyoh saja aja, nak beli ubat gigi pun tak ada. Tak pernah habaq kat tuan-tuan, bulan puasa ni habaq pi lah. Nak beli ubat gigi pun tak ada duit, tuan-tuan sekalian, gigi nak kena gosok juga. Tonyoh saja lah. Pernah tuan-tuan, ambil berus gigi, tenyeh dengan sabun. Termuntah tu la..tuan-tuan sekalian.

La Tuhan bagi. Macam-macam, pi ceramah sana, pi ceramah sini, ceramah sana, tak ada dah rasa hat paling seronok waktu duduk pondok. Tak jumpa dah. Tak jumpa dah. Pi naik kapal terbang ceramah sana, ceramah sini. Tak boleh sama waktu duduk pondok dulu. Tu yang kata buat ibadat tu.


Tu dok tanya kawan-kawan saya, itu yang paling seronok sekali. Padahal, dinding pondok terajang pun runtuh. Menyandar pun tak berani menyandar kuat takut jatuh terlentang, sekali dengan papan-papan, sekali dengan aku-aku turun ke bawah.

Tu saya.

Tapi nikmat beribadat tu. Nikmat, sebab kita duduk tu dalam ibadat. Dia nikmat. Nikmat terasa. Terasa walaupun sepuluh tahun dulu saya duduk pondok, la dok terasa. Dok terasa lagi nikmat. Tu ibadat.

Semua ibadat macam tu. La ni tuan-tuan sekalian kita tak terasa nikmat. Waktu tak boleh mengaji duduk di rumah, PAP! kena tak boleh jalan tak boleh apa semua, masa tu nikmat besar. Tu dok teriyak tu. Dok telefon kat saya banyak lagu tu, huuu..teriyak, ustaz tak boleh pi lumpuh apa semua, nanti legalah tu sabar la. Dia rasa nikmat hat dia ngaji tu. La tak berasa lagi.

Tu saya kata jangan dok menyembang. Esok hang tak boleh pi esok hang teriyak la. Tak boleh pi. Orang dok nikmat apa semua mengaji hang dok sembang pot pet pot pet pot pet. Ibadat. Ini cara dia. Masa buat ni, ni. Lepas tu kita nak kira pulak nikmat tu. Sampai la…

Dunia ni pun kita dah nampak dah ibadat macam tu tuan-tuan. Allah tunjuk dah di dunia ni lepas buat ibadat, nikmat, nikmat. Tu takkan tak percaya sampai akhirat, sampai dalam kubur dia bawa nikmat tu. Maksiat tak ada apa. Ikut nafsu, tak ada apa. Ada orang bangga buat maksiat. Lepas tu menyesal. Tak ada kesudah.



3rd.png

Waja’alafiiha qurrata a’ yuunin saiyyidil mursaliin. Waruk nan min arkaaniddiin.

Menjadikan dia sembahyang itu sejuk mata hati penghulu segala mursaliin.Yakni jadi sejuk mata hati Nabi dengan mujahadah dengan Tuhannya di dalam sembahyang, dan menjadikan sembahyang itu satu rukun dari rukun agama.

Cukuplah setakat tu.

Wallahu subhaanahuata’la a’lam.
Tag : Doa Doa
0 Komentar untuk "BERIBADAT SERONOK-www.menadahkitab.com"
Back To Top