
Cinta terhalang akibat ibu bapa tidak berkenan pilihan hati.....namun kerana kasih hamba turutkan....
Semalam aku pi makan free lagi..
best makan free ni sebab dah jadi lumrah orang Melayu..
layu betul dgn makan free hahahha!
tapi ...tanyalaa tapi apa??
tapi sekali aku terlajak rumah..terpaksa 'gostan' balik
'gostan' tu 'reverse' org kampung cakap 'gostan'
tengok sebuah rumah agam yang besar 3 tingkat di Kuala Ketil Kedah!
Fuuyyoo inilah rumah kawan aku(dulu jiran di Kuala Ketil)
terpegun aku bila tuan rumah menyambut kehadiranku dengan mesra..
aku terus ke ruang dalam rumah ..bersalaman dengan ramai juga tapi tak nampak kelibat bini tuan rumah!Sibuk barangkali dalam bilik kut!
Aku dan geng terus naik ke tingkat atas(ni mcm hari terbuka tuan rumah) so siapa je boleh masuk kuar kecuali bilik peribadi..bilik pengantin tak per!
Rupanya kenduri itu adalah majlis persandingan anak tuan rumah!Aku dijemput atas memenuhi jemputan tuan rumah atas undangan nak masuk rumah baru...
Rupanya kenduri ini 3 in 1.Majlis sambut menantu cucu dan kepulangan anak sulung setelah setahun menghilangkan diri....
Terharu aku bila anak tuan rumah yang sulun Ayong,menceritakan sedikit perihal abangnya yang merajuk bawak diri setelah kedua ibu bapa mereka tidak merestui perkahwinan dia dengan gadis pilihan!
Aku hentikan Ayong dari terus bercerita....tak tahan air mata bagaikan air sungai arus deras yang mengalir....ya aku mudah mengeluarkan air mata pada hal Ayong baru memulakannya dengan beberapa baris sahaja.....menangis aku teresak esak!!
Tidak berapa lama kemudian majlis persandingan bermula dan kedua ibu bapa pengantin menepung tawar dan merenjis air mawar untuk mempelai.Sekali lagi semua hadirin menangis ..termasuk aku..apatah lagi bila melihat kedua ibu bapa dan anak menantu menangis berdakapan atas pelamin.....semasa menulis ni pun air mataku tergenang di bibir mata!Amboi mak aku ni jenis sensitif dan betul orang cakap....kalau mudah gelak maknanya mudah juga menangis!!!
Bila paling tengok baby comel yg sedang di ulit mimpi dengan sekumpulan wanita bernasyid dan bardah serta berzanji makin deras air mata ini keluar...
Aduhhh tak tahan rasa hati lihat semua ini berlaku depan mata bagaikan satu drama televisyen!
Aku rasa macam 'happy ending'sahaja kisah hidup mereka ini!menantu dari kalangan orang kampung yang susah akhirnya dapat diterima sebagai anak menantu setelah setahun berkahwin secara sendirian(semua diuruskan oleh anak lelaki mereka) dan pulang ke pangkuan setelah mendapat seorang putera!
Itulah orang kata...kasih ibu bapa dibawak ke mati....kehadiran bayi comel melenyapkan segala sengketa!Kedua ibu bapa pengantin lelaki adalah orang berada setelah berjaya dalam perniagaan kain baju di Kuala Ketil Kedah.Bayi comel itu adala pewaris harta mereka....
Sekian coretan buat kali ini!
4 Komentar untuk "Kerana Kasih Hamba Turutkan..."
Mula-mula baca ketawa sebab lawa kena gostan..tapi baca yang bawah-bawah tu..tak sedar airmata mengalir....sedih sungguh..
Happy ala..selih pun ala... wa nak jual pantun lua kelat....
telajak keleta boleh ngostan,
telajak kate musnah impian.
Bunga seloja batang selasih,
anak tanda pengikat kasih.
Pegi ke pekan naik unta,
Jangan ditahan si air mata.
Beli kelambu di kelai nyonya,
Kasih ibu tiala batasnye.
Pegi kenduli di kuala ketil,
Mali mandi di atas katil.
Makan kapur bersama laksa,
Hendak tidur tidur lah mata.
Tirana...kalau Tirana mahukan kisah lucu nanti saya buatkan satu..saya suka bawa pembaca rasa sedih yg saya rasakan.pernah tak Tirana baca kisah saya hamppir mati? Sila cari dalam n3 lama!baca laah...
Happy ala..selih pun ala... wa nak beli pantun lua kelat....lu La Lim Mun Tat=kuih tat
telajak keleta boleh ngostan,
telajak katey tersentap angan angan.
Bunga seloja batang selasih,
marilah kita memadu kasih.<===jom gelak nak?
Pegi ke pekan naik unta,
Jangan dok bohong sini tadak unta.
Beli kelambu di kelai nyonya,
Minyak wangi pecahkan kelambu nyonya.
Pegi kenduli di kuala ketil,
Taim tu la main sms dari Kuala ketil?<===tau ka?
Makan kapur bersama laksa,
Hendak tidur tidur lah mata,
Jangan angau jiwa tersiksa,
Tidur terlajak berkilo tayik mata. hahahhaha!
oit Lim mun tat jom kita buat n3 balas pantun nak bestnyaa!!Ajak Tirana sama Tirana<===dok lawan pantun dgn doktor dia atas katey..hihihi